Wednesday, July 21, 2010

BLESS : Bussiness Licensing Electronic Support System

Salam ols..Entry kali ni sekadar perkongsian ilmu la. Kan dua hari lepas aku ada bagitau aku attend satu taklimat BLESS. So ni nak story kat korang la amende BLESS tu sebenarnya.

BLESS merupakan satu portal permohonan lesen secara elektronic. Tengok tajuk entry aku memang dah menyatakan BLESS dalam bahasa panjangnya ape kan. Fasa pertama portal ni dah dilancarkan di Lembah Klang pada 2008 dan sekarang  bakal diperluaskan ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia mengikut sehingga October ini.




Laporan Bank Dunia pada 2007 menunjukkan Malaysia berada di tangga 137 daripada 175 bagi kriteria Berurusan Dengan Lesen. Bayangkan la manual sekarang berapa banyak saluran yang perlu dialakukan/dihadapi untuk mendapatkan satu lesen. Sometimes untuk apply satu lesen, kita perlu berjalan ke hampir semua jabatan yang ada. Aktiviti tolak menolak macam biasa kan.

Our rank..Ni oleh BLESS team slide handout.
Rank by phase

By Country (Asia)
Tapi, dengan adanya sistem ni ia akan memudahkan para peniaga/pelabur/syarikat untuk memohon/memperbaharuai lesen perniagaan dan lesen - lesen yang berkaitan perniagaan yang mereka jalankan. Portal ni ibarat One Stop Centre untuk semua jabatan - jabatan kerajaan dan agensi swasta di mana semua permohonan akan di'route' kan automatically ke jabatan/agensi berkenaan. Bayaran pun boleh dibuat secara online dengan credit card or FBX.

Aku dah rasa kepayahan dalam permohonan lesen ni so memang penting jugak la adanya kemudahan permohonan/pembaharuan lesen ni secara online. Disamping dapat menjimatkan masa, kos pengangkutan dan  sebagainya jugak dapat dikurangkan.


Aku baru usha usha portal ni and belum betul betul faham la. Hopefully once dah guna nanti boleh la lebih faham kan..

Sharing is Caring..:) 


Catatan Ringkas

---