Monday, April 25, 2011

Dah Lama Tak.....

Salam Isnin ols. Ape khabar? Maaf la dah agak lama blog tak berupdate dan agak lama jugak tak sakan blogwalking. Entah kenapa mood blogging terkurang plak. Tapi mood bertwit agak meriah. Hahaha. So sesape yang nak bertwit twit ngan aku tu, silakan la follow @RerameUngu. 24/7 aku on twitter aku. 

Ok la. Sibuk je nak pomot Twitter kan. Padahal orang lain dah berzaman guna. Aku je baru terhegeh-hegeh nak twit.. Takpa, biar lambat asal tau guna. Hahahha

Meh la terus ke cerita pucuk pangkalnya. Lain yang nak cerita lain yang aku lalutkan. Kan dah kelaut sket. Kehkehkeh. Just nak cerita pasal weekend aku. Almaklumlah, gian tak berweekend berenjoy berjimba ni kan. So minggu ni aku enjoy la release tension kerja 3 minggu. berturut. Dan 2 minggu berturut kerja weekend kan. 

Memang kalau ikutkan kepala otak aku ni banyak aktiviti nak buat. Macam macam ada. Tapi bila kenangkan team tak ramai, so tak meriah la. Sudahnya aku melepak ngan akak aku. Nak tau ape cer? Teruskan pembacaan anda.



Hari aku bermula hari Jumaat malam tu. Aktiviti pertama ialah berbekam. Yeeeer! Balik je keje dari Kajang time tu, terus terjah umah Mak Long aku. Dia pandai buat bekam, so ape lagi. Seingat aku last aku berbekam ngan dia las year July. Haa, tak ke lama giler tu. Biasanya aku praktikkan buat bekam ni 2 bulan sekali. Cuma sejak kebelakangan ni agak jarang buat sebabnya Maklong aku pun sibuk je manjang. Ni dia dah free ok la. Biasanya prosedur berbekam ni akan cek tekanan darah dulu. Nak dijadikan cerita, masa cek tu baru aku tau tekanan darah aku rendah. Terkejut gak la. Tapi takda apa nak diherankan. Salah satu puncanya ialah STRESS. Yup, stress ngan kerja. Lagipun seharian hari Jumaat tu aku mengadap kerja. And sebelum balik tu kena mengadap Budget yang memeningkan kepala. Sabar je la. Itu yang triggers tekanan darah aku 107/75. Agak rendah untuk umur aku. Tapi dah alang alang ada tu, aku buat je la bekam walaupun kalau ikutkan tak berapa nak disarankan.  Takut lagi teruk nanti kan. But, Alhamdulillah takda la perkara tak diingini berlaku. Tidur nyenyak lagi malam tu. 



Hari Sabtu, lepas Subuh sambung tidor balik sampai la kol 10. Hahaha. Anak dara ape tu dah nak tengahari baru bangun. Tapi apedehal kan. Time time macam ni la nak cas balik tenaga tu. Dan nak rehatkan badan dan minda dari fikirkan masalah masalah. Bukannya selalu pun. Kihkihkih. Sempat la basuh baju, kemas bilik sebelum keluar lunch kol 12 tengahari. Ada lunch date. Ala, lunch date ngan akak opis ni je. Kebetulan dia duty kat galeri hari ni. At least ada gak teman makan. Ngeeee

Lepas makan melepak la kat galeri jap sebelum ciao cin caio ke Jusco Cheras Selatan aka Balakong. Saja tukar angin jalan ke sana. Asyik Seremban Putrajaya je, naik boring pulak. Dan semestinya bila aku dan keluar ngan akak aku ni wajib la sesat kan. Hahahaha. Macam nak berenti tepi jalan tu gelak guling guling dulu. Pantang berjalan mesti sesat aje. Dah kena badi kot kitorang berdua ni. Ape ape pun memang selamat la sampai. 

Dah penat kat Jusco, kitorang terjah plak The Mines. Ala, tak sampai 10KM pun jarah dari Jusco tu. Lepak la meronda kat sana barang sejam dua sebelum terkejut tengok jam dah nak dekat kol 9 malam. Ala, malam lagi muda kan. Tak remaja la balik awal awal ye tak. Ha, hambik ngko. Muda la sangat sampaikan salah ambik exit menghala balik ke KL. Kahkahkah. Kitorang bantai la gelak sakan dalam kete. Bengong!

Walaupun begitu, sampai gak rumah dengan selamat. Kol 11 aku dah pacak dah depan pintu rumah, and tengok rumah gelap. Owwh, nenek aku takda sebab g tengok sepupu aku yang eksiden tu. Ok. Takde hal. Macam tak besa dok sengsorang.

Ahadnya pulak, hari melepak kat rumah je. Sambil sambil masak masak, kemas kemas bilik, lipat lipat kain baju. Settle keje rumah, melepak depan TV plak sampai ke malam. Waaaah, aktiviti yang sangat seronok. Apa lagi bila takda orang kacau. Memang heaven!

Ha, itu la citer hujung minggu aku minggu ni. Pada korang maybe bese bese je. Tapi pada aku dah cukup bagus sebab memang selama dua hari ni aku tak fikir langsung pasal kerja. Memang aku letak jauh jauh kerja tu. Aku sampai mintak release dari bos la taknak buat budget tu hujung minggu. Nasib bos pun ok. Selamat aku. Papepun, dia kata kena siapkan within this week. Yes, aku memang sangat berharap kerja budget ni dapat disiapkan. Sebab, lepas ni lagi banyak kerja lain aku perlu lakukan. Wish me luck guys. But one thing for sure, be positive and don't pressure ourself too much. Peringatan untuk aku jugak ni sebabnya kekadang aku ni mudah sangat nak rasa pressure. Hohoho...

Ok, have a great day ols. Cheer up your day with smiles and laugh. But jangan pulak gelak senyum sorang sorang. Tak pasal pasal dicop mereng kang, naya je kan. Heeehehehe



PS: Tak sabarnya nak tunggu this weekend. Dah banyak plan dalam kepala otak ni. Tiga hari tu cuti. Nak manfaatkan cuti ni untuk something yang best best je. Jauhkan malaun malaun tu dari aku!







Catatan Ringkas

---