Tuesday, December 28, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 1

Salam ols jumpa lagi. Hari ni aku nak share ngan korang tips kesihatan sket. Bukan abang darkbatman aje yang tau pasla kesihatan ni taw.. Kehkehkeh..  Gurau je Aie. Pinjam nama jap eh.

Ok la. Ni tips langsing ada 3 bahagian yang akan disiarkan secara berperingkat. Total tips ada 26. Jangan lupa baca dengan bersungguh sungguh yer demi untuk mendapatkan hasil yang maksimum.. Hehehehehe

BTW, thanks to member group Taman2 Syurga. Ihsan emel dari group ni yer. Klik Tebang Lagi untuk kisah selanjutnya....




Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?

Berikut disenaraikan tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.

Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.

Tips # 1 – Jangan berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

Nota RE:  Jangan ingat berlapar boleh tolong slimkan badan yer..Salah tu.


Tips # 2 – Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

Nota RE: Tak penah cuba lak ni. Hehehehe. Plus i dont really drink coffees. Heheheh


Tips # 3 – Minum 8 gelas air sehari

Air mampu mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam badan. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang banyak.

Nota RE: Aku memang minum lebih setiap hariii.. Hehehehehe


Tips # 4 – Elakkan minum minuman bergas

Minuman berkabonat atau bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Nota RE: Btol!! So, elakkan minuman bergas. Aku pun tak minum sangat gas gas punya air nih. Tak reti n tak suka ...


Tips # 5 – Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam yang berlebihan akan menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air di dalam badan.

Nota RE: Kurangkan garam dalam makanan, jangan tambahkan garam dalam minuman pulak.. Hhehehehehehe


Selamat mencuba untuk bahagian 1. Sambungan akan menyusul. Nantikan.


PS: Auto post entry (Entry tips ni akan di auto post yer)

2 comments:

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---