Salam semua..Apa khabar di hari Jumaat ni..Sekejap betol masa berlalu..Sedar-sedar dah Jumaat je..Haduuii.. Minggu ni entah kenapa mood tak berapa berkobar-kobar nak kerja..Keje memang ada.Buat memang buat tapi sekadar separuh hati..Buat sebab dah nama pun keje kan..Ape la nak jadi ngan aku ni..
Ape yang ada dalam kepala hotak aku ni pun aku tak tau la..Banyak sangat perkara yang aku fikirkan untuk dilakukan..Mostly of my own life..Pasal kes holiday last week pun iye jugak..Ooh, lupe..Aku takde pulak citer pasal weekedn holiday aku tu kan..Takde interesting nak dicerita melainkan sakit dalam hati je..But, biar la..Malas nak cerita.
Dah mula la aku melalut ni..Berbalik pada tajuk entry di atas..Aku merujuk kepada 2 kes kematian kanak-kanak dalam tempoh seminggu ni. Korang pasti dah sedia maklum pasal kes Adik Syafia yang dibelasah sampai mati oleh teman lelaki ibunya..Dan lagi satu pasal kes seorang lelaki memukul sampai mati seorang kanak-kanak berusia 18 bulan pulak..
Nak tau lanjut boleh rujuk sini..
Well, perkara dah terjadi.Nak cakap maki hamun pesalah pun dah tak guna. Kita ni sebagai seorang manusia yang diberi akal fikiran untuk digunakan kenapa lah tergamak buat perkara bodoh tu kat budak-budak..Ape la sangat salah diorang buat sampai kan nak membunuh..
Kalau iye pun la budak tu ada buat salah, membunuh bukan satu cara penyelesaiannya. Bila nafsu melebihi akal fikiran, itu lah yang terjadi. Kanak-kanak yang baru nak kenal erti dunia yang jadi mangsa..Kenapa sengkek sangat akal.!!
Ape la nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni. Kes pembunuhan makin menjadi-jadi..Macam cendawan tumbuh lepas hujan pula gamaknya..Tak rasa bersalah ke bunuh- bunuh orang ni..? Sikit silap boleh sampai nak bunuh pulak..Mana pegi nilai moral dalam diri tu?
Adakah faktor cuaca yang panas ni menjadi salah satu punca panas baran makin meningkat?? Atau korang ada hujah lain?? Kongsi kat sini bagi yang sudi...Hoho..Fikir-fikirkan la..
Ps: Takziah kepada keluarga 2 orang kanak-kanak tu..Tak pasal-pasal terbang 2 nyawa tak bersalah..
tak tau la nk share pe..dah akhir zaman kot..hmm
ReplyDeleteahmad din: haduuiii...dah tu habis la suma benda dia nk bleasah bila dia marah..pihak22 berkaitan kene anjurkan kursus mengawal kemarahan sekali sekala...
ReplyDeletemiss..: tu la psl...tak terkata22 ye tak..