Sunday, October 24, 2010

Kereta Oh Kereta

Hancusss plan aku hari ni!! Waaarggghhhh (belum tahap hijau lagi yer)

Salam ols. Apehal lak tetiba memekak tu kan. Well, seperti yang aku katakan, apa yang dirancang belum pasti dan tentu berjalan. Kita hanya merancang. Dah betul la tu. Aku sekadar merancang nak melakukan aktiviti untuk hari ni, tapi ada penghalangnya.




Alah, korang tengok tajuk tu mesti dah paham la pasal apa. Kereta aku la buat hal tetiba. Adeeeh. Sakit kepala la camni. Tapi takpe la. Dugaan namanya.


Cerita nya camni. Dalam kol 3 lebih tadi ingat nak keluar la. Nak buat plan seperti yang dah dirancang.Dah siap solek pe suma, gerak la dengan konfidennya menuju ke kereta. Sekali tak boleh hidup daaa.. Bateri  kingKONG!!! Adeeh!! Nasib la pakteh aku ada. Dia la tolong jumpstart kan kete aku. Hohohohohoh...Buleh dah hidup. Lega la kejap rasa tu. Namun, niat nak keluar terus mati disitu jugak. Harus kene kubur niat tu. 

TAPI, bila dimatikan setelah agak agak 30 minit dicas, bila nak start balik langsung tak buleh dah. Ahh sudah. Tadi terai jugak dua tiga kali ok je. Ni dah tak buleh pulak. Camana nak g keje esok ni. ??? Nak g carik kedai sparepart, mana ada yang bukak dah petang petang Ahad. Nak g terjah aje memana kedai kat area nih pun tak buleh sebab dah 'patah kaki'. Pakteh aku nak balik Subang so taknak la susahkan dia pulak. 

Hmm. Nampaknya terpaksa la aku ambik EL half day esok. Cuba settlekan pasal kete ni pagi besok. Aduuh. Tak best langsung la. Baru masuk keje dah nak EL segala nih. Pape pun aku harapkan miracle la pagi besok tetiba enjin aku leh hidup. Tak payah susahkan orang lain. Tak suka nak susahkan orang ni. Huhuhuhuh


Maintenance free battery


PS: Mana lagi ok? Car battery yang maintenance free ke yang biasa je??? 

 

Catatan Ringkas

---