Tuesday, January 05, 2016

Skin Care

Salam & good morning peeps!

For some reason, aku selalu dapat soalan macam ni. 


Kawan: Zati, I nak tanya soalan personal sket la. Boleh?
Me: Ok. Apa dia? (Dalam hati debau kot kot nak dapat soalan cepuemasgansaperak kan. Hehehe)
Kawan: You pakai product apa eh untuk muka you? Kulit muka you bersih je. Takde jerawat macam I. And licin je I tengok.
Me: (Oh! Lega. Kehkehkeh) *terpana sekejap* [Bukan cik Panadol okeyh :p]
 

Sape tak nak muka bersih licin tanpa sekelumit pun jerawat, jeragat dan segala je lagi kan. Semua especially kita ni perempuan mesti nak kulit bersih licin tak berminyak apa bagai. Tak payah nak tepek foundation tebal 5 inci baru nampak flawless kan? I understand that. Muka aku pun takde la flawless sangat. Cumanya memang susah nak dihinggap jerawat or jeragat. So orang nampak la macam bersih licin gitu. Padahal biasa je. Kekadang terkejut gak dapat soalan macam tu. Segan mak nok! 


Yes. Our skin is precious.
So, here's my answer to those question yang aku selalu dapat.


Guna natural product as much as possible and tak payah la guna produk kosmetik yang jual online suma tu. 

Keep it simple. Now your skin type.

Ok. Benda pertama yang kita perlu tahu sebelum nak cuba apa-apa product ialah jenis kulit kita. Macam aku jenis kulit berminyak, so selepas membaca and dapatkan info on what best for my skin, I found out the one yang boleh membantu will be product with WATER BASED! And Alhamdulillah since guna yang water based ni kulit dah kurang berminyak dan jerawat pon malu - malu je nak keluar. Only masa PMS je la dia nak keluar pon. Itupun satu dua je. Hehehe

Macam mana nak tau it is water based? Senang. Belek kat part ingredients dia kat belakang pek tu and tengok bahan pertama yang ditulis situ. Cth: AQUA, WATER, DISTILLED WATER etc. Google lah eh.

Contoh ingredients water based

Ini antara skin cara yang aku pernah guna and sedang guna:-

Nano White - Pencuci Muka, Moisturizer, Exfoliator

Pure Beauty by Watsons - Pencuci Muka, Exfoliator, Serum

SimplySiti Dermagic - Pencuci Muka + Moisturizer

SimplySiti Clear Solution - Pencuci Muka

This is yang aku currently using. Yang atas ni semua pernah guna. Sebab aku memang tak boleh stay lama guna satu2 produk. Paling lama 3 bulan. Heheh..

Chriszen - Moisturizer Aloe Vera (Currently using For skin moisturizer)
Himalaya - Pencuci Muka

Some people ask me on my skin care regime macam mana. Macam ni je ha. 

  1. Aku hanya cuci muka dengan facial cleaner only TWICE a day and then sapu moisturizer je. Takde toner. Aku tak suka pakai toner sebab it gives my skin burning sensation sangat. Pedih. And I don't like it. 
  2. Kalau boleh, try as much as possible untuk selitkan penggunaan bahan yang alami/ semulajadi macam aloevera gel, sarang burung, promagrenate etc.
  3. Kalau rasa banyak duduk dalam aircond and rasa kulit muka kering, biasanya aku akan tempek vaseline dicampur dengan aloe gel.
  4. And the most important thing is to keep hydrated la (my minimum water intake per day will be at 3 liter). 
  5. Dan aku jenis tak suka nak tepek mekap. My face will be as natural as it can be all day long. Aku pakai bedak baby je lagi tepek kat muka and celak. Tu je. Nothing more. Make Up only on special ocassion je. =)

So, this is it. Aku memang simple je. Kadang-kadang bila rajin pakai la scrub or masker at least twice a week. Depends la dengan kerajinan. Hehehehe. Or at least 2 3 bulan sekali g la buat refreshing facial. Bagi buang kulit-kulit mati tu suma kan. 

Inilah dia some sharing dari aku. Lain orang, lain cara. This is my way. 


1 comment:


  1. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---