Saturday, October 02, 2010

Permulaan Baru, Di Hari Jumaat

Salam ols. Selamat hari Sabtu. Hari ni hari ke-dua aku tak perlu pergi kerja. Hehehe. Dah berhenti di tempat kerja lama. Best jugak kan lepak lepak ni. Tapi aku ni dah biasa kerja, so setakat seminggu ke bawah tu ok lagi lepak lepak. Dah masuk minggu ke dua bleh jadi sawan tak kerja. Hahahaha

Ok, merapu lak intro tu. Ni saja nak update entry je. Nak story la pasal my pre-employment preparations. Semalam, as in Friday 1st October aku dah tak bekerja dan aku ambik kesempatan tu untuk menguruskan pasal kerja baru yang mana aku bakal memulakan kerja 4hb ni nanti bersamaan hari Isnin. Antaranya ialah g sign/ ambik offer letter and also buat medical check up n open up a Maybank account. 

Nak tau ape cer? Jom la terbang sama...
Jumaat, 1st October.

Aku mulakan perjalanan start 8 pagi. Tempat tujuan adalah ke Kajang. Tapi sehingga kol 8.45 aku masih berada di kawasan Nilai. Semata mata nak carik kedai aksesori kete. Salah satu nombot plate kete aku dah ilang la. Adeeehh. Tapi kan, mana la ada kedai aksesori ni bukak awal pagi. Aku saja la kan try luck kot kot dalam 8.30 tu ada yang dah bukak ke. Takde jugak, so aku terjah je la seharian dengan tawakal dalam hati. Heheheh..



Tiba di pejabat dalam kol 9.15am. Setengah jam je dari Nilai. Aku tak sampai ke destinasi dengan senang taw. Since aku tak pasti tempat tu mana. On GPS dari exit Kajang tu, tapi tak leh harap sebab lost satellite reception katanya. Sabar je la. But based on what the HR Manager tu cakap lepas je exit tu meredah ke kiri je. Aku pun dengan lurusnya ikut je la. Aku tak familiar sangat area Kajang ni lagi. Bese pergi ngan akak aku kan. Makanya aku redaaah je ke kiri. Sampai la aku buat satu pusingan besaar. N then end up masuk town pulak. Dah masuk town tu baru la GPS aku function. Adeeeh. Ko dah buat aku pusing tak tentu arah baru nak ok. Takpe. And kebetulan im on the right path la.

Lepas follow je instruction GPS tu, selamat la tiba ke destinasi. But, aku perasan jalan tu jalan akak aku bese bawak nak g Tesco Kajang. Laaaaa, aku tepuk dahi je la. Kalau tau la itu jalannya dengan selamba badak nya aku tau. Takpe. Ni dah tau next time ikut tu je la kan. 

Sesampai di office, aku terus ke reception and asking for HR Manager. Dah jumpa tu, nak kena sign offer letter and ada briefing sket pasal T&C of working. Ini la beza bekerja dengan organisasi besar kan. Its a new experience for me la. Semua perkara penting dibagitau dan juga siap dibagi satu buku pasal T&C company. So aku leh baca n refer for details. Great! After settle ngan briefing n filling up some forms, aku dibawa ke semua department untuk sesi perkenalan. Wow!



Dah selesai kat office, aku terus ke Maybank Balakong Branch. Untuk bukak akaun bagi kemudahan pembayaran gaji nanti kan. Sebab aku takda lagi akaun, aku g je la buat. Nasib aku baik sebab tak berapa ramai orang and the officer pun very nice n helpful. Dalam tempoh 30 minit aku selesai berurusan. Jalan menuju ke bank ni  pun dengan bantuan Garmin aku tu.



Selesai kat Maybank, aku set Garmin untuk menuju ke KPMC Kajang pulak untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Alhamdulillah semuanya baik baik belaka. Hehehe. Segalanya selesai dalam kol 1.30 petang gitu. Terima kasih la kat Garmin aku tu. Memang boleh harap la. Segala urusan dapat diselesaikan dengan cepat. Kalau takda leh meraban raban aku carik jalan cam orang buta kan. Hehehe

Lepas settle suma di Kajang, aku terus shoot ke Seremban then to Bahau. Sempat lunch kat RR Seremban highway. Pagi pun tak proper breakfast. So have to eat. But unfortunately, menu dah elok dah. Cuma tak pedas. Potong betul la nak makan. Huhuhu. Selamat tiba di rumah dalam kol 5.30 petang. Letihhh woo drive. Ada dalam 200Km jugak kot. Letih pun bukan sebab drive tu. Lebih kepada letih duduk. Hahahaha. 

Sabtu, 2nd October.

So, hari ni plan g attend jemputan kahwin kawan satu skolah dulu. Tak pergi tak elok pulak sebab dah di ajak dan jugak kebetulan lama betul tak jumpa dia. Majlis dalam kol 11 mula. Dari umah aku nak ke rumah pengatin dalam 20 minit. Dalam kol 11 baru gerak la kan. Ok je tu. 

Hmm. Ok la. Nak savour bebetul berehat dan melepak kat umah ni. Hehehehe..Berehat dan melepak sengsorang tak sama ngan melepak dan berehat ngan family kan. Biar tak la berehat secara total harfiahnya, but at least with family. Its good enough.

Ok ols. Ape plak plan korang hari ni?


PS: Baru jugak selesai buat kek batik. Craving craze bout it lately.. hahahahah.
Kalau rajin nanti aku jeleskan korang ngan gambar2 yer.hahaha



Catatan Ringkas

---