Tuesday, February 22, 2011

Cerita Disebalik Batu Pahat, Johor

Salam ols. Pe cer hari Selasa nih? Hari ni aku mula kerja balik. Sebabnya semalam aku sambung cuti. Almaklumlah, penat kan baru balik dari Johor. Tak sempat nak update pasal weekend aku. Hehehe. Ada sebab kenapa aku tak sempat nak update. Konon cuti nak la berehat ke kan. Tak jugak. Ada je ektibiti yang nak dibuat. Hmm, pasal aktiviti semalam tu biar lah lain update, skang ni nak bayar hutang entry kesinambungan Batu Pahat tu yer. Kang ada lak yang ngamuk ngan aku. Hahaha
..


Nak tau ape cer? Jom la terbang bersama sama aku lagi.



Saturday (19th February 2011)

Seawal jam 6 pagi mata aku dah segar tetiba. Hahahaha. Nak berjalan punya pasal, tegak nyawa (Ni kata kata yang mak aku selalu guna masa kitorang kecik kecik lu). Macam eksaited pulak aku rasa kali ni. Seronok agaknya nak berjalan jejauh kan. Bese la, sekarang ni dah kurang aktiviti meronda merayau ni. Kehkehkeh. 
Ramai yang tertanya tanya awat tetiba aku nak g sanun lak kan. Takda ribut takda taufan tetiba je. Ni lah sebab utamanya. 




Dah dapat jawapannya? Hehehehe. Saja sesenyap bagi gempak sket. Ni aku bagitau dengan lagi terang. Tujuan utama itu ialah g bertunang. Hoitt, bukan aku yang g bertunang. Giler aku yang g bertunang.?? Apekehey pulak pompuan nak g umah laki kan. Hahahahaha. Bukan aku la. Sepupu aku.  Correction, abang sepupu aku. Yakni anak kepada Maklong aku dan adik kepada My Sis tu. Okey?

Well, kitorang gerak dari Nilai dalam kol 10 pagi camtu. Alah, Batu Pahat dari Nilai adalah dalam 2 jam lebih sket. Pergi 4 kereta. Konvoi la. Baru best kan. Hehehehe.  Sampai Exit Batu Pahat dalam kol 12 lebih nak ke pukul 1. Itupun sebab ada berenti jap kat R&R Pagoh. Sampai betul betul di pekan Batu Pahat daah nak Zohor. So, singgah la Masjid sebelum ke rumah bakal tunangnya tu. 






Sesi (ape name eh sesi cakap cakap tu? aku tak jumpa perkataan yang sesuainya. Hehehehe) berlanjutan dalam sejam seterusnya. Hehehehe. Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. Tempoh pertunangan ialah selama setahun.

Selesai sesi tu, sesi makan la pulak. Dah kol 3 baru makan, memang terkujut perut den. Aku besenya makan kol 1 petang kan. Ni makan kol 3, memang sebu rasa perut. Macam nak keluar balik segala isi perut. Hohohoho. 

Dah selesai itu ini suma, kitorang berangkat la ke Hanani Homestay yang terletak di Banang Heights yang telah dibooked awal minggu tu. Rumah 2 tingkat 4 bilik, 3 bilik air. Fully equip I must say. But agak mengecewakan sikit la keadaan rumah tu. Sebab dalam gambar tu macam serba serbi elok je. But bila masuk keadaan rumah tu macam tak berjaga sangat. Lantai agak berpasir dan kurang kemas pada pandangan mata aku. Nasib la bayar RM200 je. Overall OK la rumah tu kalau just for a night stay and just for sleep. 



Ok, cerita lagi. Pukul 5 petang tu kitorang siap siap pulak nak ke Sedenak. Buat ape lak ke sana? Nak meminang lagi ke?? Kehkehkeh. Tak hadoooo. Saja je la jalan jalan ke rumah nenek saudara kat Sedenak nuun. Nenek sedara ni sepupu kepada arwah Atok aku. Masa arwah sakit dulu dia memang rajin datang jenguk kan. So dikesempatan yang ada dah alang alang di tanah Johor ni, singgah la. Bukan jauh sangat pun Batu Pahat - Sedenak ni. Dalam 1 jam lebih je. Untung untung dapat gak merasa masakan Mat Gebu. Heheheh. 

And dapat la. Menu malam tu Ayam Kari, Ikan Goreng ngan Sayur Campur. Ada lak sambal belacan, perrgggh. Terangkat!! Hahaha. Walaupun menu biasa biasa je, tapi bila makan ramai ramai memang jadi bertambah sedap la kan. Heheheheheh

Yang lebih berborak sakan ialah uwan aku ngan nenek sedara tu la. And Mak aku n makcik aku syok berborak ngan Mat Gebu (Kitorang panggil dia Uncle Nan) pasal koleksi pinggan mangkuk and set coffee n tea dia. Memang banyak dan bermacam macam pesen. Sumanya lawa lawa. 


Dalam kol 9.30 malam kitorang pun beransur la nak balik ke Batu Pahat. Konon nak la singgah kat Ayer Hitam lu kan. Sebab ada yang kata malam minggu camni kedai kedai bukak sampai tengah malam. Sekali sampai sana kebanyakkannya dah totop. Hohoho. Ayak aku g riki riki rupanya ramai yang turun ke Pasir Gudang sebab ada Pesta Layang Layang kat sana. Ooooo.. Tak tau pulak kan. So sebab dah takda, kitorang pun balik la ke rumah. Tapi dalam pada tu pulak, boleh tak tau jalan nak balik ke Homestay. Hahaha. Conpuse lak tetiba ngan jalan kat situ. Mana tak confuse, badan dah letih so otak dah tak function sangat. Tambah pulak bila pegi ikot jalan lain, balik ikot jalan lain kan. Malam lak tu. Lagi la confuse. Kehkehkehkeh.  Takpe. We all yang join ni suma nya sporting morting je bab bab sesat kat tempat orang ni. Lagi lak aku ngan kakak aku ni kan. Puas dah sesat but in the end mesti jumpa jugak la. Pengalaman dan pengetahuan tu kan. Hehehehehe

Lepas ringankan mulut tanya budak pam stesen tu, sampai jugak rumah dalam kol 11 lebih. Ada yang sampai sampai terus terbongkang. Time tu baru la terasa letihnya. Lepas je mandi ape suma terus aku pun terbongkang sekali. Memang tido tak sedar dunia la. Nyenyak giler tido. Subuh baru sedar. Hehehehe

Sunday (20th February 2011)

Awal pagi dah bertugas. Hehehe. Bukan bertugas ape pun. Bertugas g carik breakfast untuk mengisi perut 18 orang. Merayau aku satu pekan tu nak carik breakfast. Agak sukar eh nak carik. Banyak kedai Cina je. Last aku pusing ke Dataran Batu Pahat tu and mengarah ke Hospital tu baru la nampak ada gerai tepi jalan. Dekat dengan taman awam kat situ. Sudahnya beli kat situ je la. Beli nasi lemak dan kuih muih sket. 

Lepas je breakfast, bersiap siap pulak nak gerak. Destinasi seterusnya ke Ayer Hitam. Hehehe. Bukannya nak shopping sangat pun. Saja nak jenguk jenguk. Cam tak sah pulak kalo tak singgah kan. Kesudahannya, aku hanya beli jambu air ngan kerepek kerepek je. Itu pun ntah berapa lama la aku nak kasi habiskan. Hahahahaha..

Setelah puas merayau, tiba la masa untuk balik. Dalam kol 1 terjah highway balik dah. Sebabkan tak makan lagi, maka Maklong aku ajak la singgah MYDIN MITC, Melaka nak merasa RFC (Radix Fried Chicken). Hoh, hancus diet. Tapi sebab ayam organik takpe la kot. Hehehehehehehe (Kalau macam ni la fikir hari hari mampus la. Tak kurus la jadinya kan. Kahkahkah)

Takkan la singgah MITC semata mata nak makan RFC je kan. Harus la jalan jalan cuci mata dulu kat sana. Dah dapat apa yang dicarik, masa nak balik la pulak. 

Tapi, dah namanya aku bejalan ngan akak aku ni takda maknanya la nak terus balik kan. Mesti ada lagi pitstop. Dah tekaan aku betul bila akak aku ajak keluar ikut exit Seremban. Hahahaha. Memang tepat seperti dijangka dia ajak singgah TESCO. So menyinggah la lagi. Dah alang alang singgah ni aku carik la buah buahan stok seminggu. Hehehehe

Selamat tiba di rumah kol 8 malam. Letih letih letih. Nasib la Seninnya tu aku cuti. So takda hal la sangat kan. Hehehehe. Konon nak rehat, hmmm batal la. Ada gak plan lagi Senin tu. Nak tau Ke Mana Arahnya?? (Pinjam lik jap bro!!)  Nantikan entry seterusnya.  

Pencemaran udara dari sebuah kilang. Tak tau la ada kebakaran ke ape kan.  Dahsyaaatt!!

OTW ke Johor. Terserempak ngan Porsche ni. Kitorang lam kete asal kete gempak gempak ke superbike lalu seblah je mula la bersorak. Kehkehkeh. Kagum je... Sambil berangan bila la dapat pakai kete/moto camtu kan. Hakhakhak



PS: Lepas ni kalo pegi sanun lagi kene findout tempat yang best untuk stay plak. But, prefer Homestay la coz normally pergi ramai ramai kan. Lagi selesa la kalo Homestay. Any idea Johor people?


Catatan Ringkas

---