Tuesday, April 12, 2011

Rahsia Tahi Lalat

Salam Selasa ols. Whoaa, agak meroyan sket aku rasa sebab tak dapat nak bersakan berblogwalking and update blog ni. Anyway u ols, sihat tak? Maaf la ye agak lama tinggalkan umah ni berhabuk.Bukannya apa, sibuk ngan kerja sket. Dan aku kira korang sedia maklum la kan ngan kes makan sambil bergelumang aku tu. But Alhamdulillah, sekarang dah settle. Cuma mungkin nanti akan ada la follow up action yang perlu diambil. But not for the time being la. Bagi la otak aku rest kejap dengan mengadap Excel yang penuh ngan nombor nombor tu! Stress jadinya sampaikan weekend pun kena keje semata mata nak siapkan mende alah tu. Nasib la aku ni tak berapa nak ada komitmen lain. Kehkehkeh

Ok la. Celoteh pepanjang pun takda guna. Jom stret tu de poen. TAHI LALAT. Eh, ni bukan lalat punya taik tau. Aku pun tak tau mana datang perkataan ni. Aku bleh kata ia merupaka satu kecacatan yang cantik (Kalau tak berlebihan la yer). Tahi lalat or mole (kata orang puteh) asalnya...

"Moles occur when cells in the skin grow in a cluster instead of being spread throughout the skin. These cells are called melanocytes, and they make the pigment that gives skin its natural color." - Sumber: WebMD 

Tengok si Cindy Crawford nih. Tahi lalat atas bibir kiri. Menambahkan nilai supermodel dia. 

Kebanyakan tahi lalat memang tak berbahaya. Tapi terdapat dalam jarang jarang kes yang mana tahi lalat ni berubah menjadi kanser. 

Ok la. Dah panjang sangat into. Mesti geram je korang baca. Ha, silakan lah terjah makna tahi lalat di bawah ni ha. 



  1. Bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
  2. Bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
  3. Bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
  4. Bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
  5. Leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
  6. Leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
  7. Leher di tengah - tercapai cita-cita
  8. Biji mata kanan - suka serong dan pembohong
  9. Biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
  10. Hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
  11. Hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
  12. Betis kanan - suka berhibur, boros
  13. Betis ! kiri - rajin,tidak suka menganggur
  14. Lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
  15. Lutut kiri - kurang kuat berusaha
  16. Kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
  17. Kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
  18. Kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
  19. Kening kanan - cerdas dan cekap
  20. Kening kiri - cerdas, sopan santun
  21. Tengah kening - keras hati, berani segala hal
  22. Hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
  23. Hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
  24. Ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
  25. Ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
  26. Pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
  27. Pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
  28. Batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  29. Pada hidung - banyak rezeki
  30. Dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
  31. Dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
  32. Kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
  33. Di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
  34. Tumit kanan - jujur dan banyak kawan
  35. Tumit kiri - baik budi
  36. Alis kanan suka - menolong, baik hati
  37. Alis kiri - ramai yang suka
  38. Pangkal peha kanan - kemahuan kuat
  39. Pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
  40. Telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
  41. Tari kaki kanan - suka menolong
  42. Jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
  43. Bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan 
  44. Bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  45. Lengan kanan - setia dan taat pada atasan
  46. Lengan kiri - menepati janji dan rajin
  47. Pipi kanan - ramai teman
  48. Tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
  49. Tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
  50. Ubun-ubun - kurang jujur
  51. Pusat - cerdas, tangkas, tekun
  52. Pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
  53. Pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan
  54. Pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
  55. Pinggang kiri - disayang pasangan hidup
  56. Dada kanan - dapat mengatasi masalah
  57. Dada kiri - berani, jujur dan sabar
  58. Telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
  59. Telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
  60. Siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
  61. Siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
  62. Jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
  63. Jari tangan kiri - serba baik bekerja
  64. Jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
  65. Jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
  66. Perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
  67. Perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
  68. Sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
  69. Sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
  70. Sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
  71. Pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
  72. Pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
  73. Kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah,berjaya
  74. Kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
  75. Kelopak mata kanan bawah - agak malas
  76. Kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Haa, lepas ni telek badan korang satu satu and check tiap makna tahi lalat korang tu. Kehkehkeh. Papepun, ini cumala sekadar panduan je. Bese la cara orang tua tua dulu mengenal orang melalui tanda pada badan. Jangan lak terlalu taksub pulak. Sekadar menambah pengetahuan boleh la. 


Ok, enjoy your day. Aku dah meroyan balas dendam tulis entry pepanjang. Hahahaha. See you soon guys. 


PS: Hoho.. Aku ada 3 tahi lalat kat muka. Yang kalau tengok bleh form satu segitiga dari titik tahi lalat tu. Bawah dagu kiri, tepi bibir kanan kat area pipi sket and tepi mata dekat ngan batang hidung. Dulu penah aku rasa nak buang je tahi lalat ni sebab rasa malu. But, as i grow up i think its ridiculous thing to do. Plus its not sooo big deal have moles on ur face.  

Catatan Ringkas

---