Saturday, December 26, 2009

LePaking

Sebaik sahaja jarum jam menunjukkan ke nombor 1, aku segera berkemas dan memboloskan diri aku keluar dari pejabatku yang hmmm......tak tau lah nak dikhabarkan bagaimana 'kecantikannya'..Hahaahahaha

Aku dengan pantas seperti lipas kudung terus meninggalkan bangunan pejabat dan terus menuju ke Tesco untuk menunggu sepupuku, seperti yang telah dijanjikan awalnya..(Bukan apa keluar tepat pada masa, bos ada kat ofis..Nanti tak pasal-pasal dia bagi keje yang boleh mengakibatkan balik lewat..Heheheh)..Setiba di Tesco, aku terus memakirkan kereta dan menuggu kedatangan sepupuku. Setengah jam kemudian, dia sampai dan kami terus menuju ke Seremban Centre Point.Tujuan utamanya, sepupu aku nak beli baju daaa... Maka, kami pergi la men'check it out' baju-baju di sana..

Jalan punya jalan punya jalan, dah dekat jam 4 petang dan kami belum makan tengahari. Maka dengan itu, kami memilih satu kedai makan di medan selera Centre Point dan sungguh bernasib baik, makanan yang dihidangkan memang sedap la..Berbaloi rasanya membayar untuk harga yang ku bayar..Heheheh..(harga rahsia)..Nak tau ke menu apa aku order?? Ala, biasa-biasa je..Nasi goreng cili api dan sup campur. Airnya Ice Lemon Tea..(Kegemaran tu..)Sepupu aku pulak nasi Goreng Daging Merah dan ais Milo...Sedaaaap..

Selesai makan, kami merancang untuk menjegah sebentar ke Seremban Parade. Kebetulan aku memang nak carik beg dan dia sarankan aku pergi sana. Dalam pada aku berjalan cari beg tu, aku terserempak la pula dengan satu beg ni yang buatkan aku terus tertarik nak menarik duit keluar dari dompet. Heheh..Maka, ini la begnya.Amacam???Komen la sikit ek..=)










Hehehe..Amacam?? Hohoho...

Ni pulak sandal yang tak sempat nak dicekau tadi. Tuptup dah keluar dari situ baru teringat balik pasal sandal ni..Hmm..Takda rezeki la nampaknya nak beli kot.








Hajat ku yang tak kesampaian..Huhuhu...

Setelah mencapai hajat membeli beg, kami singgah ke tempat ke-tiga, kami singgah Jusco pulak. Tak puas hati tak ketemu lagi baju yang dicari. Jalan punya jalan punya jalan pun, masih gak tak jumpa.Kesudahannya, kami masuk keluar butik kasut mencuba selagi boleh..Hahaha...Dan yang terakhir, kami singgah semula ke Tesco untuk ambil kereta ku yang ditinggalkan keseorangan. HEheheh...Asalnya nak ambik kereta dan terus balik, tapi menyimpang sikit bila sepupuku mengajak pergi makan. McD menjadi pilihan. Aku cuma order kentang twist dan coke. Sementara sepupuku meminta bubur ayam. Nyamnyamnyam...Sesudah itu, kami trus vrooooomm balik rumah..

Demikian la sudah ceritaku untuk hari ini..Dan sekarang ni, di sinilah aku..Meng'online'kan diri..Heheheh..

Ps: aku dah nagntuk ni tapi tetap menggagahkan mata..Hekhekhek

7 comments:

  1. wah~~~ shopping sakan... "year end spending" muahaha...;D

    ReplyDelete
  2. hohoho..mn de soping sakan la yuse....satu beg tu je beli..sandal tu x jd beli.nasib de ambik gmbr wat kenangan..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. Nina: sorry..Time tu rushing punya psl lupa nk bgtau na..lenkali kt EnJoY ek..carik port Baaaeeekkk PunYaaa.....hehehe

    Uruchimaru: YEAR END SALE!!!..But mmg giler2 punya sale la..nasib jek dompet dah kempis..hahah..ujung bulan ktkn..hohohoho

    ReplyDelete
  4. cantik beg ko tu...

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---