Friday, July 30, 2010

GIVEAWAY: 'Dini's 4th Giveaway'

Salam Jumaat ols.. Ape khabar hari ni? Sebelum keluar untuk lunch ni, aku nak settlekan tag giveaway dari Kedai Langit la. Thanks cik bagi giveaway ni yer:)




Macam biasa la ada syarat pernyertaan. Nak tau lanjut leh terjah kat umah Tuan Penganjur ek.

Thursday, July 29, 2010

TAG: Selongkar

Salam semua. Hari ni nak settlekan suma tag dari kawan-kawan. Nanti pending lama tak best pulak kan..So, maaf la kalu entry aku lepas lepas ni berderet pasal tag dan giveaway yer..Ada lagi agak agak 2 giveaway menanti dan satu update award..

Untuk malam ni nak buat tag selongkar beg dari Cik Sulie..


Konon kes Awal Ashaari dalam Fuuh.. la ni kan..ngeee..Gambar atas tu antara barang wajib yang perlu dibawak pergi kerja..Tapi kebanyakan tu pun suma barang wajib yang memang akan sedia di bawak ke hulu ke hilir..Hehehehe..

1. Purse - wajib ada wooo...suma ada dlm tu..yang paling penting IC ngan lesen la kan..yang lain tu no 2 la sket..ngeeee
2. Beg kecik - dalam tu ada compact powder n lipbalm and buku derma darah. Wajib bawak ni barang. Hehehehe
3. Pencil Case - g keje memang wajib ada la kan. Macam macam jenis pen pencil pendrive ada dlm tu..
4. Diari - bukan diari peribadi. more to work punya diari la..Catatan kerja harian gitu la..
5. Earphone - hehehe..haa tang tu saja ja bawak untuk dengar radio kalau boring dengar MP3 dalam PC..
6. USB Cable - tu phone punay USB la..Kot2 ada ambik gamabr kerja bleh trus transfer ke PC.

Haa..Tu je la yang ada dalam beg aku. Hehehe..

Nak tag kawan jugak ke? Aku nak tag kat sesape yang sudi nak buat je la..Sape yang buat tu nanti inform aku keh:)


PS: Bese tukar tukar tukar beg. Hehehe..Namun, isi tetap sama je...ngeee

CONTEST: Berapa Ekor Anak Saya?

Salam ols..Selamat berjumpa lagi di hari Khamis ni. Hari ni perjalanan pagi aku ok je. Cuma separuh dari pagi tu mood nak berkerja aku dah melayang ntah kemana selepas satu insiden yang boleh buatkan aku tak bleh nak makan la pendek kata. Adeeeh..Sabar je la.. So demi nak tenagkan rasa hati ni aku nak buat la tag contest dari Cik Sakura.. Sorry ye cik lama baru nak buat tag u ni.. 

Ada nampak meow kat bawah ni. Contest ni ada kene mengena ngan meow tu. Nama meow ni Omie..Commmeeeyyy..!!! Nama contest ni ialah " Berapa Ekor Anak Saya...?"


Makanya aku kena teka la kan berapa ekor anak Omie bakal lahirkan. 

Wednesday, July 28, 2010

Busy Of The Busy

Salam Rabu ols..Sihat hari ni? Ape cer hari korang? Baru sempat nak jengh blog la geng..

Macam ni kot tahap kebisian aku tadi..Heehehehe..

Sorry la eh tak membalas terjahan korang. Minggu ni memang ada busy sket la. Hari ni tak payah cakap la. Even nak makan pun tak sempat tadi. Banyak yang perlu dilayan dan diselesaikan. Terjejar sana, terkejar sini. Phone sana, phone sini. Fuuhh. Memang tak menang tangan la. But so far everything good except one.

Tuesday, July 27, 2010

Rambut Oh La Rambut..

Salam Selasa ols..Apa khabar hari ni? Maaf la tak dapat sangat layan terjahan korang hari ni. Banyak keje kat ofis tadi. Alhamdulillah settle untuk hari ni. Esok ada lagi. Tapi takpa..Tu cerita esok la. Hari ni punya cerita pasal rambut.. Haaa..Rambut bukan sebarang rambut tau..Rambut yang bleh di makan...Tau ape? Ni ha dia rambut tu..


Monday, July 26, 2010

Hang Li Po

Salam ols..Sihat hari ni? Aku harini alhamdulillah sihat walafiat je. Cuma mood nak pegi kerja pagi tadi macam kurang daripada biasa. Hmm..Bawak kereta pun macam nak tak nak je. Papeun selamat la jugak sampai ke office ni kan.. Ok macam biasa hari Isnin entry berkenaan hujung minggu aku la..Nak tau pe cer baca la lagi..

Sunday, July 25, 2010

CONTEST: Teman Sejati

Salam Ahad ols..Sihat hari ni? Ape cer weekend? Aku cam bese la..Nanti aku story ape cer weekend aku..Heeee.. But for now aku nak buat tag contest dari Cik Itam..Mekaseh yer cik sudi bagi kat kite:) And sorry sebab lambat buat..Ni baru dan nak buat..



Contest ni diberi nama Teman Sejati. Sebab ape? Mek terjah reramai kat blog Tuan Penganjur.. DAn tak lengkap pulak contest kalo takda rules n regulations kan..Meh baca kat bawah ni...

Saturday, July 24, 2010

Karaoke Jom!

Salam Sabtu ols..Heee..Ape plan korang ujung minggu ni?? Aku tak plan lagi tapi rasanya mungkin just chill out je kat Seremban ni.



Nak g karok la kot..Lama giler tak b test suara nih. Ngeeeheheh...Nak ikot jom la.. Sebelum tu nak g show house lu kat area sini. Sedang usha usha umah lagi. Kalau ada rezki memang nak beli je.

Ok la..Saja je nak update aktiviti ni. Sekarnag kat office lagi. Jap g nak balik dah la lepas settle suma keje.

ok, Have a great weekend ols..


PS: Nak g Big Apple. Ada voucher .Ngeeeheh

Friday, July 23, 2010

CONTEST: Senyuman Menawan

Salam Jumaat ols.. Siang tak berkesempatan nak update blog so~so~ aku ni..So di kala malam nila baru berkesempatan. Ada lagi 2 contest lepas ni. So jangan heran la tengok blog aku ni penuh ngan contest 2 3 hari ni nanti ek..Hehehe..

So, contest kali ni aku telah ditag oleh Cik Bit Zamri..Nak tengok dia punya gambar taruhan leh g kat SINI. Mekaseh la kat cik Bit ek:) Suka u tag i ek..I ok jek..Ngee..

 By the way, penganjur contest ini ialah cik yang kat dalam banner kat bawah ni. Hehehe..Manis kan senymannya dan sungguh menawa..hehee


Macam biasa la ada lah Syarat - syarat penyertaan yang perlu dipatuhi. Sila terjah umah cik ni untuk tau lebih lanjut...:)

Dah tau dah kan. And suma syarat tu aku penuhi tanpa aral:)

Maka ini lah dia gambar yang dipertaruhkan;;

Thursday, July 22, 2010

Wawwi Matrix Blogwalking: Cabaran 2 & 3

Salam Khamis ols..Waaaa..Semakin dekat nak puasa ni makin cepat masa berlalu. I like..Tak sabar nak tunggu Ramadhan. :). Tapi sebelum tu kena habiskan ganti puasa lepas. Hehe..Ada belen 3 hari lagi..:)

Ok, jangan celoteh panjang..Ada nak war war ni..Sini ada sambungan Cabaran Wawwi Matrix Blogwalking. Kali ni Cabaran No. 2 & No. 3. 

Baca nak tau lebih lanjut.:)

Wednesday, July 21, 2010

BLESS : Bussiness Licensing Electronic Support System

Salam ols..Entry kali ni sekadar perkongsian ilmu la. Kan dua hari lepas aku ada bagitau aku attend satu taklimat BLESS. So ni nak story kat korang la amende BLESS tu sebenarnya.

BLESS merupakan satu portal permohonan lesen secara elektronic. Tengok tajuk entry aku memang dah menyatakan BLESS dalam bahasa panjangnya ape kan. Fasa pertama portal ni dah dilancarkan di Lembah Klang pada 2008 dan sekarang  bakal diperluaskan ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mengikut sehingga October ini.


Interesting Enough?

Salam ols..Jumpa sesi malam ni.. Ape cer hari ni? Siang tadi tak sempat nak membalas terjahan korang suma. Sibuk ngan kerja. Hari ni tetiba lak banyak hal nak kena siapkan. Sabar je la kan. Anyway sorry la ek kot ada yang terasa aku tak reply u ols..Hehehehe

Tuesday, July 20, 2010

Berhenti Kerja!


Salam Tuesday ols. How was ur day going on so far?

Sunday, July 18, 2010

Award From Alcatraz77

Salam Ahad ols. Sekarang masih bersiaran langsung dari PD la.. hehee..Hari ni last day kat sini and petang kang check out and balik. Ingat nak terjun pool jap lagi. Tapi sebelum tu nak lunaskan terjahan kat shoutmix tu and buat tad award dari Alcatraz77 ni...:)

Jenguk je shoutmix tadi, nampak la pesanan dari incik Alcatraz77 ni. Kata saya dapat satu award. Ni tengok bawah untuk awardnya..

Friendship Award 2010.

Unlike previous award, yang ni takda pulak questionnaire yang kene jawabkan ke ape. Anyway, thanks la alcatraz sudi bagi award ni ek. Lenkali bagi la lagi..Ngeeehehehehe..

Ok..Tu je la kot..Nak balas terjahan korang lu kat Smix tu. 

Enjoy your Sunday guys!

PS: ....

Saturday, July 17, 2010

Kisah Di Laut

Salam Sabtu geng..Ape citer petang ni? Eh malam dah la..Hehehe.. Buat apa je hari ni? 

Hari ni aku cuti la kan. Sebabnya koran gpun sedia maklum dah. Ok la jugak walaupun banyak masa terperap je dalam bilik. Aktivit diorang conduct takda yang menarik hati langsung untuk aku turut serta. And then rushing nak kemas bilik untuk check out jam 12 tengahari.. My dad pulak not feeling so well suddenly and itu yang buatkan aku tak nak enjoy sangat. Tak syok la kan..


Family Day

Salam pagi Sabtu ols..Hehe..Pelik ke tengok aku ada seawal pagi cenggini? Bukan pe..Aku coti Sabtu ni. Weekend di Tiara Beach Resort, PD. Kebetulan ada family day my father's office. So join je la..Bukan slalu dapat lepaking free camni..Hahahha..



Check in petang tadi kol 3 sepatutnya. Tapi aku lambat la..Habis kerja kol 6 tadi baru terjah g sini. Jarak office ngan TBR ni dalam 45 minit je. Lenggang kangkung

Friday, July 16, 2010

Harga Minyak Naik, Maksudnyaa.....

Salam berjumpa lagi di entry ke dua hari ni. Hmm..Semalam telah diisytiharkan kenaikan harga minyak, gula dan gas.


Semalam di Giant..

Salam ols..Sihat di pagi Jumaat ni.? Pagi ni kat tempat aku cuaca agak mendung dan renyai renyai sket. Hikmah Jumaat kot..Heee..Di bulan Syaaban lagi kan..Bila tengok balik tajuk tu ntah hape hape je..Layan kan aje la..



Haa..Nampak ape kat atas tu.? Nak tau ape cerita baca la lagi kan..Heehehe

Thursday, July 15, 2010

Owwhh..Kau Kembali Akhirnya..

Salam ols..Sihat hari ni? Berjumpa lagi di hari Khamis dengan entry segera dari aku. Klik Read More tu kalau nak tau ape yang dah kembali padaku..Ngeeeee

Wednesday, July 14, 2010

Kelebihan Syaaban

Salam Rabu ols. Sihat hari ni? Hari ni bersamaan 2 Sya'aban. Ada lagi lebih kurang 3 minggu sebelum Ramadhan. Dah bersedia ke nak sambut Ramadhan? Dah habis ganti posa dah? 

Jangan lupa ganti taw. Nanti kang tak pasal pasal kena bayar denda. Tu takpa lagi.  Hutang ngan Tuhan tu yang penting. Hmm, masuk hari ni baru 2 hari aku ganti puasa. Hehehe..Aku tau sikit nak dibanding ngan korang korang suma tu. Insyaallah sempat habiskan. Ada 5 hari je lagi. Hehehe

Dulu sebelum kerja memang akan ganti puasa awal-awal. La ni dah kerja suka bebenau lak nak buat last minit. Haiishh..Jangan tiru perangai ni...So, tunda punya tunda la ni baru la dan nak buat. Apa la kan. Tapi takpa..Boleh la dapat pahala puasa Syaban skali..Insyallah..

Ok, berleter pepanjang tak guna gak. Ni aku nak share ngan korang la kelebihan bulan Sya'ban ni. Sama- sama renungkan dan amalkan lah yer:)

Kelebihan bulan Sya`ban.
(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi)
1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

Monday, July 12, 2010

Zoo & Kenny Roger's Roasters

Salam Isnin. Baru berkesempatan nak mengupdate belog harini. Apa khabar? Sihat? Ape cer weekend? Line tenet slow so menggagalkan usaha nak usha gambar Gathering Geng Blogger Sabtu lepas. Jap lagi la. Ramai ke yang pegi? Aku kompom tak pegi la kan..

Saturday, July 10, 2010

Once A Scout, Always A Scout

Salam Sabtu ols..Sihat hari ni? Ape plan hujung minggu? Harini ada Gathering Geng Blogger kat Putrajaya kan. Ada yang pegi ke? Aku tak la.. Kan keje ni.. Selain tu kat Putrajaya ada Pesta Flora mula hari ni tak silap sampai Ahad minggu depan. G la cuci mata tengok bunga kat sana ek..Hehehe

Hmm..Tengah godek-godek FB tadi ada lak nampak satu group group Persekutuan Pengakap Malaysia (Cawangan Sarawak) - Daerah Petra Jaya. Adik aku tag gambar kat aku. Teringat balik kenangan masa skolah dulu.  FYI, aku merupakan ahli Pengakap. Aku start join Pengakap masa form 1. Mula mula tu join sekadar nak penuhkan Ko-ko je..Tapi bila lama lama terus terpaut hati plak.  



Banyak benda aku belajar dengan join Pengakap ni. Macam mana nak

Friday, July 09, 2010

"Lensa Buruk, The Contest"

Salam Jumaat ols..Sedang membelek belek blog tadi baru teringat pasal satu Tag contest dari Kak Mimie.. Disebabkan hari ni agak free, maka dengan itu aku dengan semangatnya nak buat tag contest tu.. Korang tegok tajuk entry aku pun dah tau ape contest kan..So jom terjah la..



Memang tak sah la kan kalo join contest takda syarat2 nya..So ini la dia Syarat2 Penyertaan Contest ni..

Thursday, July 08, 2010

Friendly Visitors Award

Salam ols..Ape citer hari ni? Sihat? Aku hari ni tak berapa nak cergas sebab letih dan mengantuk. Berast dah mata ni. Tapi time kerja ni mana bleh tido kan. So demi mencerahkan mata aku ni, aku nak buat award yg di tag oleh incik Raafix

Tak sah kan kalau dapat award takda nama.. So nama award ni ialah 'FriendlyVisitors Award'.. Dan tak sah jugak award kalau takda logo dan soal jawabnya. Meh layan..

Check it out lagi...

Wednesday, July 07, 2010

World Cup 2010: German Vs Spain

Salam semua. Sihat? Baru la ni dan nak jenguk blog. Ni pun saja nak bagi short update..

Hari ni sunggu rindu nak berblog n berblogwalking kat umah umah korang suma..Tapi apakan daya tuntutan kerja perlu didahulukan. Jam tunjuk kol 5 petang baru la aku sampai ofis balik. Letihh wooo..Jauh perjalanan lawatan tapak aku hari ni.. Dari satu hujung ke hujung.. Ni pun ada lagi sikit kerja nak di settlekan. 

Bila dah jarang kuar site n bila skali skala kuar memang meletihkan. Masa banyak habis on the road je pun. Papepun, aku nak sambung buat keje sket jap. Sempat OT sejam jadi la kan. Badan pun dah letih giler nih..Dah terbayang-bayang tilam ngan bantal aku kat umah nuunn.. Hujan hujan plak lagi.. Lagi la laayaaaann tidur..Peerghh..Hahaha..

Ok la, roger n out la..:)



PS: Malam ni match German vs Spain kan?? German mesti menang punya lah..Ngeeeee

Tuesday, July 06, 2010

Ahad Yang Menggemparkan....

Salam semua.. Ape cer hari ni? Tak tau nak buat intro ape nih, so jom terjah aje la pada perkara intinye nih... Last entry aku ada cakap pasal hari Ahad yang menggemparkan kan. Meh aku story. Its about my Atok..

Lepas je minum pagi sambil memain ngan si kocik Mata Boolat tu, aku lepak lepak la dalam bilik baca novel. Saja isi masa sebab dah tak da mende yang nak dibuat. Memandangkan malam sebelumnya ramai bermalam di rumah atok aku ni, aku biarkan je dak makcik pakcik aku take over uruskan atok aku tu. 


Well, korang tau atok aku dah terlantar and

Monday, July 05, 2010

Family Gathering Plus Birthday Celebration 2010

Salam ols..Berjumpa lagi dia hari Isnin setelah sehari aku tak online blog ni. Rindu korang.!

Well, as promised harini nak update pasal function last Saturday. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun a bit out of track.. Hehehe..Gambar tak sempat nak collect dari dak sepupu a.k.a cameraman aku suma..So apa yang sempat aku snap aje la aku letak ek..Nanti dah ada aku kasi update lagi..

Kek ditempah oleh Induk.. Coklat+Bluebery..Harus ada Bluebery tu yer..Feveret.! Hehe
Besar woo kek tu..3kg..Ngeee..Sedap bila

Saturday, July 03, 2010

Weekend Schedule..


Salam ols..Hari Sabtu kan. Aku pun keje half day..
Tonight is the gathering. Can't wait..Heeeee

Check list to do balik nanti.:


  1. Order ais
  2. Prepare tempat bakar satay/ayam
  3. Rebus nasi himpit
  4. Ambik satay kat Bukit Mahkota
  5. Dan lain lain yang berkenaan..

Heehehe... Best gak kalo ada karoke ni..Hehehe..Lagi meriah kan.. Kehkehkeh...

BTW, have a great weekend ols.. Jaga diri bebaik taw..



Friday, July 02, 2010

Andai Hari Esok...

Salam petang Jumaat ols. Hari ni aku agak sibuk. Ni pun curik masa nak update blog sayang aku ni kan. Sorry la tak sempat nak blogwalking lagi. Bayangkan bekfes pun tak sempat pagi tadi. Ni pun baru je lepas lunch. Lepas ni ada lagi keje nak disambung. Sampai sakit kepala dah ni..Tapi takpa. Dah nama pun kerja kan. So its ok la..(Ni kol 2 ptg tadi...:D)

Last Year Gathering

Aku ada cakap dalam entry aku awal minggu ni pasal acara weekend aku kan. Actually

Thursday, July 01, 2010

Lempeng Tepung Kene Lempang!!

Salam Khamis ols.. Ape cerita di hari baru bulan baru ni? Dah 1 July ye korang.. Dan dah lebih separuh tahun kita di 2010.. Amacam setengah tahun korang dah?? Mesti banyak ups and down gak cam aku la.. Ok, selamat setengah tahun ke dua 2010..hehehe

Ihsan Pah Gel..

Lempeng tepung? Sedapp wooh..Lagi pulak kalo ada letak kelapa kan..Cicah plak ngan  sambal bilis ke kuah masak lemak cili api..Peergggh! Terangkat beb.! Caitt! Pesal plak cakap pasal makanan ni.. 

PaaanG!!!

Sebenarnya aku just nk lepas geram sikit la.. Macam nak lempang je sorang ni.. Hal ni jadi petang semalam. Masa aku tengah update

Catatan Ringkas

---