Friday, December 24, 2010

Esok Cuti..Yeaaay!!

Salam Jumaat ols. Di pagi yang indah dan meriah ni (meriah la sangat kan) aku nak wish Selamat Hari Jumaat. Hahahaha. Well, nape lak aku tetiba eksaited esok coti? Kalau ikutkan memang setiap Sabtu aku coti pun kan. Cumanya minggu ni ada lain sket bukan sebab esok Hari Ho Ho Ho..Tapi sebab esok tak payah datang keje. Hahahahahaha





Yela. Selama dua minggu berturut turut aku keje hari Sabtu kan. Bukan la kisah sangat pun kene kerja tu. Tapi tak rugi apa pun aku keje. Hehehehe. Untung lagi ada. Ok, sambung citer.

Cuma rasa eksaited esok leh la bangun lewat sket daripada biasa. Hahahahaha. Lama tak buat keje camtu kan. Alaaah, bukan nak lewat mana pon. Koman koman kol 8 ke. Rugi jugak kekadang nak bangun lewat sangat sebab nanti cam rugi je hari tu. Kalau bangun awal boleh la plan nak buat apa for the days..

Plan weekend aku minggu ni? Hmm. Esok aku ingat cam nak pegi ronda ronda kat PD je. Lama tak hirup udara pantai. Nak harap mandi pantai time time hujan ni tak la kot. Lagi pulak sehari dua ni memang hujan je kan. Aku dah la 'batu' (kantoi sudaah) Carik nahas maknanya kan. Hahahahaha









Itu plan 1. Plan 2 cam nak g tengok wayang. Lama je rasanya tak pegi pegi lagi. Cam ada je halangan (halangan terbesar ialah malas sebab sorang sorang.Kehkehkeh). 

Plan ke 3 pulak nak g coci mata kat soping mall. Tak kira la kat mana. Bukan nak habiskan duit. Nak cuci mata je. Lama jugak tak buat aktiviti mentawaf pasaraya cam dolu dolu nih.Hahahaha. Kot ada yang terbekenan, rembat je la. Kehkehkeh

Ok la ols. Last but not least plan aku ialah lepak dok umah tengok TV dari pagi sampai malam. Hahahahaha.. Paling jimat dan paling best. Takda kuar duit minyak, duit makan, duit minum, duit beli belah, duit itu ini lah. Kan? Boleh berehat sampai boring. Hahahaha.. Pastu bangun pagi Isnin nak g keje segar bugak je cam sayur sayur kat Cameron. Hahahahahahah


Well, dah habis dah aku nak celoteh hape nih. BTW, happy weekend dan selamat bercuti la. Mesti ada yang nak habiskan cuti tahunan tu kan. So, habiskan la. Ada lagi seminggu ni cukup la tu. Aku ada jugak sehari dua lagi cuti. Tapi bleh bring forwad sampai June tahun depan. So far pun takda urgency nak cuti. Kalau ada pun ambik replacement je la sebelum new year nanti. Hehehehe

Waaaah. Dah la tu. Panjang bebenau lak rasanya. Lenkali jumpa lagi la. Tata...


PS:  Happy weekend n holiday. Take care taw...





4 comments:

  1. Warlord keje la hari Ho Ho Ho tu...

    Takde OT plak tuh...replacement leave pun jadilah...

    ReplyDelete
  2. warlod: hohohoh..keje ke? siaaannn..takpe..nnt leh replace je kan..ngeeehehehe

    ReplyDelete
  3. aie xpenah sampai PD.. best ker sane?

    ReplyDelete
  4. Aie: best je..pantai banyak..pilih je nak pantai kat mana..hehehehe...hotel pun bersepah..

    ReplyDelete

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---