Tuesday, May 10, 2011

Bisik Bisik Gathering Yang Sungguh Happening dan Poning!

Salam Selasa ols. Wow! Tajuk terpanjang setakat ni kot. Kehkehkeh. Sihat ka? Make sure korang sihat sebelum meneruskan pembacaan ye. Sebabnya kalo tak sihat, ditambah pulak dengan kemerangan dan ke'poning'an entry ni, bertambah la terlantar korang nanti. Aku tak tangung!

Ok la, dari bebel bebel tak tentu hala aku straight to the point je la yer. Cerita ini berkisarkan pada tak lain tak bukan pasal gathering tu la kan. Tengok tajuk pun korang dah tau. 

Seawal kol 9.30 pagi aku dah keluar dari rumah. Eksaited punya pasal. Padahal jarak dari rumah ke Old Town Terminal 2 tu  tak la jauh mana pun. Dalam 20 minit je lebih kurang. But sebelum menerjah ke sanun, kene buat pitstop dulu. G hambik cup cake kat my sis. Then, baru la menerjah ke Terminal 2.

Chocolate cupcakes with butter-cream toppings


Sesampai je kat sanun, orang pertama yang aku spot ialah MAK LAGENDA!!! Time tu hanak hikan dia pun ada sekali. Sape lagi kalo bukan si Kojie tu. Tapi aku tak berapa nak perasan. Setelah diperkenalkan baru la kenal (kekeke). Cecah je montot kat kerusi terus la di tazkirah briefing kan ape yang patut dilaksanakan untuk hari tu. Ok, small matter. Aku ditugaskan sebagai cashier registrar. Hockay, siaaaaap!

Setelah semua geng sampai, baru la dimulakan majlis itu. Di dahulukan dengan pembukaan oleh hanak ikan Mak merangkap emcee. Seterusnya sepatah berkata kata dari Mak. Dan paling best ialah sesi rakaman bersama 1tube.my. Haddeeh, aku bab bab duk depan camera ni memang fail giler la. Rasa tak tentu arah jadinya. Nantikan je la camana hasilnya nanti. Daripada tak gagap, otometik gagap. Bukan takat dari 1tube.my je. Seremban Maya pun buat jugak. Adeh lagi. [Nak tengok hasil video dari Seremban Maya g la SINI

Lepas je tengok video dari Seremban Maya tu, idea nak update terus terbang. Ni pun masih gigil gigil seram sejuk segala bagai. Korang layan je la gambau yang pueh si Mak Lagenda tu kepoh kepoh nak anto kat kitorang semalam. 

Sumanya ada 7 sesi. Itupun dah macam macam cara dicuba dek Mak ni ha...Akhirnyaaa, dapek jugak!

Emcee. Memang terbaeeekkk! Penambah meriah suasana.

Cik Panadol yang terpesona dengan kegantengan Abg PhillRamli 1tube.my. Err, cik bukan patutnya cik bersedia untuk ditemuramah ke?? Kehkehkeh 

Haaa, ni plak game bloggers pertama. Dipanggil Pulau Kita. Time ni memang buat sampah la kat Old Town tu. Nasib la tokey tu tak marah.  Punya la kecoh macam nak buat bangunan 100 tingkat.! 


Game ke 2. Tiup belon paling besar! Boleh time tengah tiup belon bantai gelak sakan. Camana nya belon tu nak besar. Yang meniup sambil gelak tu aku la salah sorangnya. Dan paling best aku tersedut balik angin dalam belon tu. Masin la sangat mulut. Sebabnya sementara menunggu blogger lain sampai tu sempat borak borak ngan Bro Karim MJ, Kojie, Mak n Pokcik pasal tiup belon ni. Ada la yang menyebutnya sedut angin dalam belonnya. Ha skali aku yang terkena. Bila kenang balik maunya aku gelak tak hengat. 

Game ke-3. Perkataan Berangkai. Time ni pun bantai gelak jugak dari mula sampai la ke sudah game. Sudahnya keluarla perkataan yang tak related dan berulang ulang.  Tapi enjoy.. Well, its for fun anyway. In fact, memang fun giler la. FYI, suma game tu diconduct oleh Bro Karim MJ.


Wall of fame!

Bergambar kenangan bersama hadirin hadirat yang ada. Kekeke

Haa, tu la dia gambaran kejadian di tempat kejadian. Memang happening dan havoc dengan keponingan masing masing. Bergathering macam la dah kenal bertahun tahun. Padahal kebanyakannya baru jumpa untuk pertama kali. Thats the best part of all. Semua pun sporting. Aku suka. Mak, next time buat lagi yer. Thanks to Bro Framestone, Iera Kan, Team 1tube.my, Team Seremban Maya, Mr Curly and his wife, Budak Johor, Puteri Kasih, Hermione Sakura

Pada yang hadir tu, aku mintak maaf kalau ada yang terlanjur kata dan perbuatan yang ada mengguris hati mana mana pihak. Semua yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan tu dari diri aku. Semoga persahabatan yang terbina akan berkekalan. Roger roger la aku kalau nak beraktiviti lagi eh. Ngeeee..


Lagi entry berkaitan:

  1. Cramp Mulut di Majlis Bisik Bisik Gathering
  2. Bisik-bisik Gathering...Hado kau pegi?
  3. GatheringYang Happening

P la terjah blog depa plak no. 





PS: Hamboi..Berejam rejam aku nak siapkan entry ni. Sambil buat entry ni, kene buat multitasking lain jugak..Hehehehe..La ni tengah tunggu gambau dari Cik Panadol. Cik, bila gambarnya bisa sampai??
PSS: Tengah ketaq tunggu video dari 1tube.my



Catatan Ringkas

---