Wednesday, March 09, 2011

Live Your Life

Salam ols. Wuaaah! Giler tak bersawang je umah so~so~ aku ni kan. Nasib semalam sempat nak buat  entry. Kalo idak, tak dapek teman nak nolongnye.. Hehehe. Dah mengarut je awal awal ni kan. Lupa lak nak tanya khabar korang. Ape khabar geng? Ape cer hujung minggu korang? ( Dah hari rabu baru nak cer kan.. dah bassi.. but, basi tak basi aku nak story gak)

Aku nye hujung minggu kali ni agak memenatkan la. Penuh ngan aktiviti gak. Sampai naik letih la badan eden ni ha. Jom terbang lagi nak tau ape cer cite aku aku. Meh aku cite..




Kisah hujung minggu aku bermula pada hari Jumaat selepas waktu keje. Last Friday was our CEO's birthday and as usual we have celebration la. Unlike the previous celebration, this one was a simple occasion. Masa aku sampai tu dah dekat kol 6 pun. Bese la. Opis kat Nilai nak ke Kajang dalam setengah jam kan. Sampai sampai tu diorang suma dah ready nak baca Yassin. Sambutan ni sekali la ngan staff gathering dan doa selamat. Ada tazkirah, solat Maghrib berjemaah dan makan la kan.

Sesi tazkirah tu memang bagus la. Topik pun bagus. Cumanya aku tak berapa nak paham butirannya tu sebab ustaz tu kecek klate. Dia cakap pun cam laju semacam je, tu yang tak berapa nak catch. But overall memang menarik cara penyampaian dia. Kesimpulannya dia bercerita pasal RAHMAT. Bukan Rahmat Mega ke Rahmat Ekamatra tu okeyh. Rahmat Allah. Memang tazkirah yang cukup bagus la. Dan patutnya boleh dijadikan satu acara wajib mingguan kot or paling tidak bulanan.



Menu yang ada.

Kaum wanita sedang makan. Makan ala kampung, Duduk bersila. hehehe
Ni plak para lelaki makan dengan kecoh. hehehehe

Kek Birthday our CEO. Lawa combination colour dia. Aku tak makan pun kek ni. Ambik rasa je secubit. Tak berapa la rasa dia. Biasa biasa jek. Best lagi yang sebelum ni. Hehehehe

Kesimpualannya, aktiviti malam tu memang kenyang la. Hehehe. Aktiviti makan. Kan aku kata aku tak makan nasi malam. But kali ni dengan paksa rela makan je la. Itupun sekadar 2 sudu nasi dan selebihnya makan lauk jek. Memang sedap masakan dia tu. Lepas habis makan, ape lagi, balik la. Takkan nak bertapa lak kat situ kan. Ngeeehehe

Sabtu. Aktiviti awal pagi aku ialah basuh baju. Ngeeeee. Almaklumlah, orang bujang ni basuh baju seminggu sekali jek. Hahahahaha. Kantoi! Memang! Aku basuh baju seminggu sekali. Sebabnya baju baju aku biasanya baju kerja dan beberapa helai tshirt dan seluar tido. Lagipun time weekend ni masa banyak kan. So boleh la concentrate menyental sepuas hati. ( Aku tak suka cuci baju guna washing machine okeyh. Sebab cepat rosak baju aku) Dah selesai laundry, bersiap la nak terjah ke Seremban. Rasah to be exact la. Ada appointment ngan Perodua Rasah. Pasal econ la ape lagi. Sementara masih ada warranty ni elok la aku guna je kan. Esok esok warranty dah habeh, payah plak.

Duduk la aku bertapa kat situ dalam 3 jam. Jenuh gak la. Itu bernasib baik 3 jam, buatnya satu hari suntuk kene duk situ lagi pening aku. Ramai orang wo masa tu. Nasib ada wifi free. Kebetulan pulak sparepart yang rosak tu takda stok, so kejap je la aku kat situ. Next time baru datang and then baru la buat balik. This time will take whole day. Ni tengah dok pikiaq ni camana cheq nak buat. Nak pi haghi kereja membazir plak nak cuti kan. Nak hantar hari Sabtu this week aku ada hal lain plak. Adeeeh! Ada idea tak korang?

Habis je hal kat Perodua trus lak shoot ke Downtown KLIA. Buat apa pulak? Saja jenguk jenguk area. Hahaha. Takda maknanya la. G carik tayar second hand sana. Untuk keta ayah aku. Kat sana murah la sket dari nak beli tayar baru. Lagipun aku tengok bunga tayar dia cantik lagi n kiranya tak botak n tak kena cungkil la tayar tu kan. Walaupun begitu, nasihat aku kalau sekadar kereta tu untuk kegunaan sekali sekala dan untuk perjalanan jarak dekat, ok lagi. Tapi bagi yang guna hari hari dan untuk jarak jauh ada baiknya guna tayar baru. Mahal sikit pun takpa, janji keselamatan tu agak terjamin la kan. 

Settle hal tayar, shoot ke Kota Seriemas plak. Ada buat special launching. Sepatutnya aku kena bertugas kan. Tapi sebab notice ni lambat keluar n aku dah awal awal set ngan Perodua tu yang half day je aku tunjuk muka. Hehehehe. Takpa la. At least ada gak tunjuk muka kan. 

As usual, our caterer was La Saze Cafe. Memang best la dorang ni. [click the pictures to go their blog]

Selesai je kerja terus ke Nilai pulak. Nak g saloon. Rambut dah tiba masa untuk dicantas. Opps, bukan kasi cantas habis yer. Trim jek. N kasi cuci. Sekali sekala kene gak manjekan rambut ni kan. Hehehehe

Ahad. Pagi pagi buta aku dah bangun nak gerak balik Bahau. Syok sket jalan pagi ni. Tak panas nak duk dalam perjalanan yang 2 jam tu. Sebelum balik umah menyempat jugak mak aku kirim beli barang kedainya tu. Pitstop la keja ke Econsave Bahau tu.

Pastu seharian la lepak kat kodai omak den. Hehehehe. Dapat makan free!! Sampai senak gak la perut makan. Sekali sekala. Kahkahkah

Agak agak kol 5 lebih, bersiap dah nak balik. Risau gak kot kot banyak kete kat jalan Kola Pilah tu. Nasib tak ramai. Walaupun agak slow gerak bila ada kete depan agak terhegeh hegeh macam nak bersiar siar je kan. Geram and bengang ngan orang camni. Pada asalnya nak la singgah ke Jeram Toi (Jelebu) or Ulu Bendul ke kan. Tapi dah petang maleh la pulak. Lagipun takda bawak gear yang sepatutnya. Heeeeee


Bunga Kertas dalam Palm Tree. Ngeeee.. Lawa tak bunga kat umah aku?


On the way back, ada kontena terpeletok lehernya. Kat jalan Muadzam Shah/ Highway Keratong. Ni mesti laju ni kot. Nasib ler dia tak block lane tu habis. Kalo tak keje nak nunggu penunda ke ape. Huii.. 

Gerai kat Ulu Bendul. Singgah semata mata nak beli goreng pisang sedap kat situ. Kehkehkeh. Kebetulan tengok jalan kete banyak. Persiapan kot kot tersekat kat Bukit Putus tu. Hehehehehe. gambo ni plak saja nak kasi tunjuk makanan feveret suatu masa dulu. Sedaaap. Tapi tak beli pun. 


*This is an auto post entry.

Catatan Ringkas

---