Monday, November 15, 2010

Peluh Ahad

Salam ols. Ape khabar di hari Isnin ni? Amcam weekend korang? Well, ni aku nak story morry sket la pe jadi ngan weekend aku. Hehe

Pertamaya hari Sabtu aku kerja la. Saja nak OT siapkan kerja yang tak sempat siap hari Jumaat tu. Masuk kol 10 pagi dan keluar kol 4.00 petang. Ahadnya aku banyak lepak di rumah je. Nak tau lagi lanjut, moh le baca..

Spaghetti Meatball Secret Recipee

Ntah kenapa minggu ni aku teringin nak makan something yang not everyday food. So, lepas je kerja Sabtu tu, aku terus pegi Secret Recipee Bandar Baru Nilai. Hehehe. Saja jugak nak reward myself with something nice. Hahahahaha (nice la sangat kan). Food craving aku ni macam macam taw. Mula mula cam nak g makan sizzling mee kat food court Jucso S2 sebab memang mabeles la black pepper sizzling mee dia. But malas pulak nak g cam jauh je rasa. Pendekkan perjalann nak g makan kat Marry Brown baru kat Esso Bandar Sri Sendayan tu. Pun malas nak patah balik, so terus je la one way ke Nilai. Ngaaahahahaha.. Senang.

Dah dapat tu, tapau pulak Chocolate Fudge cake. Hahaha. Ni konon nak makan masa tengok TV nanti. Huh. Tak keampaian sebab sampai je umah, terus ngap. Tak sempat nak bawak depan TV pun. Kehkehkeh.

Ahadnya pulak bukan hari makan okeh. Dipendekkan cerita Ahad ialah hari mengeluarkan peluh. Kehkeh. Cerita panjangnya bermula begini. Ahad besenya hari untuk bangun agak lewat la kan. Bu minggu ni lain pulak. Ingatkan Ahad ni boleh la bangun lewat sket kan (sket la sangat..hahahah) sekali baru kol 7.30 pintu bilik aku dah kene ketuk cam nak roboh oleh sepupu sepupu kecik aku. Adeeeh. Kacau daun betul la bebudak ni.

Uwan aku la suh kejutkan aku. Dia nak suruh aku g pasar. Alaaaa. Malasssnya. Mata tengah best nak layan tido lagi ni kan. Hehehe. Tapi bila kenangkan Rabu ni nak raya Haji, aku pegi je la. Mesti ada barang dapur nak kene beli tu. Sekali memang betul la. Banyak woo. Berpeluh la aku pusing satu pasar tu nak carik barang barang yang dikirim. Boleh kurus segera la kalo camni hari hari kan. Hahahaha

Lepas sejam lebih tawaf pasar tu, aku pun balik la. Lepak lepak jap pastu  makcik aku nak g ambik lengkuas pulak kat depan umah tu. Lengkuas nak letak dalam rendang. Sebab hubby dia dah tolong, so aku tolong tengok je la. Dalam pada tengok tengok tu baru aku teringat nak jenguk mini kebun aku. Peergh.. Agak lama gak aku tak menjenguk kebun mini ni sejak 16September. Nasib la menjadi jugak.

So, dengan semangat berkobar kobar aku pun *dengan bantuan makcik aku ler* start la beroperasi mengalihkan anak anak pokok lada tu. Keje aku mencangkul je la. Hehehe. Sambil sambil tu aku ambik tunas serai wangi tu dan prepare la nak tanam balik serai wangi tu. Dulu punya la merimbun serai wangi ngan pandan tu. La ni dah cekeding jek. So aku nak jarakkan, tanam la balik kan.

Dah settle suma nya pakcik aku pulak tolong buatkan pagar kat keliling pokok lada tu. Takut nanti ayam buat padang permainan lak dalam tu kan. Sementara pakcik buat pagar tu, aku g ambik kelapa pandan .Banyaak woo.. Memang best. Lagi pulak tengah panas camtu kan. Masyuuukkk. Hehehehehe. Dalam kol 12 sumanya settle. Turun lagi berat 3 kilo. Hahahahaha.
Dah letih tu rehat jap dan g la membersihkan diri pulak. Untuk makan tengari menu memang mabeles. Ikan Keli Masak Lemak Cili Api campur terung bembang. Lagii masyuukk. Pedas lagi la aku layan kan. Tapi terung tu aku tak makan la. Tak kene selera. Hehehe. Tapi, lepas je kemas kemas lepas makan tu terus beroperasi lain pulak. Kali ni operasi mencari bangkai tikus. Makin kuat la baunya kat dapur tu. So carik punya carik punya carik, rupanya kat drawer almari dapur. Nasib la almari tu portable jugak, so hangkut almari tu keluar dan lepas tu paham paham sendiri la yer. Bankai tikus tu woo., Ngan ulat gedik22nye.. EEwww.. Ni kali kedua bulan ni aku settlekan bangkai tikus kat umah ni. Hari tu kat rak TV, ni kat almari dapur pulak. Sabar je la.

Dah kepenatan berpeluh seharian, lepas operasi terakhir tu aku merehatkan diri je kat dalam bilik. Tak lama lepas tu aku pun operasi tidur petang. Hahaha. Kol 6 baru tersedar. Adeeh. Letih wo.. Sampai la ni terasa lagi sengal tapak tangan. Bukan sebab mencangkul. Sebab mengupas kelapa pandan tu. Ada dalam 8 biji kot. 



PS: Dah macam trademark aku lak kan entry pepanjang nih..  hahahha..Sorry la kalo korang letih baca..

Catatan Ringkas

---