Salam berjumpa lagi di hari Isnin ni geng..Apa cer hujung minggu korang?? Yang pastinya hujung minggu aku sangat letih..Tapi enjoy..Macam ape yang aku penah cakap, plan aku tak semestinya menjadi berdasarkan plan..hahahah
Sabtu hari biasa je..Balik kerja terus g shopping barang my atok..Pampers dia, susu dia dan macam-macam la yang berkaitan..Setel semua dalam kol 5 petang..Balik rumah ape lagi, melepak je la..Sempat gak la lelap mata jap..Dan hari Sabtu berjalan dengan tenang. Tapi tenang yang disangka hingga ke pagi esok pecah berbelah-belah sebabnya start 9.00 malam rumah jadi riuh rendah dek sorakan layan bola piala FA..Hobin jang hobin lawan Pasukan Kedah..Dan pengakhirannya Noghori menang..Waawee..*Tumpang syok jap*..Haha
Ahadnya pulak, dah janji ngan my sis nak tolong dia kemas rumah kat Rawang..Plan nak naik Rawang kol 8.30 pagi..Tapi sebabkan aku terlewat bangun (bese la hujung minggu kan..hahaha) jadi kol 9 pagi baru gerak..Dan lagi tujuan utama ke Rawang terbelok pulak ke Cheras plak..Tetiba terlintas nak singgah tengok Baby Dina.
Mata yang kurang sinarnya..Badan pun dah susut.. Makin kecik sayang along ni..Siaan iye..Baby cepat sihat ek.. |
Daripada nak menyinggah terus melekat sampai la tengahari..Tambahan pulak tetiba makcik aku ajak teman dia g UKM Bangi jumpa kawan kat sana..So, dengan tak berlengah kitorang siap dan gerak ke Bangi..Setel jumpa kawan dia, tetiba tergerak nak bawak Baby ke Darul Syifa'..Cuba bawak baby berubat kat sana. Sakit ni Tuhan yang bagi, so mesti ada penawarnya kan..Kita kene usaha je. So, dengan tekad kitorang terus usha jalan nak ke Darul Syifa' tu. Puas jugak la masuk sana sini, sudahnya jumpa jugak..
Perrgh, ramai giler orang kat sana..Sedang tunggu turn lagi ramai..Demi baby, tunggu jugak la..Start masuk sana lepas Zohor, setel suma dalam kol 3.30 petang..Tak berhenti betul orang datang..Bila tiba turn baby, Baby senyap je bila ustaz tu pegang kepala dia sambil baca ayat al-quran. Dia biasanya tak suka orang tak kenal pegang kepala dia..Baby senyap je tak nangis..Lagi buntang mata dia tengok Ustaz tu ada la..Hehehe..
Setel je urusan kat Darul Syifa' terus terjah balik umah makcik. Hantar dia dulu and baru terjah rawang. Naik Rawang kol 5 and sampai sana 5.30. Sampai je terus mula aktiviti kemas-kemas dan setel semua pukul 8 malam..Turun dari Rawang kol 10 malam..Giler lambat aku rasa..Aku sampai umah kol 12 malam..Peergghh..Baik betul aku kan balik tengah-tengah malam..Hehehe
So, korang plak ape plan hujung minggu korang.?? Heheheh
PS: Ramai betul kawan-kawan buat contest..insyaallah nanti kite buat yer korang..:)
No comments:
Post a Comment
Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D