Salam ols. Selamat Hari Isnin. Ape cer di pertengahan bulan December nih? Dah agak lama aku tak update belog dengan cerita yang panjang kan. Hehehe. Lately masa tak berapa nak mengizinkan ditambah mood nak menaip panjang panjang tu tak mai lagi. So selesa dengan update by phone je. Walaupun agak kelam kabut sket kan pengisian tu. Hahahaha.
Ok, dikesempatan yang ada ni aku nak la berceloteh pepanjang sket. Hehehe. Pemanasan enjin yang betul? Saja je pilih tajuk tu bukan nak bagi korang cara cara memanaskan enjin kereta atau motor korang yer.Baca la nak tau lanjut.
Minggu lepas aku dah banyak cuti kan. Yerla, dengan cuti Sabtu Ahad. Dah dua hari tu rehat rehat kan. Isnin lak aku EL. Selasa memang cuti awal Muharam. Dah 4 hari cuti. Tambah pulak hari Rabu ambik EL lagi. So all together dah 5 hari direct cuti. Hohohoho.. So bila masuk kerja hari Khamis tu dah downnnnn je rasa. Di tambah pulak dengan pemergian Baby Dina kan. Lagi la terasa. Pape pun, kerja kene la jalankan jugak. So. awal awal pagi Khamis tu aku dah terpacak kat HQ. Sebab ada urgent work kena settlekan. Ikutkan aje la. Jumaat pulak datang kerja cam biasa. Ada la sorang exec ni perasan apesal aku tak ceria cam selalu. Hoho. Aku pun tak perasan sebenarnya aku tak ceria. Sebab aku buat kerja cam biasa la. Maybe aku kurang bercakap tu kot. Hohoho. Kebiasaannya aku memang jarang giler dapat balik on time Tapi untuk dua hari tu aku berjaya balik on time @5.30pm. Hahahahaha.. Aku sukeee.. Balik balik je terus g tengok kubur baby, atok n pak ndak.
La Saze Cafe |
Sabtu pulak aku kene kerja. Baru je ingat nak duduk rehat kat umah. Skali kene jugak datang. Dah arahan, so datang je la. Boleh claim OT. Hehehehehe. So, seharian la aku kat ofis. Ofis aku ada buat event. Pre- Lunching produk terbaru aka rumah. Walaupun aku tak terlibat, tapi sebab event ni dibuat kat base office aku, so turun jugak la tunjukkan support n tolong mana yang patut. Dalam keterpaksaan la konon. But in the end of the day, ok la jugak. Ada disediakan makan makan. Caterer : La Saze. Kedai dia dekat je ngan ofis aku ni. Kat lot kedai Mydin ni je. Jalan kaki pun sampai dalam 3 minit la. Makanan dia based on western dish. But signature dish ialah Mee Rebus Haji Sahak.But, masa lunching ni they all buat pastries and desert jek. Sumanya sedap sedap. Aku rasa mini pizza dia. Sedaaap. Fresh from the oven gitu taw. N aku terai choc mousse dia. Memang sedap. Maveles la. Aku ada jugak g makan sana sekali sekala kot teringin nak makan sth diff kan. Aku penah terai Soto Ayam and Spaghetti Rendang. Sedaaap ikut selera aku la eh. Heehe. event tu tamat dekat kol 6. Lega leh balik. Hehehe
Eh eh, tetiba leh cerita sal makan eh. Sekali sekala. Hikhikhik. Ahadnya pulak, pagi pagi lagi aku dah termimpikan arwah baby. Siap tersedu sedu nangis (dalam mimpi la eh). Terus tersedar n makcik aku masuk bilik nak kejut ajak g pasar minggu. Habis la masa dekat 2 jam mentawaf pasar tu. Kalo aku dah dengan makcik aku nih bukan reti sekejap. Kalau aku sorang memang setengah jam dah balik dah. Hahahaha. Balik dari pasar makan breakfast cum lunch. Dah alang alang aku beli nasi kerabu kan. Memang kenyang la.
Nasi Kerabu - Besenya lauk tambahan yang aku ambik ialah telur masin n daging salai. |
Lepas makan, terus pulak buat skit housekeeping. Heehehe. Lepas tu melepak la tengok TV citer BONES Season 5. Hehehe
Tak lama lepas lepak tu ada pulak masuk SMS dari bos suh datang ofis petang nanti. Ada last minute preparation pasal presentation meeting. Sabar je la den. Nak tak nak datang jugak la. Sebelum g ofis sempat la g makan kat umah pakcik aku. Dia ada buat makan makan sket sempena anak dia baru bersunat pagi Ahad tu. Jemput family jek. Hoho. Makan lagi. Menu ringkas je pun. Nasi putih + Ayam goreng + Kari Ayam + Kobis goreng + Kentang goreng+ Sambal Tumbuk. Hehehehehe. Makan aje la kejenye. Hohoho..
Balik dari ofis kol 7. Terus mandi solat and sewaktu dengannya sebelum melepak lagi depan TV layan Grey's Anatomy puleeeks.3 Back to Back show. hehehe. Suke suke suke..
Macam tu la hari hari minggu aku minggu nih. Alhamdulillah hari ni mood nak kerja tu dah ada balik. Hehehe. Tak boleh nak layan sangat perasaan tu. Hidup mesti diteruskan. Walaupun ada masa memang teringat jugak. Satu je caranya nak cool down kan. Aku suka tengok balik gambar gambar baby. Nasib la aku memang banyak koleksi gambar dia. Boleh jugak kurang rindu tu. Hehehehe..
Ok la ols. Nak buat keje dah ni. Nanti jumpe lagi..
PS: Gambar semuanya ihsan Pak Gel.