Showing posts with label LepasGeram. Show all posts
Showing posts with label LepasGeram. Show all posts

Thursday, November 04, 2010

Aku Rasakan.....(2)

Salam Khamis ols.Waaah. Kejapnya dah hari Khamis. Tak rasa pun cam dah Khamis. Tu tandanya kiamat dah dekat la tu. Jom sama sama la kita beringat eh.

Ok, bukan nak tazkirah ke ape ni. Ni nak buat sambungan entry semalam. Alah, yang aku nak tampar orang tu. Mesti pelik je kan tetiba entry garang. Haha.. Garang ke tu? Aku pun tak tau la pulak.

Sebenarnya memang aku bengang giler la kan. Ada la sorang mamat ni call nak carik gaduh pulak. Huh! Ape kes??


Wednesday, November 03, 2010

Aku Rasakan.....



Saturday, August 14, 2010

Ter'miss' La Pulak..

Salam 4 Ramadhan ols. Sihat hari ni? Tak sedar ek pejam celik pejam celik dah empat hari rupanya kita dalam bulan Ramadhan nih. (Dan tak sedar pulak aku semalam tada hapdate.).Hmm. Mudahan selama empat hari ni semuanya berjalan lancar la untuk semua ek.

Ok, berbalik pada tajuk tu. Apa yang aku ter'miss'? Adakah aku merindui seseorang? Ataupun ada hilan sesuatu? Ngeeehehehe.. Nak tau lanjut sila la baca lagi ek..



Thursday, July 01, 2010

Lempeng Tepung Kene Lempang!!

Salam Khamis ols.. Ape cerita di hari baru bulan baru ni? Dah 1 July ye korang.. Dan dah lebih separuh tahun kita di 2010.. Amacam setengah tahun korang dah?? Mesti banyak ups and down gak cam aku la.. Ok, selamat setengah tahun ke dua 2010..hehehe

Ihsan Pah Gel..

Lempeng tepung? Sedapp wooh..Lagi pulak kalo ada letak kelapa kan..Cicah plak ngan  sambal bilis ke kuah masak lemak cili api..Peergggh! Terangkat beb.! Caitt! Pesal plak cakap pasal makanan ni.. 

PaaanG!!!

Sebenarnya aku just nk lepas geram sikit la.. Macam nak lempang je sorang ni.. Hal ni jadi petang semalam. Masa aku tengah update

Monday, May 31, 2010

Henpon Owh Henpon..

Salam petang ol...Pe cer je hari ni? Hujan kat tempat aku nih. Sedaaapnya kot dapat tido ni kan. Ngeeeheheh..Ok, abaikan. Sebab hati tengah bengang ni..


Ni la dia henpon ku sayang ni...Adeeeeh

Friday, May 21, 2010

Kesinambungan Kes Tumbuk

Salam ols. Sihat hari ni? Happy Friday yer. Esok dah Sabtu. Ada yang kerja dan ada yang layan berhujung minggu. Sesapa yang kena kerja esok jangan la down2 ek..Chillll...Aku lagi suka kerja Sabtu sebab tak pressure sangat dan lagi sebab dah terbiasa kerja hari Sabtu kan..Heehehe

Ok, merapu lebih-lebih plak. Ni nak story la pasal apa aku hangin semalam kan. 

tak sampai la jadi hulk lagi..heheh

Thursday, May 20, 2010

Aku Tumbuk Orang!

Salam petang Khamis all. Sorry la tak sempat nak berblogwalking petang ni. Terlalu chaos dengan kerja. Nanti je aku balas ek..

Aku tumbuk orang?? Ape kes?? 

oops..terlebih sudah!

Sunday, May 02, 2010

Sambutan 1st May Aku

Salam ols..Thanks coming to my blog again..And many thanks to readers who willing to read this entry.. It just that im feeling like writing in English today..Hahaha..*Dah kene penyakit omputih dah aku..Heheh*

Ok la..Tak da maknanya lah aku nak menulis dalam english ni..Aku nye english pun kelam kabut..Grammar ke laut buleh la..hahhaha

Ni nak story pasal hari 1st May aku.. Tak  Banyak mana pun nak cerita..Cumanya macam yang aku dah bagitau kat entry ni, aku balik umah my parents kat Bahau. Saja je balik sebba dah lama sangat aku tak balik sini..Dekat  6 bulan lebih jugak la..Heheheh..[...]


Monday, April 05, 2010

Luluh Jantung Aku!!

Salam hari Isnin ols..Heeee..Jumpa lagi kita yer...Ape cer hari minggu korang? 
*Agak skema punya opening entry nih..Hakhakhak*

Ok, sebelum apa-apa, nak tanya korang ada tengok ABPBH'09 malam tadi? Tau ke sape yang menggondol gelaran Bintang Paling Popular tu?? Dan lagi sempena demam AF kan..Sape lak yag kene kick out?? Hehehe...Yang aku dengar Dato' Siti menang.. Dan tersingkir AF8, Anum..Betol kan?? Aku tak sure sebab aku tak tengok pon..Heheheh..Kalo salah pergi la tanya sapa yang tau..Heh

Ok, dah merapu pulak dah aku nih..Tengah lapar ni..Kan time lunch skarang nih..

Berbalik pada tujuan sebenar entry ni aku tulis *skema giler* dan pasal tajuk entry .....
[ Berhenti sebentar untuk makan lunch..hehehehe] 

[sambungan]
[>>]

Friday, March 26, 2010

Hilang Sudah...

Salam slamat petang geng..Sesaja nak update untuk petang ni..And nak update pasal kes kehilangan laptop office aku ni kan..

Pendek kata, laptop tu betul-betul hilang..HILANG!!! Dan setelah diamati, memang kena curi..Aku pun tak tau kenapa laptop yang aku simpan di tempat agak tersorok boleh hilang padahal aku punya CPU ni kecik comel lote je..Kalo dia masuk tang mana pun la, benda pertama dia nampak adalah CPU dan LCD aku nih..Apsal laptop yang tersorok jugak dia rembat..Tak faham..




Bila aku investigate keadaan bilik aku, bersih cantik dan kemas sepeti aku tinggalkan hari sebelumnya..Takda tanda-tanda pecah masuk..Cuma ada tingkap tak berkunci dan aku dapat trace kesan tapak kasut atas meja dekat tingkap tu..Hmmm...Apakah?? Dan aku rasa seperti benda tu dah di aim..Entah la.....

Report polis?? Aku tak buat..Sebab aku pada mulanya tak pasti samada benda tu betul-betul hilang ataupun ada orang nak bergurau ngan kitorang..*agak-agak la kot bergurau pun kan..*..Dan ternyata sehingga petang masih tak ketemu jugak,..Dan aku pulak dah blur jiwa kacau tak tau nak buat apa..Bila aku tanya person in charge sini apa patut buat, dia buat tak kisah je..Hmm..Dah dia orang bertanggungjawab kat sini pun taknak ambik apa-apa tindakan, takkan la aku sebagai kuli plak nak kecoh-kecoh..Tah paham la aku ngan diorang ni..Hissshh

Jangan esok-esok perkara ni jadi isu besar plak dan aku dipersalahkan, memang makan kasut la diorang nampaknya..Dan kalau dengan selamba badak diorang nak potong gaji aku, memang kene jugak diorang ngan aku nanti..

Ape-ape pun mintak-mintak la takda perkara buruk terjadi ngan gaji aku *hahahah*.. Kalau betul kerja orang dalam, dan kalau aku jumpa dalang nya tu memang teruk aku kerjakan..Memang bukan harta aku, tapi dah namanya bawah tanggungjawab aku hangin la aku beb..Dan dengan hilangnya laptop tu bertambah susah la aku nak buat kerja tender aku..Haddeehh...

Aku rasa macam banyak je benda tak kene ngan kes ni..Macam mana aku nak cakap aku pun dah tak reti..Tapi aku dapat rasa something fishy is going on..Banyak sangat kemungkinan yang aku menyatakan ini kerja orang dalam...Entah la..Apa-apa pun, kalau betul orang tu mencuri dengan niat tertentu dan khas smoga dapat balasan setimpal lah yer..


PS: Ape la ada dengan mencuri..Tak paham la aku..




Friday, March 05, 2010

Tak Berperikemanusiaan Betol!

Salam semua..Apa khabar di hari Jumaat ni..Sekejap betol masa berlalu..Sedar-sedar dah Jumaat je..Haduuii.. Minggu ni entah kenapa mood tak berapa berkobar-kobar nak kerja..Keje memang ada.Buat memang buat tapi sekadar separuh hati..Buat sebab dah nama pun keje kan..Ape la nak jadi ngan aku ni..

Ape yang ada dalam kepala hotak aku ni pun aku tak tau la..Banyak sangat perkara yang aku fikirkan untuk dilakukan..Mostly of my own life..Pasal kes holiday last week pun iye jugak..Ooh, lupe..Aku takde pulak citer pasal weekedn holiday aku tu kan..Takde interesting nak dicerita melainkan sakit dalam hati je..But, biar la..Malas nak cerita.

Dah mula la aku melalut ni..Berbalik pada tajuk entry di atas..Aku merujuk kepada 2 kes kematian kanak-kanak dalam tempoh seminggu ni. Korang pasti dah sedia maklum pasal kes Adik Syafia yang dibelasah sampai mati oleh teman lelaki ibunya..Dan lagi satu pasal kes seorang lelaki memukul sampai mati seorang kanak-kanak berusia 18 bulan pulak..

Nak tau lanjut boleh rujuk sini..

Well, perkara dah terjadi.Nak cakap maki hamun pesalah pun dah tak guna. Kita ni sebagai seorang manusia yang diberi akal fikiran untuk digunakan kenapa lah tergamak buat perkara bodoh tu kat budak-budak..Ape la sangat salah diorang buat sampai kan nak membunuh..

Kalau iye pun la budak tu ada buat salah, membunuh bukan satu cara penyelesaiannya. Bila nafsu melebihi akal fikiran, itu lah yang terjadi. Kanak-kanak yang baru nak kenal erti dunia yang jadi mangsa..Kenapa sengkek sangat akal.!!

Ape la nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni. Kes pembunuhan makin menjadi-jadi..Macam cendawan tumbuh lepas hujan pula gamaknya..Tak rasa bersalah ke bunuh- bunuh orang ni..? Sikit silap boleh sampai nak bunuh pulak..Mana pegi nilai moral dalam diri tu? 

Adakah faktor cuaca yang panas ni menjadi salah satu punca panas baran makin meningkat?? Atau korang ada hujah lain?? Kongsi kat sini bagi yang sudi...Hoho..Fikir-fikirkan la..


Ps: Takziah kepada keluarga 2 orang kanak-kanak tu..Tak pasal-pasal terbang 2 nyawa tak bersalah..


Tuesday, February 09, 2010

Unstable....

Salam geng..Sekarang ni emosi memang tengah upside down,..Bukan disebabkan oleh kitaran bulanan OK...Maka, idea pun tak berapa nak mantap untuk menulis..Tapi sebab tangan ni gatal je nak menaip, terhasil lah entry ni..

Semalam, Isnin bersamaan 8 Februari 2010 merupakan hari yang cukup 'hot' dan 'berasap' la bagi aku..Dari office sampai ke rumah..Ada je hal..Yang paling triggers hal kat rumah la..Buat aku bengang sampai aku ambik keputusan nak keluar dr rumah tu.

Friday, January 22, 2010

Kes Geraaaammm..!!

Salam geng..Jumpa lagi kali kedua untuk hari ni..Kali ni aku geram..Sedang elok mood aku nk siapkan keje hari ni, tetiba masuk satu call dr rumah suh aku balik..

Pedekes!!! Aku keje bai...Keje pun x siap lagi..Suh aku balik sebab doktor nak datang tengok atok aku..Doktor tu datang nak cek je pun..Konon plak dibagitau doktor tu nak ajar kitorang masukkan tube makanan tu untuk atok aku tu...

Giler bai..Bagi aku sjuta pon lom tentu aku nak buat..Bukan senang nak msukkan tube tu..Stakat tengok tu senang la jugak, tapi susah hati jugak...Atok aku akan meronta2 waktu tube tu nak dimasukkan..

Lagi pulak ada cara2 yang kene ikot..Slama 4 bulan aku jg atok aku tu dan dah dekat 6 kali aku tengok dia tukar tube tu..dan setiap kali nak masukkan tube tu dia mronta2 sakit..Memang la sakit..Nak cocok lalu idung msuk tekak ke perut..Tengok pon cam sakit..

Dua minggu lepas time tukar tube dia, percubaan kali ke 4 baru berjaya..Tu pun berdarah sbb atok taknak telan..Tapi kene jugak pasang. Kalo tak pasang, dia tak dapat makan..

Penyebab aku geram, sorang ni tipon suh aku blik pastu marah2 sbb dia tipon yang lain2 tu tak berjawab..Apedehal aku lak yang kene dengar dia  marah2..Hampeh..Sakit tol ati aku..Pastu buleh pulak cakap cam dia sorang susah payah jaga atok aku tu..Heran sunggoh..


PS: Bukan nyer aku taknak balik, tapi keje aku pon ada lagi..Aku tak pedulik orang nak cakap aku ape..Sebab aku lagi tau..Lagipun, Doktor nak cek je pun..Kot iye doktor tu nak ajar masukkan tube tu, jangan harap aku nak buat..Bukan takde orang langsung kat umah tu..Sengaja la tu nak gunakan aku..Nyampah tol..


**Tapi kalo korang de nasihat ke teguran nak bagi, silakan..takde masalah..




Tuesday, December 29, 2009

Geramnya...


Huh..!Geram sungguh. Pasal air pun nak berkira sangat. Boleh pula dia pertikaikan sape paling banyak minum air tu. Ntah hape2 je la..Mesti korang tertanya2 apa pasal aku membebel tak tentu pasal ni kan.Pasal air pulak tu..Ikuti ceritanya....


Catatan Ringkas

---