Salam geng..Ape khabar hari Sabtu ni? Syok la korang minggu ni cuti panjang ek..Aku je la yang keje memanjang..Walaubagaimanapun, selamat berhujung minggu..
Sebenarnya, entry kali ni adalah tag daripada Cik Nina' kite ni..Dia suh ceritakan pasal sekolah-sekolah anda dahulu..And Im eksaited la nak buat tag ni..Mana taknyer, pepagi cek blog dah ada tag menanti..Okay, teruskan pembacaan anda..Heeee
Sekolah 1
Taski Abim
Sejak berumur 5 tahun my parents dah hantar pergi sekolah.Dan sekolah pertama aku ialah Taski Abim..Memang best time ni..Aku jadi kesayangan cikgu..Mana tak best nyer kan...Hahahahah.Time ni my father kerja kat Felda Bukit Rokan, Gemenceh.
Sekolah 2
Tadika Kemas
Masa umur 6 tahun, my dad dapat transfer ke Felda Titi, Jelebu dan pindah lah aku masuk ke Tadika Kemas pulak..Kat sini pun best jugak la..Ramai kawan..Standard la tadika..Sampai sekarang kadang-kadang leh rasa lagi nasi goreng kacang peas dia..Nyuuumm...
Sekolah 3
SK Sepri Tengah, Titi, Jelebu
Aku bersekolah kat sini masa aku naik Darjah 1 dan 2..Macam-macam pengalaman dan peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang sekolah kat sini..Aku penah jadi ketua darjah, kat sini la aku kene injection BCG n Rubella dan jugak menjadi kesayangan cikgu disiplin..Hahahahah..
Sekolah 4
SK Serting Hilir Kompleks, Bandar Baru Jempol
Darjah 3 dan 4 aku sekolah kat sini. My father dapat transfer lagi ke Felda Gugusan Serting. So, bertukar sekolah buat sekian kalinya. Dekat sini, sesi persekolahan beza. Darjah 1, 2, 4, dan 6 sekolah sesi pagi dan selebihnya sesi petang. Sebab tak cukup kelas nak occupied semua student. Aku dapat rasa 2 sesi tu la..Kalo sekolah kebangsaan pagi, sekolah agam petang dan sebaliknya la..
Sekolah kat sini pun aku jadi orang kepercayaan cikgu dan juga menjadi kesayangan cikgu..Hahahaha..Budak baik la katakan..Dan jugak jadi pembantu kantin tak bertauliah. Sebab tauke kantin tu parents kawan baik aku..So, aku tolong la bila dia dia mintak tolong..Hehehe..Memang best la pengalaman kat sekolah ni..Sekarang ni sekolah ni dah besar bertingkat-tingkat..Wuuuuiiai..
Sekolah 5
SK Bumiputra, Lundu, Sarawak
Waweee..jauh aku pergi sekolah ek. Masa tu my father dapat pindah ke Felda di Sarawak ni..Lundu to be exact..Maka, berpindah la aku lagi. Kali ni merasa la pergi tempat orang. 2 tahun aku sekolah kat sini. Darjah 6 dapat jadi pengawas. 2 tahun pertama ni aku belajar speaking Sarawak. Macam-macam bahasa ada. Iban, Bidayuh, Melayu Sarawak, dll. Time ni aku berulang dari rumah yang mana ambik masa 2 jam seklai perjalanan. Perrghh..Memang mnegajar aku betul lah..Ape pun, kat sini aku jumpa ramai kawan dan ragam kerenah jugak la..Hehehe
Sekolah 6
SMK Lundu.
Aku sekolah kat sini dari Tingkatan 1 hingga 3. Kat sini tingkatan 1 je aku berulang. Masuk tingkatan 2 sampai la tingkatan 3 aku duduk asrama. Tak sanggup beb nak berulang hari-hari..Jauh tu..Lagipun selali je datang kelas lambat. Sebab stuck ngan feri. Huh..Tapi sekarang kat sana takyah feri-feri lagi dah..Dah ada jambatan..Hehehe
Sekolah 7
SM Teknik Sejingkat, Kuching
Sekolah kesayangan aku!! Waaaa.Hehehehe..Dalam banyak-banyak sekolah yang aku pergi, ini la sekolah yang the best..Sayang sungguh nak tinggalkan sekolah ni waktu hari terakhir bersekolah. Huhuhu...Terlalu sayang sebab ramai giler kawan dan jugak pengalama pahit manis suma ada la..
Sekolah ini merupakan fully technic and fully boarding. Means takde mix ngan vocational. Sekolah baru 4 tahun masa aku sekolah kat sana la. Bilangan murid tak sampai 400 overall. Kat sini ada tingkatan 4 dan 5 je. Lebih kurang ada 9 kelas kursus je..Facilities tip top..Heheh..
Dah lama tak g jenguk sekolah ni..Ada la 5 tahun gak kot..Huhuhu..Winddduuu...
Sekolah 8
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak, PPKS Samarahan, Sarawak.
Masih lagi di Sarawak. Lepas habis SPM, dapat offer masuk PPKS ni and aku ambik Kursus Wiring Level 1.Sempat habiskan kursus tapi sijil tak dapat sampai sekarang..Kesian aku..
Sekolah 9
Politeknik Kota Kinabau, Sabah
Waaha...tercampak lak aku ke Sabah. Kali ini kerana melanjutkan pelajaran ke politeknik tersebut la..3 tahun tolak 6 bulan aku stay kat Kota Kinabalu (KK)..6 bulan tu sebab praktikal. Aku tak buat kat KK la. Aku ambik Electrical Engineering dan aku tamat belajar July 2008. Kenangan kat sini memang tak boleh nak dilupakan la. Banyak mengajar aku erti kehidupan dan juga berdikari.
Aku ingat lagi aku penah stay sorang-sorang kat hostel yang setinggi 5 tingkat dengan 84 bilik dan aku on the top floor. Cuti mid sem 1 minggu..Time tu memang seram pun ada.Tapi nak buat macam mana..Nak tak nak kene go through. Aku sem 2 tak silap. Memang pengalaman tak boleh lupa la..dah adat duduk kat perantauan. Bukan senang nak balik selalu..Lagi pulak time tu my family dah move ke Felda Gugusan Bera, Pahang. Heheh
Peergh..Baru aku tau bilangan sebenar sekolah-sekolah aku penah belajar. Hahahahah..Padahal ni tag je..Aku tulis punya la berjela2 panjang macam buat essay kan..Sabar je la korang baca ek..
PS: Jauh perjalanan, Luar pemandangan dan pengetahuan..Memang betul la tu..
Ada ke yang satu sekolah ngan aku kat sini?? heeeeee
PS 2: Tag ni terbuka pada sesape yang teringin nak jawab ler...
PS 2: Tag ni terbuka pada sesape yang teringin nak jawab ler...
emm lengkap dan detail !
ReplyDeletebestnyer kamu.......semenanjung & sabah sarawak dh sampai!
hehehe..ala, bkn ada bejalan sngt pun mrata negeri tu...sarwak paling jauh penah smpai kat sri aman..
ReplyDeletesabah plak smpai sandakan..hehehe
gunung kinabalu tak sempat nak manjat lagi..insyaallah coming soon..
fuhyooo.... mantap~
ReplyDeletenina: ape yg mantap nyer??/ hehehe
ReplyDeletepage mantap
ReplyDeletei follow u sbb page ni cute, www.syoknyaDownload.blogspot.com..salam kenal,follow me back dan alif akan up your trafik everyday..