Monday, July 12, 2010

Zoo & Kenny Roger's Roasters

Salam Isnin. Baru berkesempatan nak mengupdate belog harini. Apa khabar? Sihat? Ape cer weekend? Line tenet slow so menggagalkan usaha nak usha gambar Gathering Geng Blogger Sabtu lepas. Jap lagi la. Ramai ke yang pegi? Aku kompom tak pegi la kan..


Ok, cakap pasal aktiviti weekend tengok tajuk pun dah tau la kan aku buat apa.. G tengok wayang citer Zoo. Tengok treler cam best je. Dah tengok takda la best mana pon. Macam kosong je pengisian nya. Panggung pun tak gamat ngan gelak ketawa.. Nanti nak usha citer ni lak..Knight and Day. Hehehe. 


Tengok wayang tu dalam kol 8.00 malam. Aku dah terpacak kat Jusco tu kol 3 ptg. So lepas je beli tiket konon nak g lunch kat Kenny Rogers, skali maaaak aihh.. Punya la ramai makhluk sedang makan kat sana.. Tunda plan ajak akak aku g K4 lu. Ada barang nak carik kat sana and sesaja nak jalan isi masa terluang kan. 

Jalan punya jalan punya jalan dalam K4 tu tak perasaan kat luar dah hujan lebat. Gelapnya macam kol 7 malam. Padahal jam baru kol 5. So, dah setel bli barang kat K4, terus la menerjah balik ke Jusco S2. Memandangkan belom lunch lagi so g la tengok keadaan kat Kenny Rogers. Hehehe..Clear..Ape lagi masuk la..

Aku try promo baru diorang tu. Ni la dia..Amacam?

Pilhan aku..Smoked BBQ chicke..
Pilihan My sis..Black Pepper Chicken

Muffin : Banana & Chocolate
 
Ntah hape nama air eh. Main tibai je..
Selesai makan, g jalan tengok pameran buku kat ruang legar Jusco. Sempat gak g singgah kiosk jual rumah kat ruang legar tu. Sekarang ni tengah nak usha rumah for my parents. Cukup masa masuk panggung..Kluar je panggung dah kol 9 lebih. Donut Big Apple pun dah takdak. Habis licin. So, terus je la menuju ke kereta dan tetiba lak datang idea gila my sis tu nak makan mee goreng mamak lak. Padahal baru je lagi makan. So sudahnya carik la kedai mamak terdekat dan ape lagi, 2nd round la kan. Aku mintak la nasi kandar. Lama beb tak makan. Hehehe...

Ahadnya macam bese la melepak kat umah je. Buat apa yang patut.


PS: Lalalalala...

Catatan Ringkas

---