Friday, July 09, 2010

"Lensa Buruk, The Contest"

Salam Jumaat ols..Sedang membelek belek blog tadi baru teringat pasal satu Tag contest dari Kak Mimie.. Disebabkan hari ni agak free, maka dengan itu aku dengan semangatnya nak buat tag contest tu.. Korang tegok tajuk entry aku pun dah tau ape contest kan..So jom terjah la..



Memang tak sah la kan kalo join contest takda syarat2 nya..So ini la dia Syarat2 Penyertaan Contest ni..

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan "Lensa Buruk, The Contest " :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur. (ok)

2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda. (ada)

3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan. (dah)

4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com. (okeh)

5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait. (Okeh)

6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P (okeh)

7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali. (okeh)

8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut:

Tajuk foto : Sunset at Tasik Putrajaya
Model Telefon Bimbit : Nokia5800XP, 3.2MP 
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk sebab blog ni sungguh sempoi dan mengandungi info menarik mengenai camera dan juga art..


-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-

9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri contest ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas. (okeh)

10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :) 


Hadiah bagi Pemenang bertuah : RM30. 00 akan di bank in kan trus ke akaun anda. :)


Dan terimalah gambar yang dipertaruhkan...





So end the contest:)
Sila buat yer kawan2 yang dah kena tag tu..Kalau tak keberatan la..:)

Catatan Ringkas

---