Tuesday, January 04, 2011

Cuti Cuti Rerame

Salam ols. Selamat bertemu kembali. Pe cer hari ni? Ok, seperti yang dikhabarkan pada entry lepas entry kali ni berkisar berkenaan aktivit aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti 3 hari lepas. Maaf la lambat sket mengupdate cerita ceriti coti coti aku tu. Masa agak kurang mengizinkan la.. Apa apa pun, jom teruskan pembacaan anda.

Amaran: Entry kali ni agak panjang daripada biasa, so sila eksesais mata anda sebelum baca dengan lebih terperinci yer. Kehkehkeh









Day 1 (31st Dec 2010)

Hari pertama bercuti memang tak banyak sangat aktiviti pada awalnya. Tapi aku bangun awal daripada biasa. Tak la awal mana pun. Biasanya kol 6.30 bangun. Hari ni kol 6 je. Hehehehe. Lepas Subuh, ada panggilan masuk dari adik aku. Dia dah sampai Terminal 1 (T1). Cett. Kelam kabut jugak la besiap. Nasib pagi lagi takda la nak cun cun sangat pon. Hahahahaha. Main sebat je apa yang ada. Tak kira dah matching ke tak. Jarak rumah dengan T1 tu dalam 15 minit, 100km/j kalau jalan tak jem. Hehehehe. 

Actually, adik aku baru balik untuk cuti sem. Balik lambat tu sebab join kem Palapes kat U. Ada lagi 2 minggu la dia nak lepak chill kat umah. Sambung balik cerita. Dalam 45 minit aku sampai kat umah. Tu pun ada diversion sket. Carik breakfast dulu sebelum balik. Sampai je kat umah, konon nak sambung tido kan. Cuti la katakan, harusla tu tido balik. Tapi cam taknak lelap je mata bila dah mengadap novel. Hahahah. Dah datang balik penyakit aku nih. Jadi hantu buku plak. Hantu novel la to be exact. Heheheheh

Kol 12 tengahari baru aku habis baca novel setebal 500++. Ambik la jugak dalam 4jam baru habis. Hehehehe.. Lepas habis baca tu baru la terasa lapar sebab tak breakfast pun. Bajet je beli sarapan. Tapi takpa. Cum lunch je la. Beli lak roti canai, boleh la sampai ke petang sket. Hehehe..

Lepas solat Jumaat dalam kol 3 aku gerak keluar dari rumah. Ada barang nak carik sket. Persediaan untuk esok. Apa ada esok? Nantikan jap lagi. Sebelum carik barang tu aku singgah makan lu kat Jusco S2 food court. Tetiba nak makan Sizzling Black Paper + Mushroom Yee Mee.   

Dah puas jalan jalan cuci mata dan poket, masa untuk chill out la pulak. Cam rasa dah lama giler tak g melepak bagi ikan makan kat City Park, S2 ni. Maka, pedal minyak ditekan dan perjalanan diteruskan. Hehehehe. Lega rasa dapat bagi ikan ikan tu makan. Padahal time aku sampai tu dah beduyun duyun manusia kat sana. Ikan tu pulak cam sentiasa je lapar. Seronok. Macam terapi stress bila tengok ikan ikan tu berebut rebut makan umpan roti n dedak (makanan ikan yang booolat booolat tu ler..Tak ingat pulak apa orang panggil tu)




Sedang  leka bagi makan ikan tu, ada la pulak budak budak muda main skateboard. Layan kejap la tengok diorang berusaha buat aksi aksi lompat tangga tu. Peergh. Mantap n berani la kan. Aku nak buat camtu?? JANGAN HARAAAP!!! Macam nangka busuk jatuh je nanti lebihnya. Hahahaha

Sceneries


Day 2 (01st January 2011)

Weee. Dah masuk tahun baru yer. Sonok sonok sonok. Walaupun takda pulak menyaksikan bunga api ke ape ke masa ambang tahun baru tu, tapi kira sonok jugak sebab ada plan sedang menanti. Hehehehe

Dah sebulan aku merancang nak bercuti ngan family ni. Tempat tujuan ialah Tanjung Biru, Port Dickson. Dah sebulan jugak la aku booking apartmen dekat Tanjung Biru Condo. Ok la overall facilities yang ada. Apartment dua bilik untuk harga RM220. Fully furnished la. Ada peralatan memasak segala. Cuma TV je la takda siaran Astro macam kat Hotel kan. But for me, good enough la tu. Dah nama nak datang bercuti dan berehat bersantai kan. 


Menunggu..


Seawal pagi lepas Subuh, aku dan adik adik aku bersiap sedia nak gerak ke Tanjung Biru yang mengambil masa perjalanan selama 30 minit - 40 minit. Kali ni aku pergi ikut jalan lama Seremban - PD. Maksudnya aku kena lalu la pekan Lukut n pekan PD dulu. Saja je nak ubah angin sket. Hehehehe. Kitorang gerak kol 7 pagi n sampai Tanjung Biru bila jarum jam menunjukkan angka 8 pagi. Agak lewat daripada jangka masa perancangan sebab ada beberapa pit stop yang perlu dilakukan. Pertamanya nak isi minyak. Keduanya singgah beli barang last minit yang dipesan. Hohoho. 

Sampai sampai je terus tekejut yang amat sebab pantai dah penuh ngan khemah. Hoh?? Apakah? Tempat parking pon penuh giler wo. Sudahnya aku decide parking je tengah tengah jalan tu. Nasib la jalan tu besar. And tak effect kat laluan. Terus g terjah pantai untuk mencari tapak. Pergggh. Ramai giler orang berkhemah. Baru la teringat semalam new year. Diorang celebrate kat sini. Ceeh. Carik punya carik, jumpa la port boleh tahan baiiik punya. Terus suh adik aku jadi sentri sementara kitorang g punggah barang barang lam kete. Hehehehehe

Aktiviti di pantai..BBQ


Selesai pacak dua buah khemah and setting tikar n barang barang lain, kitorang pun duduk la tercangak cangak sambil makan sandwich yang sempat sambal sardin tu aku buat malam semalam. Apesal kitorang duduk tercangak cangak pulak? Hoho. Sebab menunggu lagi ahli family yang lain sampai. Family maklong aku n family aku yang lain. Kol 11 baru la sumanya lengkap terpacak kat situ. Masa tu ayam suma dah habis panggang dah. Tinggal nak panggang ikan, udang n sotong je lagi. Hehehehe..

Masa yang ada tu diperuntukkan untuk makan bekal yang dibawa oleh mak mak. Makan buat alas perut je sebelum meneruskan aktiviti. Hehehehe. Dah selesai makan, aktiviti seterusnya ialah mandi laut! Wee!! Sonot sonot sonot... Dah alang alang nak basuh tangan kat gigi air tu, ape barang basuh tangan je kan. Basuh la satu badan terus. Kehkehkeh. Terus la aktiviti mandi manda dijalankan. 

Orang kata jangan mandi lepas makan kan. Tapi ada aku kesah? Mandi jugak. Sebelum nak lencun satu badan tu pun dah eksesais plak. Sebabnya air tengah surut, so nak sampai ke tempat air yang paras pinggang pun kene bejalan merentas air agak agak 50meter. Jauh gak tu kan. Ingat senang jalan dalam air ke? Lenguh wo kaki den. Tapi dek sebab eksaited sangat, buat tak kisah je ngan letih tu. Berbaloi letih sebab dapat main air. Hehehehe

Kalau dulu aku batu la jugak. Sekarang ni dah boleh dah berenang sikit sikit. Kalo dulu berenang tak tak bergerak pun..Statik je kat situ. Hahahaha. Sekarang ni dah boleh dah jejak 3 4 meter. Hahahah. Peningkatan tuu!! Kalau dulu tak bleh tahan nafas lama lama dalam air, skang dah boleh dahhh. Keluar dari air tak la menggelupur carik napas kan.. Hehehehehe. Tapi masih tak boleh nak dikatakan perenang professional. Kene blaja lagi nih. Mana eh ada kelas renang? Nak gak tambah skill nih.

Penat main air, dalam kol 2 naik ke daratan pulak. Sebab nak check in apartment tu pulak. Check in kol 2. So, kemas mana mana yang patut. Mana yang patut sambung panggang tu teruskan kerja. Settle check in segala, kitorang sambung lagi main air sampai kol 5. Hehehehehe. Naik kecut la tangan ngan kaki. Kol 5 pindah port pulak. Dari laut ke swimming pool. Berendam la bersungguh sungguh woo. 

Agak agak kol 6 kitorang buurrr la naik umah tu. Siap siap mandi air bersih segala. Malam tak banyak aktiviti sangat. Just lepak lepak chill je. Sempat la jalan jalan kejap kat pantai.

Day 3 (02 January 2011)

Awal pagi dah dikejutkan dengan bau harum semerbak nasi lemak mak masak. Terus melompat bangun dan cuci muka segala. P jenguk orang seblah umah ajak join makan skali. HEhehehehehe. Selesai makan, get ready lagi nak terjun laut pulak sebelum balik. Sempat la berendam air laut dan pool dalam 3 jam. Hehhee. Kol 11 naik dan siap siap nak balik dah. Check out kol 12 so cepat cepat la siap.

Sebelum masing masing meneruskan perjalanan, kitorang berhenti makan kat Teluk Kemang. Tak ingat pulak apa nama kedainya. Tapi dekat sebelah kedai bundle terbesar. Baden Baden Bundle. Hohoho

man to man talk... keadaan pekan Teluk Kemang

Candid picts.

Kesudahannya, kulit muka terbakar oleh sun burn. Hohohoh.. Sabar je la.

Tapi itu tak memendekkan langkah aku untuk meronda pekan PD tu sebelum menjejak kaki ke rumah. Lagipun awal lagi kan. Sempat la singgah kat Giant baru kat Pekan Lukut tu on the way back. Hehehe. Menyempat jugak terai test uji free karaoke kat sana. Hehehe. Lepas jugak gian nak berkaraoke.




Kesimpulannya, memang amat menyeronokkan walaupun terpaksa menahan akibat sunburn tu. Hahahahaha.  Berbaloi la kiranya sun burn tu.

Ok la ols. Sorry kalau dah terover panjang entry aku ni. Sesapa yang baca tak tinggal satu perkataan tu terima kasih banyak banyak la. :) Aku malas nak buat dua tiga bahagian. Biar one go je kata orang. Thanks again n sorry sebab panjang sangat.

Have a great day ols.


PS: Hari ni genap 3 bulan aku bekerja kat sini. Tengah tunggu surat confirmation dari HR. Hohoho...


Catatan Ringkas

---