Friday, December 31, 2010

Tak Tau Nak Kata Apa Dah

Salam 31 Dec 2010 ols. Weee. Dah tiba kita di hari terakhir tahun 2010 yer. Dah tanam azam baru belom? Hmm.. Ape je nak cerita kat korang ni yer? Aku jadi blur la nak update ape. Banyak nak tulis, tapi sebab dah banyak tu trus jem kepala otak den. Hahahaha

First of all, selamat bercuti la yer. Hohoh. Public holiday woo. Sempena kemenangan team Harimau Malaya di Piala Suzuki kan. So, congratulations. Buka blog sana sini bersepah update pasal kemenangan ni. Aku je lambat cerita kan. Bese la, slalu tertinggal tren kan. 

Pape pun aku nak wish korang very very the happy New Year 2011. Antara tarikh tarikh cantik tahun ni ialah 01.01.11, 11.01.11, 09.10.11, 11.11.11.  Ape lagi ek tarikh cantik.? 6.6.11 cantik tak?? Hohohoho




Ok ler. Otak dah jem nih. Ingat nak kene tido lu kot. Mana la tau ada mimpi datang nak buat entry baeeeeeeek punya kan. 

Eh jap. Korang sambut new year besenya buat ape eh? Or celebrate ngan sape? Kat mana? Huh, banyak la tanya aku nih. Apa apa je la. Janji jangan buat perkara perkara yang melanggar hukum agama dan sewaktu dengannya. 

Ok la. Nak tido la. Esok nak bangun awal sebab ada duty tak berbayar kene buat. Hohoho. Good mornight ols. 




Wednesday, December 29, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 2

Salam ols. Jumpa lagi kita. Hehehe. Ape cer je korang hari ni? Tinggal lagi beberapa hari je lagi kita nak ke tahun baru 2011 kan. Dah ada nak tanam azam baru ke. Mana azam yang tak kesampaian tu, bawak bawak la ke tahun depan eh. Kot leh tercapai kan. Insyaallah. 

Ok, seperti yang telah dijanjikan, ni sambungan tips yang lepas. Sapa yang dah terlepas Tips 1 hingga 5 leh terjah kat SINI.. BTW, Good Luck eh. 

Klik Jom Terbang tu.



Tuesday, December 28, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 1

Salam ols jumpa lagi. Hari ni aku nak share ngan korang tips kesihatan sket. Bukan abang darkbatman aje yang tau pasla kesihatan ni taw.. Kehkehkeh..  Gurau je Aie. Pinjam nama jap eh.

Ok la. Ni tips langsing ada 3 bahagian yang akan disiarkan secara berperingkat. Total tips ada 26. Jangan lupa baca dengan bersungguh sungguh yer demi untuk mendapatkan hasil yang maksimum.. Hehehehehe

BTW, thanks to member group Taman2 Syurga. Ihsan emel dari group ni yer. Klik Tebang Lagi untuk kisah selanjutnya....


Rahsia Hati

Salam ols. Ape cer hari ni? Ada baik ka? Amacam hujung minggu korang? Hohohoho..:). Dah hari Selasa baru nak tanya kan. Ape punya tuuur la..Hehehehe.. Walaupun agak lewat nak update sal weekend aku aku tetap update jugak.. Ngeeeee

Pantai Blue Lagoon..


Kisah hujung minggu aku bermula seawal pagi kol 8. Perghh..Giler ah. Awal tu. Macam g keje la pulak. Hehehe. Tapi PD punya pasal, aku relakan jua. Kalau entry lepas kata nak meronda ronda kan. Memang hakikatnya aku meronda la. Tapi orang kata menyelam sambil minum air. Wooiit. Bukan aku g menyelam taw kat PD tu. Kot la kan ada yang tak paham peribahasa. Maksudnya buat double kerja dalam satu masa la ( Aku kantoi bab bab menterjemah ni.. Hehehehe)

Nak tau lagi?? Klik butang jom terbang lagi.



Friday, December 24, 2010

Esok Cuti..Yeaaay!!

Salam Jumaat ols. Di pagi yang indah dan meriah ni (meriah la sangat kan) aku nak wish Selamat Hari Jumaat. Hahahaha. Well, nape lak aku tetiba eksaited esok coti? Kalau ikutkan memang setiap Sabtu aku coti pun kan. Cumanya minggu ni ada lain sket bukan sebab esok Hari Ho Ho Ho..Tapi sebab esok tak payah datang keje. Hahahahahaha




Wednesday, December 22, 2010

[Tag] Q&A

Salam malam ols. Pe cer hari ni? Hari ni takda cer sangat nak storymori. Hehehe.. Tapi tetap nak update sebab semalam dah coti berupdate kan.. Ada idea nak update masa tengah berblogwalking, singgah kat blog Brader Qamarguyz n tengok ada pulak tag cam menarik. Tanpa berlengah, aku pun mintak hizin la nak tag diri sendiri ..hahahahahah Tak malu kan..kehkehekh.. 

Instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly

Name : 
RerameUngu, Rerame, Ungu


Tuesday, December 21, 2010

Link Between Man & God

Salam ols. Jumpa lagi di hari Selasa nih..Ape cer? hehehe.. Ni aku ada nak share dengan korang di hari Selasa yang indah ni.. Sedang aku belek belek emel tadi, ada lak jumpa satu emel ni yang menarik perhatian aku. Tajuknya "Worth Reading...Link Between Man & GOD"

The conversation you might read below aku copy directly from the email. So, enjoy reading. :)
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Don't miss even a single word.... It's Too good

Monday, December 20, 2010

Monday Blues Yang Tak Blues

Salam Isnin ols. Pe cer hari ni? Ada sehat ka? Kalau tak sihat tu cepat cepat g jumpa doktor la eh. But, jangan pulak ada yang pura pura sakit sebab malas nak datang keje. Tak baek wooo. Almaklumlah, hujung tahun dah kan. So mood tu mungkin ada yang terkurang daripada biasa la kan. Lagi lagi pulak time time cuti sekolah ni. Dalam kepala nak bercuti je. Aku pun. Tapi tengah carik tarikh dan hari yang sesuai nak bercuti ni. Cuti sekejap pun jadi la kan. Hehehehe

Ok la. Bagi yang Monday Blues hari ni tu, sila jangan. Ni ada few quotes yang boleh direnung renungkan...Ngeeehehehehe.

"Move out of your comfort zone. You can only grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable when you try something new - Brian Tracy"
"Some people see things as they are and ask why. Others dream things that never were and ask why not - George Bernard Shaw "
 "To be blind is bad, but worse is to have eyes and not see - Helen Keller"

Ni ada lagi bagi menjamu mata korang...

Thursday, December 16, 2010

Design Baru

Salam ols. Pe cer? Lama tak update belog sayang so~so~ nih. Heheh. Hari ni agak free sket, so sesaje la nak ubah penampilan rupa blog aku nih. Cam dah boring pulak tengok yang lama tu. Hehehehehe.. 

So ni la rupa baru blog aku. Apa pandangan korang?? Komen komen la eh.. Thanks in advance..

BTW, yang lama ropenye macam ni...:)





Ok.. Selamat makan tengahari yer :)

Monday, December 13, 2010

Pemanasan Enjin Yang Betul

Salam ols. Selamat Hari Isnin. Ape cer di pertengahan bulan December nih? Dah agak lama aku tak update belog dengan cerita yang panjang kan. Hehehe. Lately masa tak berapa nak mengizinkan ditambah mood nak menaip panjang panjang tu tak mai lagi. So selesa dengan update by phone je. Walaupun agak kelam kabut sket kan pengisian tu. Hahahaha.

Ok, dikesempatan yang ada ni aku nak la berceloteh pepanjang sket. Hehehe. Pemanasan enjin yang betul? Saja je pilih tajuk tu bukan nak bagi korang cara cara memanaskan enjin kereta atau motor korang yer.Baca la nak tau lanjut.



Saturday, December 11, 2010

Plan Yang Tak Menjadi


Plan Yang Tak Menjadi
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam Sabtu ols. Pe cer hari ni? BTW, selamat berhujung minggu la eh.. Harini aku kerja tapi dengan terpaksa. Actually harini ada pre launch event kat ofis ni. Rumah double storey terrace. Sapa yang tengah mencari cari rumah yang sesuai, moh la datang ke Kota Seriemas, Nilai ni. Kot la kan ada yang terbekenan. Hmm, dalam sibuk menyibukkan diri ni ternampak lak sorang customer bawak baby girl. Otometik teringat kat arwah baby Dina. Tetiba rasa cam habuk masok mata (colek kata2 mario). Tapi cepat cepat la cover. Kang heran lak diorang ni kan. Hahah.. Kalau ikutkan hati aku memang cam malas je nak datang hari ni sebab ingat nak rehat puas puas. N mood kerja tu tak datang lagi. Tapi sebab dah trima arahan, datang je la kan.. Ni pun tengah tolong tolong mana yang patut. Boring bila buat kerja yang x sepenuh hati..

Thursday, December 09, 2010

Duduk Renggang Renggang


Duduk Renggang Renggang
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam ols.. Ape cer hari ni? Dah 5 hari aku cuti n ni baru masuk kerja balik. Dan belom apa apa dah kene suruh g HQ awal pagi. Sabar je la.. So ni masih menunggu arahan seterusnya.. Hehehe. Belom dapat nak get the groove balik. 
Hmm, dah dua hari baby xda.. Kadang kadang teringat kat dia. Teringat gelagat dia n kekadang cam terngiang ngiang je suara dia kat telinga ni. Tapi aku xnak terlalu layan perasaan sangat. Kang terbawak bawak susah plak. Kita yang hidup ni perlu teruskan kehidupan kan.. 
Ok,ni gambar masa malam terakhir kami berkampung di depan ward PICU tu. Dua orang sepupu aku tengah makan beradab. Hahah.. Apa apa je lah.

Tuesday, December 07, 2010

Baby Irdina Meninggal Dunia

Salam ols.. Salam Awal Muharram 1432H.. Hari baru dan permulaan kita di tahun baru Islam.. 
Di awal pagi tadi (7 Dec), kami telah dikejutkan dengan berita pemergian baby. Setelah bertarung nyawa dan pelbagai usaha juga sudah dilakukan untuk menyelamatkn baby. Tapi ternyata Allah lebih sayangkan baby. Jenazah baby telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam di sini sebelum Zohor tadi.. Kehilangan baby memang cukup besar impak dengan kami semua. Apatah lagi kami baru saja kehilangan atok lebih kurang dua bulan lepas.. Memang cukup terasa baby dah takda. Air mata ni cukup mudah mengalir bila terkenangkan baby. Baby yang sering menarik perhatian kami semua dari yang kecil sampaila yang besar. Tapi kali ni merupakan perhatian yang berlainan sebab ini kali terakhir kami menatap muka baby.. Sebak, sedih semua ada. Tapi aku redha kalau itu yang terbaik untuk baby. Allah lebih sayangkan dia kan. Al-fatihah. (Gambar terakhir baby di PICU yang sempat aku snap)

Monday, December 06, 2010

Si Rambut Pacak di HUKM


Si Rambut Pacak di HUKM
Originally uploaded by Rama2Ungu
Salam tengah malam ols.. Kala aku menulis ni aku berada kat HUKM. Menanti. Menanti dan terus menanti perkembangan baby Dina. Jam 10 lebih tadi aku terima SMS dari makcik bagitau baby kritikal di HUKM. Aku tak dapat nak tafsirkan apa perasaan aku masa baca SMS tu.. Bercampur baur antara marah, geram, tekejut n kosong lepas tu.. Jangan tanya kenapa dua perasaan awal tu ada.. Sekarang ni kalau ikut kata doktor harapan dia tipis.. 2 kali pernafasan dia xda dan 2 kali jugak CPR dilakukan. Now we just wait, pray n hope for miracle.. Yang hanya membantu baby bernafas dan bertahan skarang hanya mesin bantuan pernafasan.. Guys, tolong doakan baby yer.. Aku belom berkesempatan lagi nak masuk tengok baby. At this hour, they normally wont allow visitors. But since this is different case they make an exception. I definitely will see her. Plus when the docs said call the other relatives to come.. Hmm. Whatever it is, Ill stay positive as i possibly can.. Im on EL for sure tomorrow. [Live Update]

Wednesday, December 01, 2010

Selamat Bulan Baru, Bulan Terakhir Tahun

Salam 1 December ols. Wow! Dah December dah ooo..Lagi 30 hari je lagi nak ke tahun baru. Weeeeee.... Secara rasminya in iadalah first entry untuk bulan DECEMBER. Kehkehkeh. (Dah terang nyata lagi bersuluh ye dak)

Ok la. Ni saja nak share info 1 December ngan korang. Apa yang terjadi pada 1 December ni.

  • Ni baru aku tau pagi tadi la. Minyak RON 97 dinaikkan harga sebanyak 15sen daripada sebelum nih. [Kosmo Online]. Heh. Aku gune Ron 95 jek...Hehehehehe
  • Event anjuran Ministry of Tourism. (Basically throughout December punya event la) - [LINK]
  • World AIDS Day - [LINK]
  • Diskaun Saman Trafik [LINK]. Korang leh cek la kot ada saman kat Myeg or kat RILEK
  • Beratur 12 Jam untuk BB Torch RM8 (Sumber Kosmo) - Perghh.. Giler ah. Aku tak berapa nak minat BB ni. So aku tak heran la kan.

Ni cakap pasal cek saman ni kan,memang tensen je aku rasa. Adeehai. Aku terai nak cek saman dari kol 9 pagi tadi sampai la ni kol seblas tak jugak aku selesai cek saman. Hahahahahaha. Ni je la window yang keluar bila aku request checking n register.



Ramai giler la ni yang nak cek saman Sebab tu la punya la seksa menunggu.  Sempat dapat sesekali page tu ada something new la. Kena register lu sebelum leh cek saman. Kalo dulu masuk leh je terus cek saman tak payah nak register register bagai. Skang ni masuk kene register lu baru leh cek. Haiiyaaa. Manyak leceh la nak register register nih. Nak cek je pun.Tak padan la ngan nama RILEK tu (Walaupun RILEK tu just an acronym for 'Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan').

So aku register la jugak. Bukan apa aku cek. Semenjak keje kat sini aku selalu travel between offices. Risau la jugak sebab kekadang ada gak ter'speeding' (tipuuuu. Takdanya ter ter tu...Heheh). Tu yang nak cek. Kalo ada, kene la paksa rela bayarkan. Dari menyusahkan di masa hadapan. Especially masa nak renew insurance n road tax.

Ok la ols. Nak sambung kerja. Kang lagi lama aku kat sini lagi aku bertambah leka la. Tak sempat lak siap kerja ni kan. Hari ni kalau boleh nak balik on time. The latest by 6 pm mesti kluar dari ofis. 


PS: Tak sabar nak tunggu hujung tahun. Bercoti2..
PSS: Tahun baru Islam pada 7 December bersamaan 1 Muharam 1432H.

[Hit Counter] Perghargaan ke-2

Salam Ahad geng. Ape cerrr?? Ada sihat hari ni? Pe lak plan korang hari ni? Hohoh.. Soalan sungguh skema. Hahahaha

Ok la. Malas la nak intro berjela jela. SO dipendekkan cerita aku nak bagi penghargaan lagi ni kat korang pembaca dan pengunjung setia aku (Ada ke ??).

Macam Penghargaan Pertama September lepas, Kak Ngah telah mengotaikan diri dengan dapat hadiah tu. Kali ni sapa pulak yer? 

So, syarat penyertaan??? Sapa kata takda ada... Moh la terbang lagi ngan aku.


Catatan Ringkas

---