Tuesday, November 02, 2010

Drama Cinta, Kedai Tayar

Salam ols. Ape cer? Hehe. Opening entry yang sungguh klise kan buat blog aku  nih. Tak reti aku nak buat bahasa bunga bunga ke hape ke. Aku suka welcoming yang macam ni. Okeh..

Abaikan pasal ke'klise'an opening entry aku. Ni ada cerita nak story sama u ols. Actually perkara ni jadi semalam. Bukan dekat aku, tapi dekat aku jugak. Camana tu? Nak tau baca la lagi.. Tu, butan gterbang lagi kasi tekan..



Alkisah nak jadi kaya raya nya, semalam (Isnin) tangki minyak dah nak kosong. So harus g topup full tank sebelum lip lap lip lap lampu dia. Habis kerja, terus la g Nilai nak isi minyak kat Shell. Dah settle urusan di Shell, aku gerak la nak g Watson pulak carik few things. Sebelum singgah Watson on the way tu, nampak kedai tayar terus aku signal masuk simpang. 

Alignment kete banyak dah lari la. Bawak pun dah tak best sebab bergegar teruk giler. Cek punya cek punya cek, camber dah out la. Tayar belah kiri. Patut la bergegar je kalo lalu jalan tak berapa nak rata. Aku tengok la kat monitor waktu checking tu. Bapak jauh lari bai.


camber bolt


So, demi mengelakkan masalah mendatang aku pun agreed la ngan suggestion brother tu tukar camber nut. Adjustable punya. (Lupa lak nak ambik gambau mende alah tu tadi). Kalau tak tukar, nanti lagi problem kat tayar. Makan dalam beb. Parraaah la kan. Tu pun masa brader tu bukak tayar dia tunjuk kat aku keadaan belah dalam tayar aku. Dah haus sket beb. Adeeeh.. Tak bleh jadi kan. Tayar baru lagi tu. Baru 10 bulan. elok lagi bunga nye.

Brader tu pun mulakan la kerja nya tu. Aku tengok la camana dia buat so aku tau la kan ape mende alah yang berkaitan. Kehkehkeh. (Lagipun aku nak tengok betul betul dia tukar ke tak. Mana la tau nak auta aku yang wanita ni kan..hakhakhak)

Kedudukan bolt tersebut...


Dalam agak agak 30 minit selesai la dia tukar baru camber ngan buat alignment. Bese la, lepas buat diorang sendiri akan test drive dulu. Haaaa, ni yang nak cerita sketsa cinta ni..

Sedang menuggu brader tu g test drive, tetiba aku dengar ada orang memekik. Memekik panggil nama seseorang. Aku tertoleh rupanya ada drama swasta sedang shooting..

Shooting?? Hahahaha.. Takde maknenye la hai. Actually aku nampak ada kete berenti dan tak lama lepas tu ada dengar suara jeritan memanggil. Dia panggil awek dia, Sebab awek dia dah turun dari kete tu dan bejalan selaju laju yang boleh ke arah simpang ke kedai tayar nih. Sebab dah gelap, so aku tak pasti la orang ape kan.

Yang si pakwe ni menjerit panggil awek dia tu masuk lam kete balik. Awek dia buat tak perdulik je sambil sambil call someone. Si pakwe tinggalkan kete dan kejar la awek dia tu. Cam cite Hindustan pulak men majuk majuk-kejar kejar. Hahahaha. Pakwe tu pun pujuk pujuk la awek dia ni. Boleh kurus nak pujuk woo sebab sambil pujuk sambil jalan. Maunya dekat 500m kot kehulur hilir. Worth it la pakwe tu pujuk sebab the awek tu terus menonong g masuk lam kete. Dari cara tu cam tak settle habis lagi la kan. Hakhakahk..

Ape la. Nak gaduh, majuk pun nak bagi tunjuk kat orang. Diam diam sudah la. Buat malu je gaduh gaduh cam orang dah kawen. Aku ingat orang dah kawen pun tak buat camtu la kot.

Haa. Ni cara pujuk yang betul kot. Kahkahkah..


So, hingat hingat sendiri la yer. Kalau iya nak gaduh agak agak la keadaan.



PS: Jaga keselamatan anda dengan jaga keadaan tayar kenderaan anda...
Ingatlah orang yang tersayang. :D
PSS: Malas nak nyesakkan kepala fikir pasal cinta cinta ni.

Catatan Ringkas

---