Thursday, March 10, 2011

Kabel TM Kena Curi?

Salam ols. Ape khabar hari ni.? Ada sihat ka tada sihat? Tak kira la ape jadi hari ni, take it positively. Selamat hari Jumaat jugak aku nak ucapkan. Heheheehe. Esok je pun kan. Tinggal lagi 1 jam lebih je lagi.

Eh, termembebel plak eh. Ok la, teruskan dengan cerita berdasarkan tajuk tu. Ape kes kabel TM kene curik ni? Haa, kejadian yang menyebabkan satu office aku down line telefon, line fax and most importantly line internet. Hehehehehe


Alkisah ceritanya bemula pagi tadi.

Rutin pagi pagi sebaik masuk office (selain tulis kedatangan) ialah on PC n terus bukak email. Company email n my personal email. Memang dari dulu habit macam tu la. Sekali bukak Google Chrome, dalam 30saat lepas tu takda menda yang muncul. Tetiba muncul notification mengatakan unnable to connect. Haiish. Tak bleh jadi nih. Cek lagi sekali try refresh segala, still problem yang sama. Tetiba la plak jadi technician cek connection cable LAN tu apa suma, setting itu ini suma. Canteeek! Takda hal. Tapi still tak bleh connect jugak. P cek kat dak lain pun masalah sama. SAh!

Aku ingatkan just line internet je problem. Then tak lama lepas tu ada dak office kata line tipon pun takda. Dan kebetulan lak ada colleague nak fax out, kuar la bunyi tone memekak tak go through tu. Adeeeh. Bila dengar je bunyi fax tu camtu memang sah la suma line takda. Aduuiii! Mula mengeluh sebabnya hari ni banyak hal nak kasi settlekan. Kalau line tlipon takda, fax takda takpa la lagi. Asal line internet ada. Bleh la nak diusahakan and at least ada lagi la talian sambung hayat tu kan. Hehehe. Ni habis suma takda paghah la aku. 

Tak lama pastu dak mentenen sampai aku mintak tolong cek kat kotak DB and PABX tu. Cek dah dia kata system PABX ok but problem ngan line TM. So tanpa berlengah aku report kat #100 TMLine tu. Dalam tengahari depa datang cek. Nak tau apa contractor tu cakap? Tu la. Hak tajuk tu. Underground cable TM kat luar tepi jalan tu kena curik. Aiyoyoyoyo. Menyusahkan orang lain betul la pencurik tu. Aku investiget la ngan contractor tu brapa lama masa TM ambik nak kasi baik itu kabel line. Susah nak kata la. Haaaadooi. Seksa la camni.

" Ala, nak susah apa. Handphone kan ada. Guna je la". Hmm, memang la ada. Masalahnya I'm not entitled to claim phone bill. Ini lagi masalahnya. Tak kuasa la aku nak guna phone sendiri untuk urusan pejabat. Bukan aku bleh claim pun. Naya aku je nanti kan. Sekali sekala tu takpa la. Ni buatnya sebulan problem ni tak settle, lu pikir la sendiri. Bukan nak lokek yer, tapi jaga kepentingan diri dulu sebelum kepentingan orang lain. Hahahaha

Kesimpulannya, tunggu dan lihat je la berapa lama kes ni selesai kan. Dan aku hanya fikir positive dan cara menyelesaikan masalah tu. Berkuatkuasa dari esok terpaksa rela la aku membawa bersama berukbeng aku ni ke office. Sekurang kurangnya ada la talian hayat sket. Heheheheh

Aku harap la masalah ni tak lama. Susah bila line line suma takda nih. Keje buleh tertangguh dibuatnya.




PS: Semenjak dua menjak dalam seminggu ni, aku g memane je mesti terserempak ngan eksiden. Huiihhh. Seraaam! But bagusnya membuatkan aku lebih berhati hati bila memandu. Malang tak berbau kan. Berhati hari di jalan raya yer kawan kawan. 

Catatan Ringkas

---