Salam Rabu ols. Baru bepeluang untuk aku online masa ni. Mencuri sedikit waktu sebelum beradu. Kalau diikutkan kondisi mata ni memang tak dapat bertahan since aku tak dapat melelapkan mata untuk lebih kurang 40 jam kini. Maka, dikesempatan yang ada ni aku nak mengkhabarkan satu berita. Boleh diklasifikasikan sebagai sedih.
Tepat jam 12.05 pagi tadi, Atuk aku telah kembali ke rahmatullah. Sesuatu yang agak mengejutkan bagi aku walaupun aku telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan semenjak Atuk terlantar. Setelah hampir setahun terlantar, di tanggal 13.10.10 Atuk menghembuskan nafas terakhirnya. Dengan mudah, Alhamdulillah. Cuma aku berasa sedikit terkilan sebab tak berada di sisi Atuk semasa pemergiaannya. Nasib uwan ada dan sempat ajar Atuk mengucap.
Sekian.
PS: Maaf andai tulisan kali ni agak kelam kabut dan tak teratur. Sebabnya, kepala dah tak berapa nak centre sebab lebih membayangkan bantal je ni. Hehehe..Papepun, Insyallah aku akan cuba update lagi setelah segalanya selesai.