Friday, February 26, 2010

Hari Ini, Ini Hari

Salam Maulidur Rasul geng..Selamat bercuti jugak la aku ucapkan pada yang bercuti tu..Dan pada yang bekerja bila orang laincuti (macam aku ni la), buat la kerja anda..(Hohoho...Update belog ni kira kerja gak kan..hekhekhek)


OK..Takda banyak aku nak celoteh kat sini..Cuma nak pesan kat korang, banyak-banyakkan la berselawat ke atas Nabi junjungan kita. Syafaat di akhirat kelak..Insyaallah..Dan bukan setakat itu je, banyak lagi kelebihan berselawat ni..Nah..Baca kat sini.. 

Selalulah amalkan berselawat ni yer. Untuk ingatan aku jugak la ni..Kadang-kadang leka sangat dengan hal duniawi yang sementara ni. Padahal bukan susah pun berselawat. Lagu omputeh berbelit-belit lidah bleh plak nak lagu-lagukan..Ish ish ish untuk aku..Sama-sama la kita saling ingat mengingati..Heee

Eh, jap..Nak tanya korang..Korang ada join tak perarakan sempena Maulidur Rasul?? Aku dah lama tak join perarakan Maulidur Rasul. Paling last aku join agak-agak 2 ke 3 tahun lepas..Rindu plak nak join..Time sekolah dulu tak penah miss pun..

Cerita pasal perarakan ni kan, teringat pulak pengalaman aku sepanjang menjoin dalam perarakan Maulidur Rasul ni. Masa tu aku Ting. 5. Sekolah teknik. Sekolah kitaorang ni memang jauh la jugak kedudukannyer daripada sekolah-sekolah lain..Pendek kata, kat kawasan tu hanya ada sekolah kitaorang dan kuarters guru jek. Standard la kan kawasan sekolah camtu. 39 hektar (pergh..ingat tu.)

Dan, design sekolah kitaorang tu arkitek tu buat macam padang balapan..Macam ni ha bentuk dia ----->


*Nampak line bulatan tu..??Route kitaorng berarak*

So, seperti kebiasaan sekolah akan buat la sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah..Dan pendek cerita, laluan kitorang berarak tu just dalam area sekolah..Start point depan masjid, dan berakhir pun depan masjid sekolah..Tak ingat pulak brapa kali pusing..Heheheh..Walaupun dalam area sekolah yang mana penglibatan pelajar sekolah yang seramai kurang 400 orang tu..Meriah tetap meriah..Siap dengan sepanduk masing-masing lagi..Pertandingan sepanduk tercantik dan kreatif..Macam-macam la aktiviti yang diadakan.

* Bukan kiteorang*


Ada lagi pengalaman lain mengenai sambutan Maulidur Rasul yang aku join. More or less the same la method nya. Hehehe...Time sekolah la the best time..Huuii..Tak leh lupa tu..

Ok, dari aku kata tak nak celoteh pepanjang dah terpanjang pun entry aku ni..Hahahaha..Sorry la yer..Selamat membaca entry yang tak seberapa ni..Kehkehkheh

Ada nak kongsi ke pengalaman koragn plak?? Sila lah..Amatlah dialu-alu kan..

Akhir kata, Salam Maulidur Rasul..

PS: Ape tema sambutan kali ni? Ada sesape tau?


No comments:

Post a Comment

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---