Friday, April 29, 2011

Cuti Hari Pekerja

Salam Jumaat ols. How are you today? Harapnya hari ni lebih baik dari kelmarin la yer. Waaa, tak sabarnya nak bercuti cuti tiga hari ni. Sabtu, Ahad dan Isnin. Isnin cuti sempena cuti ganti Hari Pekerja jatuh hari Ahad tu kan. Hehehehe

Hmm, ape ye nak dibuatkan cuti ni? Yang pastinya aku taknak sentuh langsung pasal kerja. Cukup cukup la tu. Aku nak gunakan cuti ni untuk dapatkan cuti yang berkualiti. Hehehehehe. 



Alhamdulillah, budget yang buatkan aku fobia dan terus fobia tu dah settle. At least for now. Sekarang ni time untuk menumpukan perhatian pada kerja kerja yang tergendala selama bergelumang ngan budget tu. Tray kat meja ni pun dah penuh sampai nak melimpah ruah dah. Sabo je la. Bila tengok tray tu cenggitu, boleh jadi stress tetiba. Oh noo.. Jangan stress, nanti cuti tak smooth.

Hah, membebel pepagi plak. Ok, straight to the point la. Motif entry: Nak listkan kebarangkalian aktiviti yang bakal aku lakukan.

Nak tau baca lagi. 

Wednesday, April 27, 2011

Teringat


Teringat

Originally uploaded by Rama2Ungu

Tetiba teringat ingat telatah dia ni. Rindu! Kalau boleh jumpa lagi memang habis dia aku gomol. Tapi dia dah takda kan. Huhu. Tengok gambar pun jadila. Nasib aku banyak simpan gambar dia. Dapat gak jadi pengubat rindu. Baby, along rindu ngan baby.

Grilled Salmon With Tumeric Sauce


Grilled Salmon With Tumeric Sauce

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam Rabu ols. How are you today? Time lunch dah mari. Tapi bukan untuk aku keyh. Aku punya time lunch lagi 10minit. And sementara tunggu time lunch tiba, saja nak kasi air liur korang tumpah dengan gambar tu. Heheh. Itu gambar wa ambik masa dinner kat Atap Atap Restaurant @ 9 Avenue, Putra Nilai. Not bad the taste. At Atap Atap ni banyak dish berunsurkan western and seafood at affordable price. Seblah dia ada steamboat restaurant. Aku tak penah cuba lagi and soon akan pergi try. Hehe.. Ok guys. Countdown to 1pm and buzz off for lunch. Dah lapar ni. Tak sempat makan masa breakfast tadi sebab rush nak masuk meeting at 9.30am. Now still stuck at HQ office to settle few things. Ok. C u soon.

Monday, April 25, 2011

Dah Lama Tak.....

Salam Isnin ols. Ape khabar? Maaf la dah agak lama blog tak berupdate dan agak lama jugak tak sakan blogwalking. Entah kenapa mood blogging terkurang plak. Tapi mood bertwit agak meriah. Hahaha. So sesape yang nak bertwit twit ngan aku tu, silakan la follow @RerameUngu. 24/7 aku on twitter aku. 

Ok la. Sibuk je nak pomot Twitter kan. Padahal orang lain dah berzaman guna. Aku je baru terhegeh-hegeh nak twit.. Takpa, biar lambat asal tau guna. Hahahha

Meh la terus ke cerita pucuk pangkalnya. Lain yang nak cerita lain yang aku lalutkan. Kan dah kelaut sket. Kehkehkeh. Just nak cerita pasal weekend aku. Almaklumlah, gian tak berweekend berenjoy berjimba ni kan. So minggu ni aku enjoy la release tension kerja 3 minggu. berturut. Dan 2 minggu berturut kerja weekend kan. 

Memang kalau ikutkan kepala otak aku ni banyak aktiviti nak buat. Macam macam ada. Tapi bila kenangkan team tak ramai, so tak meriah la. Sudahnya aku melepak ngan akak aku. Nak tau ape cer? Teruskan pembacaan anda.


Friday, April 22, 2011

Weekend Oh! Weekend


Weekend Oh! Weekend

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam ols. Ape cer? Apa plan korang weekend ni? Aku harap weekend ni takkan jadi dua weekend yang lepas. Cukup! Cukup la. Dah tak sanggup rasanya. This weekend aku nak rehat dan beriadah. Sebabnya dah agak lam Taman Awam Nilai tu aku tak jenguk. Badan ni pun dah rasa lemah semacam sebabnya manjang duduk mengadap komputer je. So, harapnya takda halangan la untuk aku ye. Ok la. Untuk menjayakan plan tu aku perlu la usaha lebih sikit untu habiskan review budget tu hari ni. Ok ols. Have a good day today. Daa.. (Motif letak gambar FunFair tu? Sebab aku mengharapkan weekend akt kali ni fun jugak. Heheh)

Wednesday, April 20, 2011

FOBIA Tak Habis Lagi

Salam ols. Salam Rabu. Hamboi la aku ni. Semalam bercuti sakan dari mengupdate belog yer. Blogwalking pun kureng giler. Sorry la geng. Semenjak dah bermenjak ada FOBIA ni memang agak lemah sikit nak mengupdate tu. Mood dan idea berkurangan sket. Ni pun kebetulan tengah time rehat. So, ambik free chance yang ada ni la. 

Selagi tak settle hal budget ni memang takkan tenang hidup jadinya dan takkan habis la fobia aku nih. Hehehehe. Semalam buat pertama kalinya lepas kes kene tiaw kat meeting room tu, aku disuruh pergi ke sana lagi. Bukannya aku tak tau ada meeting kol 11 semalam. Aku tau sebab dah dapat email awal pagi tu. Tapi sebab aku rasa takda keperluan nak datang, aku buat bodo je ngan notice tu. Sekali setengah jam menunjuk jam seblas bos aku call la pulak. Adeeh! Bleh aku buat soalah bodoh 'Saya kena pergi jugak ke meeting tu?' Hahahaha. Sabar je la den.



Monday, April 18, 2011

FOBIA!

Salam pagi Isnin ols. Apa khabar and ape cer weekend korang? Phewww, sejak dua minggu kebelakangan ni aku tak merasa nak berweekend macam korang suma. Straiighht je keje Isnin-Ahad. Peergh. Giler ah! Ni suma gara gara budget yang aku kena buat nih. Sampai dah naik Fobia aku bila dengar pasal budget.  Weekend pun dah tak macam weekend bila dua kali weekend aku kena kerja. Adoyai, ape nak jadi la. 


Gambar ehsan Pak Gel

FOBIA!! Nak tau pesal?

Friday, April 15, 2011

Lunch at Orchid Bistro, Jusco Balakong


Lunch at Orchid Bistro, Jusco Balakong

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam Jumaat ols.. Apa khabar? Dah lunch. Harini aku lunch jauh sikit dr biasa. Since hari whole day i will be at our HQ at Kajang. Dan memandangkan ada extra hour today dak geng ofis ni ajak g sini. Ikutkan ajala labu. Nak release tension sket before going in the meeting petang ni. Bos takda so kena jadi rep dia. Meeting budget plak tu! Matilaaah.. Hopefully takda masalah sangat nanti. Wish me luck friends. Ok. Got to go. See u ol soon. P/s.: mcm nk g bowling esok. Anybody?

Wednesday, April 13, 2011

Hujan Petang


Hujan Petang

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam ols. Ape cer? Tengah jiwa kacau tetiba. Aku pantang btol kalau kena buat keje orang ni. Dah tentu tentu tu keja kau, buat je la. Nak tolak tolak plak. Pastu comparekan orang pulak. Apahal tak bagi format tu masa awal awal dulu. Ni keja dah 90% siap baru terhegeh hegeh suh aku buat ikut format tu. Ingat senang gaknya. Pastu bagi alasan macam macam. Macam aku dah takda keja lain nak ngadap mende alah tu je.. Damn! K lah. Nak sambung keje ni. Menda alah tu nanti je la aku buat. Aku dah study and paham macam mana nak buat ikut format tu baru aku akan hadap mende alah tu. Tunggu je la. Jangan nak pressure aku suh cepat cepat. Suh aku buat cepat cepat nanti aku campak je mende alah tu kat ko nanti. Buat sendiri.!

Tuesday, April 12, 2011

Makan Durian Dalam Hujan


Makan Durian Dalam Hujan

Originally uploaded by Rama2Ungu

Haa.. Bukannya dok melantak durian tu dalam lebat hujan ye. Just terkena tempias hujan je. Tetiba baru nak start makan hujan turun dengan lebatnya. Aik? Tapi masing masing buat bodo je. Pedulikan baju yang dah lembab terkena tempias hujan tu. Misi tetap berjalan.. Ada dekat 10 biji diorang ni beli.. Hahah. Aku pun tak semena mena turut join the club melantak derian tu. Aku pun tak tau apa yang merasuk aku untuk makan derian tu. Bukan seulas dua. Dekat 6 ulas jugak tu. Gilo. Dah lama tak makan banyak tu semenjak kes kes derian aku tu.. Tak pasal pasal terus terlupa pasal diet aku. Sabar je la. Ni gara gara dak ofis aku ni la mengajak. Katanya belanja sempena dapat bonus. Depa je la ye. Aku tak dapek sebab tak cukup haul.. Takpe, takda rezki nak dapat n aku redha je. Lagipun aku memang tak berharap nak dapat pun..ngehehe.. Ok la ols.. Ada hal nak kasi settle ni. C u soon. Hulan masih lebat kala ini. Camano nak g kat keto ni.. Aiyoo

Rahsia Tahi Lalat

Salam Selasa ols. Whoaa, agak meroyan sket aku rasa sebab tak dapat nak bersakan berblogwalking and update blog ni. Anyway u ols, sihat tak? Maaf la ye agak lama tinggalkan umah ni berhabuk.Bukannya apa, sibuk ngan kerja sket. Dan aku kira korang sedia maklum la kan ngan kes makan sambil bergelumang aku tu. But Alhamdulillah, sekarang dah settle. Cuma mungkin nanti akan ada la follow up action yang perlu diambil. But not for the time being la. Bagi la otak aku rest kejap dengan mengadap Excel yang penuh ngan nombor nombor tu! Stress jadinya sampaikan weekend pun kena keje semata mata nak siapkan mende alah tu. Nasib la aku ni tak berapa nak ada komitmen lain. Kehkehkeh

Ok la. Celoteh pepanjang pun takda guna. Jom stret tu de poen. TAHI LALAT. Eh, ni bukan lalat punya taik tau. Aku pun tak tau mana datang perkataan ni. Aku bleh kata ia merupaka satu kecacatan yang cantik (Kalau tak berlebihan la yer). Tahi lalat or mole (kata orang puteh) asalnya...

"Moles occur when cells in the skin grow in a cluster instead of being spread throughout the skin. These cells are called melanocytes, and they make the pigment that gives skin its natural color." - Sumber: WebMD 

Tengok si Cindy Crawford nih. Tahi lalat atas bibir kiri. Menambahkan nilai supermodel dia. 

Kebanyakan tahi lalat memang tak berbahaya. Tapi terdapat dalam jarang jarang kes yang mana tahi lalat ni berubah menjadi kanser. 

Ok la. Dah panjang sangat into. Mesti geram je korang baca. Ha, silakan lah terjah makna tahi lalat di bawah ni ha. 

Friday, April 08, 2011

Makan Sambil Bergelumang


Makan Sambil Bergelumang

Originally uploaded by Rama2Ungu

dengan kerja..(sila baca berterusan daripada tajuk ye). Btw, Salam u ols. Lama rasanya tak melepak kat blog korang. Sehari dua ni agak sibuk siapkan budget untuk department aku ni. Baru dapat instruction nak kena extend budget to until 2015! What the betol la. And its for two developments!! *pengsan jap*. Sedangkan budget yang dah agak ready (2 years budget )ni pun ambil masa dekat 2 3 bulan nak siap, ni aku nak kena buat 3 tahun punya dalam masa 2 hari. Memang very the impossible la kan. So now nak taknak aku kena gak siapkan those budgets by TODAY! Today as in by 3.30PM!! Coz at 3.30 they gonna have the budget presentation. OMG! Hopefully i can finish it by then. Hope to end this 'toture' ASAP so that I can concentrate to other pending works. As for now my in tray dah fully loaded with stacks of papers and documents. Who said working life is heaven.. Hurm, ok guys. Need to speed up on my budgets. See you all soon. Daaa..

Wednesday, April 06, 2011

Secretaries Week Luncheon at SACC Mall


Secretaries Week Luncheon at SACC Mall

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam ols.. Wow! First half of the day handphone tak berenti ringing. Busy sesangat je rasa hari ni. Sekejap sekejap dapat call dari merata tempat. Tapi, belakangkan hal tu. Aku ada aktiviti yang lebih menarik nak dibuat. Aku kat SACC Mall ni.! Ada suprise from company to us para pembantu boss sempena Secretaries Week bulan ni. First time merasa g acara camni. So, enjoy la. Ok, nanti aku kasi update la ye.. Daa..

CONTEST: Bisik Bisik Gathering

Salam ols. Ape khabar hari ni? Harapnya hari korang baik baik saja la eh. Dan bagi menambahbaikkan lagi hari korang tu, aku nak war war kan satu perkara.

Korang tau kan pasal Bisik Bisik Gathering bersama Mak Lagenda yang akan diadakan May nanti? Haaa, ni la dia antara pre-heat activity bagi memeriahkan lagi Majlis tu nanti.




Monday, April 04, 2011

BE Lagiiiii!!

Yeeeaaay!! BE mari lagi!!! Suke suke suke.....Mekaseeeeh la bebanyak Nuffnang. Sudi lagi bagi aku BE. Ngeeeee...

Naaah, hambek. Dapat lagi 2. Haritu satu je kan. 




Ni plak Keyword aku untuk seminggu. Paling top 'Pengakap'. Ni mesti pasal entry yang ni.  Tak sangka ramai plak yang carik info pasal pengakap ni yer. Thanks la korang. Dan yang pasti umah aku ni masih suci daripada keyword yang tak senonoh. And I like to keep it that way.




Ok ols. Have a nice day!



Stay Young!




Salam morning ols. Happy Monday! How was your weekend? Hopefully it was great and enjoyable weekend. Here, I want to share with you something. How to Stay Young motivationally. Keep reading.  



Friday, April 01, 2011

Last Point


Last Point

Originally uploaded by Rama2Ungu

Hye ols. Hahaha.. Last game and last point.. Tangan pun naik lenguh. Last game bart la nampak perbezaan sket.. Kene practice lebih lagi ni. Ada yang nak join aku practice next time? Roger me keyh. Just for fun je.. Okeh.. Ciao. C u later..

Destinasi Pertama Dihujung Minggu


Destinasi Pertama Dihujung Minggu

Originally uploaded by Rama2Ungu

Salam petang Jumaat ols. Selamat berhujung minggu la ye. Dan seperti yang tertera pada tajuk dan dah dijawab oleh gambar tu. Itulah destinasi aku. Kejap je lagi ni. Biasa la. Game bulanan staff kat sini. Dah masuk kali ke 3 aku join and malam ni nak tengok berapa banyak bleh tumbangkan pin tu. Hahah. Nantikan la update yang seterusnya untuk mengetahui jumlah jatuhan pin aku malam ni.. K, ciao and have a great weekend.

Catatan Ringkas

---