Wednesday, December 30, 2009

Coretan 2009


Haluu. Well, lagi sehari kita akan menyambut tahun baru masihi. Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.!! Pelbagai perkara berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ni. Samada yang baik ataupun yang kurang baik..Di sini aku coretkan perkara2 sepanjang 2009 ni...




1. Berhenti Kerja & Kerja Baru

- Yup..Bulan Februari. Selepas bekerja 4 bulan di sana, aku ambil keputusan berhenti. Itupun sebab aku memang dah tak boleh tahan kerja sana. Sebelum hidup aku porak peranda, bek aku blah.

-Berita baiknya ialah, aku terus dapat keje dan mula tugas kat tempat baru. Huahuahuah


2. Cinta

- Tahun ni menjadi titik permulaan terjun ke alam percintaan..Cinta pertama putus ditengah jalan. Memang terasa sangat la macam diperbodohkan sangat.

Namun duka hanya seketika bila bertemu cinta baru..Hahaha..Life must go on beb..

3. Kedatangan baby

- Ogos, Irdina selamat dilahirkan. Yay.!!..Dah lama rumah takde baby..And aku la yang paling excited..Hahaha..Dia lahir 6hb..Hari bekerja. Tak dapat pergi tengok dia. Dan tanpa lepaskan peluang, hujung minggu tu terus aku g terjah dia..Hahahah


4. Eksiden

- Hahaha..Ni pengalaman pertama aku eksiden. Ngan kereta. Fuuh, naseb tak ada apa2..Masuk sepital la jugak kereta aku 2 minggu. Dan selama 2 Minggu tu aku guna kereta bengkel. Charade..Gila ngko..giler kuat kereta tu makan minyak. 2 minggu telan duit aku 100 untuk minyak je..Hampeh tol..!


5. Baby dan Atok

- Lepas raya baby ada komplikasi jantung dan dia terpaksa dibedah. Lebih kurang 9 jam jugak Baby dalam bilik bedah dan akhirnya Baby selamat dibedah. Namun ditahan di PICU untuk rawatan dan pemantauan lanjut.

Dan pada hari yang sama Baby dibedah, satu lagi berita aku terima apabila atok ku terjatuh katil dan terus tak boleh bangun. Atok dihantar ke hospital dan ditahan 3 hari. Doktor kata atok takkan boleh bangun lagi. Alzheimer yang dihidapi menyebabkan fungsi otaknya menurun. Dan sejak itu, Atok hanya terlantar dan makan minum serta pakainya diuruskan aku dan Uwan ku.




Satu tanggungjawab besar dan turut melatih kesabaran ku.


6. Kerja

- Huh. Dah brapa kali aku nak blah dari tempat sekarang..Dan setiap kali itu la keadaan akan jadi baik pulak. Heran tol aku la..Macam2 je jadi kat tempat keje ni. Daripada staff nya sampaila ke pihak atasan. Kecong keyang tol la..hahahah..Takpa la..Selagi leh tahan kat sini, aku bertahan la..


7. Aku dan diriku..

- Heheh..Dalam pada aku menghadapi macam-macam masalah dan turun naik kehidupan, aku masih enjoy dengan apa yang aku buat. Tapi aku rasa makin hari aku makin hilang diri aku yang dulu. Hmm,,ntah la...



Azam aku tahun baru ni?? Hmm, cukup la kalau aku dapat berubah menjadi yang lebih baik dari tahun lepas. Tak kira la dari segi kerja/ kerjaya, kehidupan social, dan yang paling penting diri aku sendiri..

Apa2 pun hidup mesti diteruskan. Apa yang lepas biarkan. Jangan toleh ke belakang. Toleh tapi hanya untuk belajar dari kesilapan. Bukan mengulang kesilapan.!

Sebelum terlambat, aku nak ucapkan kat korang Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga tahun akan datang ni membawa sejuta kenangan dan pengalaman baru untuk kita semua..Heheh..Peace Y'all.!!!

ps: Hohoho..hepi n ceria tetap kekal pada tahun baru.. Tengah palnn ni mn nak spend time. Hahahaha

No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---