Salam Sabtu ols..Sihat hari ni? Ape plan hujung minggu? Harini ada Gathering Geng Blogger kat Putrajaya kan. Ada yang pegi ke? Aku tak la.. Kan keje ni.. Selain tu kat Putrajaya ada Pesta Flora mula hari ni tak silap sampai Ahad minggu depan. G la cuci mata tengok bunga kat sana ek..Hehehe
Hmm..Tengah godek-godek FB tadi ada lak nampak satu group group Persekutuan Pengakap Malaysia (Cawangan Sarawak) - Daerah Petra Jaya. Adik aku tag gambar kat aku. Teringat balik kenangan masa skolah dulu. FYI, aku merupakan ahli Pengakap. Aku start join Pengakap masa form 1. Mula mula tu join sekadar nak penuhkan Ko-ko je..Tapi bila lama lama terus terpaut hati plak.
Banyak benda aku belajar dengan join Pengakap ni. Macam mana nak
kawat dengan betul, pasang khemah, and yang paling best blaja pasal woods survival. Kot kot la tersesat dalam hutan, macam mana nak survive. Macam-macam perkara ada. Macam mana na k tinggalkan jejak dari simbol batu dan kayu, apa yang boleh dan tak boleh dibuat masa dalam hutan dan macam macam.Undang-Undang Pengakap yang wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap ahli Pengakap. |
Setakat aku join Pengakap ni, antara aktiviti aku penah join of coz la camping kan. So far ada la dekat 10 camping aku join. Selain tu aktiviti hiking. Penah jalan dari skolah (SMK Lundu) sampai la Pantai Siar, Lundu, Sarawak. Tak ingat plak berapa kilometer exactly. Maybe ada lebih 10km kot. Bleh tercabut kaki. Tapi pengalaman tu tak bleh lupa la. Aktiviti Kayak pun penah buat. Aku start minat ngan kayak ni dah lama tapi baru berkesempatan masa aku join camping masa kat poli dulu. Panjat gunung pun ada. Paling tinggi Gunung Santubong, Kuching dan tak berapa nak tinggi Gunung Serapi, Matang, Sarawak.
Gunung Serapi Tahun 2005.. |
Ni la tempat latihan/tapak perkhemahan kat belakang sekolah (SMTS) |
Banyak lagi gambar masa camping2 dulu..Nak kena korek blik. Papepun, aku dah stop berpengakap semenjak aku habis study. Bukan stop terus. Tak selari pulak ngan moto scout 'Once a Scout, Always A Scout'..Cuma diberhentiknan sementara kot. Kalau aku nk berpengakap balik, aku nak join balik team scout aku kat SMTS dulu..:)
Hmm..Rindu ngan geng geng scout aku. Aku dah tercampak kat semenanjung ni memang agak sukar la nak menerjah ke Sarawak nun kan. Masa tak sampai lagi nak berjumpa kembali..Hehehe..Insyaallah one fine day we will.. Hopefully..
Okeh la..Asyik bercerita pasal scout aku je pulak kan. Neway, pe plan hujung minggu? Aku harini lepak2 tengok wayang je la kat Seremban ni. Ngan my sis tu la. Nak terjah citer Zoo la. Tapi kalo buleh nak balik awal sket la. Nak tengok siaran ulangan NCIS: Season 6 ok kat FOX Channel malam ni. Hehehe..Dah addict ngan Fox Channel lak aku skang ni. Banyak citer best ooohh..
Ok la..Sambung buat keje lu ni. Sesambil tu aku BW la..Happy weekend yer:)