Salam Selasa ols..Apa khabar hari ni? Maaf la tak dapat sangat layan terjahan korang hari ni. Banyak keje kat ofis tadi. Alhamdulillah settle untuk hari ni. Esok ada lagi. Tapi takpa..Tu cerita esok la. Hari ni punya cerita pasal rambut.. Haaa..Rambut bukan sebarang rambut tau..Rambut yang bleh di makan...Tau ape? Ni ha dia rambut tu..
Yaaa..Rambutan. Kat umah uwan aku nih ada 3 batang pokok rambutan dan tiga tiga tu lain lain jenis. Ada yang spesis tak da biji, spesis lekang dan spesis tak lekang ( aku main tibai je namanya sebab tak tau nak bagitau macam mana lagi kan..).
Tetiba lak balik kerja tadi teringin nak makan rambutan, ape lagi. Masuk bilik letak beg and simpan kunci kereta serta tukar outfit, terus terjah ke pokok berdekatan. Punya la syok memetik (betul ke penggunaan bahasa tu) tetiba jari kelingking rasa pedih. Macam kene inject. Ake kene sengat! Ngan tebuan kecik tu. Pediih woo.. Cepat cepat keluarkan air sengat tu and kebetulan nampak lak mancis tepi balkoni depan tu. Pe lagi. Ambik mata mancis tu punya belerang dan kasi gosok kat tempat kene tu. Pastu uwan suh letak minyak kapak. Pedih kejap pastu ok dah. And skarang ni tak rasa pape dah.
Walaupun dah ambik rambutan tu, bukan aku makan pun lagi. Buka tadi dah makan nasi lauk udang sambal. Hehe..Terus lak lupa rambutan tu. Takpa. Jap lagi aku hadapkan okeh.. Bukan setakat rambutan je ada kat umah uwan aku nih. Cempedak, manggis, rambutan hutan tu pun ada. Layan je la gambar yang sempat aku ambik ni tadi..
Rambutan atas pokok.. |
Cempedak yang bergayut gayut |
Rambutan Hutan.. Ada yang dah masak pun. Sedap jugak rasa dia.. |
Hehe..kalau dulu lagi banyak. Semenjak atok dah sakit ni tak berjaga sangat kebun mini nih.. Nak harap aku kalo stakat sapu daun tu buleh la kan. Hehehehe
Ok la.. Nak p layan rambutan jap..Nak meh datang umah. Leh tolong aku panjat ambik rambutan atas pokok yang tinggi tu..heehe