Salam ols. Jumpa lagi. Pe cer korang hari ni tadi? Ok ke? Well, aku punya cerita macam entry sebelum ni la. Yang tak tau tu sila la jengah jengah kat SINI.
Purpleeeee woooooooo!!! I Loikeee... Tengah cuci mata dalam JJ tu skali terserempak ngan selonggok kaler purple punya peralatan. Perrrrgghh. Terpana den kojap. Hahahaahaha |
Plan awal tak semestinya menjadi kan. Plan konon nak tengok wayang tak jadi. Kahkahkah. Sebab bila pegi je kat kaunter tu tengok tayangan kol 5 tu dah full house. Aiyak. Ada la citer Rapunzel tapi tinggal dalam 3D jek. Alaaa. Lemah la nak tengok 3D nih. Sudahnya routing plan la.
Kluar ofis tadi dalam kol 3. Destinasi pertama g Terminal 1 sebab nak g anta repair software Garmin aku tu. Bengang tol ada je masalahnya. Dah kali ketiga aku pergi sebab masalah icon ilang la, corrupt la ape la. Nyampah aku. Diorang bleh pulak bagi alasan memory card aku yang problem. Boleh pulak dia format aku punya memory card tak bagitau aku. Skali cek gambar, lagu n barang aku dalam tu suma ilang. Sakit nye hati. Nasib la banyak yang aku dah backup. Lagu tu tak kisah la sangat leh masukkan balik. Tapi part gambar and SMS dalam memory card tu. Sesuka suki je nak format tak bagi tau. Ceeh. Sudahnya tadi aku delete je Garmin tu. Menyusahkan pulak jadinya. Lantak la. Tak lama lagi ada la aku nye GPS ori pulak. Kahkahkah.. Tunggguuu...
But, on the way aku nak ke Terminal 1 tu boleh pulak ada amoi sorang ni g langgar vontot kete aku. Ape kes kan?? Bengang campur fobia woo. Terkejut pun iya, panik pun iya. Sebab tetiba aku terbayang balik masa aku eksiden taun lepas. Jeran ooooo... Dah la time tu kat trafik light. Dah terang terang kete tengah berderet time tu. Sedang tunggu lampu tukar ijau. Ntah apa yang dipikirnya ntah sampai leh langgar aku lak. Nasib aku tekan brek. Kalo tak naya aku lak langgar kete depan. Dah la Honda Accord lak tu. Huiii...
Kebetulan pulak lepas je dia langgar aku lampu trus ijau. Aku alih ke tepi sket supaya tak halang sangat laluan kete blakang blakang tu n trus bagi hazard light. Aku suh amoi tu keluar. Sementara tunggu amoi tu tehegeh hegeh kuar aku tengok keadaan kete lu. Fuuhh. Nasib la calar hallluuuussss je. Kalo tak memang naya la dia kene ngan aku. Kelam kabut dia mintak maaf ngan aku. Sebab kecederaan kete aku begitu minor so aku taknak la kecoh kecoh kan. Aku tengok pucat lesi jugak muka dia. Yang aku musykil tu kete aku calar sket je. Takda part yang kemek pun. Tapi boot depan dia kemek pulak. Heran aku. Myvi Vs Viva n Viva wins?? Hohohoho..
Ok, sambung balik citer. Lepas ke T1m aku g Jusco Seremban 2. Niat nak tengok wayang la tu kan. Skali cancel la. So routing la g cuci mata kat Tized and JJ store. Memang tengah sale la kan. Besa la year end. Tapi tak ramai sangat lak orang kat JJ ni walaupun baru gaji. Agaknya ramai yang serang Tesco Extra yang baru bukak kat Oakland tu kot. AKu nak jugak terjah Tesco tu tadi sebab konon nak beli khemah ngan sleeping bag. Tapi bila tengok cam takda parking, malas la. Esok lusa kan masih ada. Hehehehe. Pegi time hari keje baru best. Sebab lengang sket kan.
Pe yang aku beli kat JJ?
Memang aku pantang jumpa woven bag aka reusable bag ni. Kalo jumpa yang cantik mesti aku rembat. Hahahaha.. Suka nak buat koleksi. Yang dalam gambar tu baru separuh. Hehehehe. At least ada la buat sesuatu untuk bantu save the environment.
Ok la ols. Tu je cerita aku. Ada yang best nanti aku update lagi. Well, its me kan.. Hehehehe.
PS: Versi berversi versi...