Wednesday, February 02, 2011

Jom Sama Sama Bantu Baby Qistina

Salam geng. Ape khabar hari ni? Hari last keje sebelum cuti. Harini memang macam lipas kudung jugak la aku kasi siapkan keje keje yang urgent tu. Tapi ada gak yang tak sempat nak siap sebab suntuk benau masa rasanya. Kol 6 je aku dah cabut. Biaq p lu ngan keja yang tinggal tu. Minggu depan sambung. Hehehehe

Ok la. Dalam sempat aku berblogwalking pagi pagi tadi, terjah la blog Mak ni. Tapi tak sempat nak baca entry tu pun. Ni baru dan. Tengok gambar entry tu pun aku dan tersentap. Bukan sentap sensitip tu. Sentap terkujut yer. 

Gambar ni. Betul betul mengingatkan aku pada arwah Baby Dina. Sebijik keadaan baby masa sakit sakit dulu. Nak tau kisah disebalik gambar, sila klik terbang lagi. 






Sebak bila baca kisah berkenaan baby ni kat blog Mak Lagenda tadi. Her name is QISTINA BALQIS MAISARA, 3 months. She is born with a hole in the heart, cleft lip and infections to the lungs. And now being treated at PICU ward, 4th Floor, HUKM (The same ward and hospital Irdina was)

Aku memang cepat tersentuh bila tengok kisah baby dan kanak kanak camni. Memang tak tahan la air mata ni (Hilang brutal ye tak..Kehkehkeh). Camana tak kesian weyh, baby lagi dah dapat dugaan camtu kan. Memang terus teringat la kat keadaan Irdina dulu. Tak sanggup rasanya nak tengok ada baby lain yang berkeadaan macam arwah. Kesian bila tengok wayar berselirat dan kene cucuk sana sini, ubat itu ini. RU doakan supaya baby Qistina cepat sembuh dan sihat seperti kanak kanak lain ye.

Bagi yang bermurah hati untuk membantu adik Qistina ni, bolehlah buat sumbangan ikhlas korang kepada: 


AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764


Walaupun kita tak kenal, tapi tak salah kan untuk membantu orang yang dalam kesusahan. Hari ni, hari dia. Mudah mudahan esok esok masa susah kita orang lain pun senang hati nak menolong. Karma.

Selain bentuk wang ringgit yang boleh disumbangkan, sebar sebarkan lah berita ni. Mudah mudahan ramai yang membantu dan paling tidak berdoa untuk kesihatan Qistina. 

Update terbaru berkenaan keadaan baby Qistina boleh dilihat di group FB Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara & FB Qistina.

Qistina, kuatkan semangat ye sayang. Aunt doakan baby sembuh dan sihat macam kanak kanak lain. Qistina kena kuat untuk mama, abang dan ayah. Diorang sayang Qistina. 
Gambar di ambil daripada Group Charity Fund Raising for QBM. Sungguh comel.
Tak terlihat dia seperti  sedang sakit.

*Credit picture to CFRQBM Group.. 

Link lain berkaitan QBM: 


PS: Tetiba rindu sangat dengan Irdina.  Al fatihah buat Irdina.



Catatan Ringkas

---