Salam semua...Agak lama merancang nak buat entry berkenaan Tips Temuduga ni. Itupun atas permintaan dan cadangan oleh Encik Darkbatman kita. Heheh..So, dengan tidak keberatan (walaupun agak lambat) di sini aku sertakan la beberapa tips menghadiri temuduga. Aku takda la perfect sangat dalam bab-bab temuduga ni kan. But berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku ada, aku sharekan la sedikit sebanyak yang aku tau..SO, mana-mana yagn terlebih terkurang tu tegur la ek.
Bukan senang nak pergi temuduga ni. Banyak persediaan yang perlu disediakan..Antaranya, resume dan sijil-sijil anda. TAPI yang paling utama, macam mana nak tarik perhatian para penemuduga tu. Sekadar atas sijil tak bleh pakai jugak. Sebab tu penampilan, cara berkomunikasi dan keyakinan amat penting dalam sesi temuduga..
Banyak yang aku nak share pasal tip ni..So, entry ni akan dipostkan berperingkat la..Antara tips yang ada seperti tips sebelum temuduga, semasa temuduga dan selepas temuduga..Selain tu aku akan share gak la tip-tips berpakaian ke temuduga dan juga mungkin cara penulisan resume. Insyaallah.
But, sebelum kita jalan jauh lagi dalam tip-tips temuduga ni korang kene la tau ape OBJEKTIF utama temuduga kan..
Obejktif pertamanya dah tentu la untuk majikan dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan jugak kebolehan korang. Macam korang nye kelayakan, bukti dari sijil-sijil korang tu. Selain tu jugak nak tengok samada korang ni ada tak ciri-ciri sesuai untuk jawatan yang korang pohon tu. Dan terakhir, diorang majikan ni nak jugak tengok tahap kematangan dan kejujuran korang. Ini biasanya diorang akan tengok dari cara korang jawab soala-soalan yang diberikan la..Dan selari tak apa yang korang cakap dan apa yang korang tulis dalam resume tu..Hehehe..Jaga-jaga tau..!
TIPS 1 - Sebelum Temuduga
Ingat senang-senang je ke leh terjah bilik temuduga tu. Sebelum nak attend temuduga tu kene la buat persediaan yang sepatutnya..Antaranya ialah :
- Selidik latar belakang syarikat yang korang nak pergi tu. Apa company tu punya core bussiness (perniagaan utama) dan mungkin nama bos company tu. Heheh..Bunyi cam susah je kan, tapi tak salah la bersusah-sudah sahulu kan..Jangan lupa lak selidik bidang kerja jawatan yang dipohon tu. Takde la nganga jek nanti bila penemuduga tanya 'Apa goal ada untuk jawatan ni?'.Anda MESTI tau apa tugas-tugas jawatan yang dipohon tu.
- Kenalpasti lokasi temuduga...Ni penting supaya korang tak sesat barat nanti. Sekurang-kurangnya google map kan la mana letaknya office majikan tu. PENTING yer untuk tiba on time. Sebaik-baiknya korang tiba 15 hingga 30 minit lebih awal daripada waktu temuduga tu. Takde la korang terkocoh-kocoh nanti. Bila korang dah tiba lewat, emosi pun dah terganggu. Keyakinan pun start la goyah. Mana pikir nak last minute preparation lagi, ngan itu ini lagi..So, to be safe BE PUNCTUAL! (Aku penah sampai kat lokasi seawal 1jam lebih kurang awal dari masa interview..heheh...)
- Hardskill revise..Ni korang kene la study balik tentang bidang yang korang belajar tu.Lebih-lebih lagi bila korang apply position yang memerlukan korang guna pengetahuan semasa korang study tu. This normally goes to fresh graduate la. Since freshie ni takde pengalaman berkaitan, so amat penting anda mengukuhkan pengetahuan bidang anda tu..
- Persediaan soalan yang mungkin ditanya..Cuba agak soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Banyak leh dapat kat Internet skarang, so google it out guys. Jangan malas-malas. Normally, apa yang bakal ditanya tu semua berkaitan bidang yang dipohon. So, be prepared. BUT, jangan hafal soalan tu taw..Be natural n BE YOURSELF.
- Sediakan resume dan sijil yang mencukupi. Ok, sebelum jejak kaki keluar rumah tu, pastikan anda bawak bersama la resume dan salinan sijil yang berkaitan. Pastikan sijil yang relevant je ok..Jangan lak nak selit-selit sijil tadika ke sijil TV ke kan..Sebaik-baiknya, 3 tahap tertinggi anda. Susun ikut keutamaan..Contohnya, yang paling depan Diploma, STPM, SPM..Dan lampiran sijil-sijil berkaitan..Jangan lupa buat satu copy untuk dilampirkan dengan borang jawatan. Salinan asal perlu supaya bukti sahih anda tak menipu..Heheh
- Tidur awal malam sebelum interview. Ini bagi sesi interview pagi la ek..Penting yer untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.Hehehe
Itu la dia antara persedian penting sebelum menghadiri temuduga. Mungkin ada antara korang ada maklumat tambahan, leh la tinggalkan kat komen ek.
PS: Bahagian 1 tamat disini..Nantikan Bahagian 2 iaitu Tips Semasa Temuduga.