Tuesday, November 23, 2010

Kalau Berpacaran

Salam Selasa ols. Ape khabar ols? Ada sihat? Budak budak skolah dah mula bercuti panjang dan pelajar pelajar Form 5 n Form 6 sedang berhadapan dengan peperiksaan besar mereka. I wish u ol da best for the exam. Adik pun antara salah seorang calon SPM tahun ni. Aku harap dia buat yang terbaik sebab ada ganjaran untuk dia dari aku kalau keputusannya gempak. Hohoho..

Dan kepada ibu bapa jangan la lupa nak bawak anak anak anda berjalan beriadah dan bercuti. Terutama ibu bapa yang sibuk bekerja tu kan. Masa maca camni la nak spend time (quality time) dengan anak anak. G la bercuti ke tempat tempat menarik dalam Malaysia ni. Banyaaak wo. Antara nak n tak nak jek. Hee..

Ok la. Panjang pulak intro aku yer. Hehe. Klik la terbang lagi for more.



Korang baca tajuk pun dah boleh agak kan ape entry aku ni. Yups, Kalau Berpacaran yang dinyanyikan oleh Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali n Altimet. Aku tak tau pun kewujudan lagu ni mula mula dulu. Aku tau pun dari dak ofis ni humming humming n nyanyi lagu ni terutama part 'jangan pegang pegang' n onwards tu. Aku ni agak tertinggal perkembangan lagu lagu melayu sebab aku jarang giler dengar radio lagu melayu macam Hot. fm n Era. In fact kurang jugak dah nowadays dengar radio. Banyak dengar lagu dari MP3 collections aku jek. 

Ok abaikan tu. First aku dengar lagu ni memang best la terus aku suka. Hahahah. Macam unik je liriknya tu kan. N santai jek. But penuh dengan nasihat dan teguran. Elok la tu. Lagu n muzik leh jadi satu cara penyampaian nasihat yang bagus. 

Ok la. Kepada yang bercinta tu jaga la batas perhubungan anda dengan pasangan anda. Tunggu jadi sah baru boleh lebih lebih. Kalau setakat status berkapel jagan la over. Belum tentu pasangan yang anda berkalpel sekarang ni bakal jadi pasangan sehidup semati. Sedang yang dah kahwin leh bercerai apetah lagi yang baru berkapel ni je kan. Bukan doakan yang tak elok, tapi kita perlu realistik sket dalam melihat kehidupan ni. Sesuatu yang ada dengan kita sekarang belum pasti akan jadi milik kita selamanya. And kehidupan duniawi ni sementara jek. Ni jugak peringatan buat aku.

Ape ape pun, sama sama kita beringat yer. Ni aku ada letak lirik lagu tu. Credit tu http://liriklagu.biz/ .


Sohaimi Mior Hassan & Ana Raffali ft Altimet

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Catatan Ringkas

---