Wednesday, December 29, 2010

Tips Tips Langsing Tanpa Ubat Ubatan - Bhgn 2

Salam ols. Jumpa lagi kita. Hehehe. Ape cer je korang hari ni? Tinggal lagi beberapa hari je lagi kita nak ke tahun baru 2011 kan. Dah ada nak tanam azam baru ke. Mana azam yang tak kesampaian tu, bawak bawak la ke tahun depan eh. Kot leh tercapai kan. Insyaallah. 

Ok, seperti yang telah dijanjikan, ni sambungan tips yang lepas. Sapa yang dah terlepas Tips 1 hingga 5 leh terjah kat SINI.. BTW, Good Luck eh. 

Klik Jom Terbang tu.





Tips # 6 – Ambil sarapan pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

Nota RE: Haaa. Ingat tu. Jangan tinggal breakfast. Bila breakfast dah tinggal, masa lunch kasi pulun habis habis kan. Bila masanya nak selimmm... Heheeheh

Tips # 7 – Makanlah perlahan-lahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh atau delojoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

Nota RE: Ya betuul. Makan laju laju nak g mana? Rilek rilek sudaahhh.. 

Tips # 8 – Kunyahlah makanan dengan sempurna

Kunyahlah makanan anda kepada cebisan yang lebih kecil sebelum anda menelannya kerana dengan cara ini, ia lebih mudah untuk dihadamkan. Elakkan makan bersulam air kerana ini akan membuatkan perut anda buncit.

Nota RE: Hoho.. Memang agak sukar perkara yang satu ni. Kalau ikut sunnah nabi kunyah 44 kali. Tapi belum 44 kali dah hilang makanan lam mulut. Ape cer?? Heehehehe. 

Tips # 9 – Makan lebih kerap

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

Nota RE: Yeeerr... Jangan pulak makan dengan kerap, kuantiti pun banyak pulak. Lupakan la niat nak selim kalo camtu kan. 

Tips # 10 – Kurangkan lemak/minyak

Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

Nota RE: Penting!

Tips # 11 – Elakkan makan makanan ringan/snek

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa pudina (mint) atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Nota RE: Hohohoho.. Standbykan gula gula berangin pun ok jugak kot..

Tips # 12 – Minuman masam

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang manis (kurang gula). Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32kilo kalori.

NB: Anda boleh cuba minum air masak (kosong) yang direndam dengan sepotong lemon. 2-3 gelas sehari mampu membuatkan badan anda langsing.

Nota RE: Yang ni memang amalkan pun. Kurang gula dari doluu lagi. heeheh


Tips # 13 – Lebihkan sajian buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral, serat (fibre) dan kandungan lemak yang rendah. Anda digalakkan mengambil hidangan buah-buahan sebelum makan dan bukan sebaliknya kerana buah-buahan mempunyai kandung air yang tinggi dan cepat mengenyangkan perut. Jadi, anda akan makan tengahari/malam dalam kuantiti yang kurang.

Nota RE: Hehee. Sapa kata buah sebagai pencuci mulut. Sepatutnya buah sebagai appetizer. Baru betuull..

Tips # 14 – Timbang berat badan

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

Nota RE: Hohoho. Lagi elok jangan simpan penimbang dalam bilik. 

Tips # 15 – Makanan berempah

Ambil makanan yang berempah. Sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

NB: Untuk mengempiskan perut yang boroi, cuba rebus 2 sudu jintan manis (atau daun pokok kaduk) dengan 2 cawan air, tinggalkan air rebusan sehingga lebih kurang secawan dan boleh diminum. Amalkan selalu, pasti anda tidak akan kecewa, insya Allah.

Nota RE: Betuulll.. Bab bab cili ni memang takde hal la.. Fevereet giler. Tak pedas tak sah. Tapi jangan lak over kan. 






Selamat mencuba geng.



PS: This is an auto entry post ek..

2 comments:

Thank you for your comment. Will reply it soon. TQ :D

Catatan Ringkas

---