Wednesday, March 31, 2010

My Look

Salam geng...Agak 2 hari gak tak update belog aku ni kan..
Bukan tak nak update la geng..Idea jek takde. 
Dan mood menulis malas pulak..
Macam mana nak buat tu..??
Nanti aku ada idea n mood aku update cecantik yer geng..

Hee..Mekasih la kepada semua yang sudi klik-klik tu..

Ok, tetiba dah ada mood nak menulis..Hahaha..*Sengal lak aku rasa*
Aku tengok logo MyLook tu terus ada idea nak menulis..
Aku rasa korang mesti dah tau pasal benda ni kan..
Nak tau lebih lanjut, ni tengok sini..Hee
Cara baru dapat duit tambah..Heee..

Aku dah join..Ok la so far..
Rules and regulation aku tak berapa nak pasti..
Tapi yang aku pasti free of charge je daftar.Heh



Tak salah mencuba kan..Leh gak la buat tambah-tambah..
Heeeee..

Ok,Tu je la aku nak update kali ni..
Kot nanti ada lagi, ada la..
Hohoh..
Have a good day guys..:)

Monday, March 29, 2010

Isnin Tetiba Headache...

Salam petang Isnin geng..Ape cer hari ni??
Sorry la geng tak menyempat nak menerjah belog korang macam biasa pagi-pagi..
Mana taknya, pepagi aku dah kene halau pergi attend site visit..
Kat Melaka plak tu..Haddeeehhhhh...
Nak tak nak kene gak la aku pergi..
Tak pergi kang kata lawan tauke kan..Hahahaha

Peeerrghh..Giler ngantuk aku time dengar briefing kat site tadi..
Berpuluh kali gak nguap..Nak kata mengantuk, lena je aku tidur malam tadi
Puncanya duduk kosong sambil pasang telinga..
Bayangkan punya banyak item  dalam list tu siap dia terang satu persatu..
Haaaaduuyai, bukannya aku dan ktorang lain tak paham.
Sebab masing-masing memang faham dan familiar ngan kerja-kerja tu..
Tapi aku sabar je la tadah telinga dan tahan mata..Hahaha
Sudahnya, hampir 2 jam jugak la tadah telinga dan celik mata..heeeee

Memang aku tak leh tahan la weyh duduk semata-mata tak buat ape..
Kurang-kurang kat ofis ni aku duduk sambil bt kerja lain kan..( walaupun kerja aku ngadap pc je kan..Hehe)
At least, ada gak gerak-gerak rayau-rayau ke pe..hehehe
Dan lepas habis je site briefing aku trus blah je..Cepat-cepat aku kluar dari sana..
Hahahah..

Tapi tak terus balik sebab kene g tengok site lagi kat Masjid Tanah..
Tu pun sebab aku g ngan supervisor site tu..Kene la singgah lu..
Lepas tot tet tot tet itu ini suma kol 2 aku blah blik office..
Sampai office dalam kol 3 lebih tadi..
Dan sini la aku depan PC setelkan urusan office plak..


Wokeyh la..nak tulis pepanjang pun tak guna..
Lagi lak tetiba kepala aku rasa berpusing-pusing ni.
Aku rasa meja aku ni condong weyh...
Ape kes?? Haddehh..
Ok, tata for now..gotta do something with my head now..


PS: Macam nak pitam lak weyh...



Saturday, March 27, 2010

Kesimpulannya....

Salam Sabtu geng..Selamat berhujung minggu ya..Hari ni macam biasa la half day kan..So, lepas habis keja ni balik la..Takde plan so far nak buat apa..Ada idea ke?? Hehehe..Rasany minggu ni nak rehat je..Mana taknya tiap minggu tak penah nak lekat kat umah..Hehehe



Kesimpulan untuk minggu ni setakat hari ini ::Minggu jiwa kacau:: hahahah..Mana taknya dengan hal ni maunya jiwa tak kacau..Mudah-mudahan tak berulang lagi la kes yang sama kat office aku ni..Jadi takut pulak aku nak tinggalkan office ni..Yerla..PC aku ada sini..Takut tetiba datang esok dah takde kan..Takkan aku nak bwk balik lak..Takde keje lah hai.. [>>]

Friday, March 26, 2010

Hilang Sudah...

Salam slamat petang geng..Sesaja nak update untuk petang ni..And nak update pasal kes kehilangan laptop office aku ni kan..

Pendek kata, laptop tu betul-betul hilang..HILANG!!! Dan setelah diamati, memang kena curi..Aku pun tak tau kenapa laptop yang aku simpan di tempat agak tersorok boleh hilang padahal aku punya CPU ni kecik comel lote je..Kalo dia masuk tang mana pun la, benda pertama dia nampak adalah CPU dan LCD aku nih..Apsal laptop yang tersorok jugak dia rembat..Tak faham..




Bila aku investigate keadaan bilik aku, bersih cantik dan kemas sepeti aku tinggalkan hari sebelumnya..Takda tanda-tanda pecah masuk..Cuma ada tingkap tak berkunci dan aku dapat trace kesan tapak kasut atas meja dekat tingkap tu..Hmmm...Apakah?? Dan aku rasa seperti benda tu dah di aim..Entah la.....

Report polis?? Aku tak buat..Sebab aku pada mulanya tak pasti samada benda tu betul-betul hilang ataupun ada orang nak bergurau ngan kitorang..*agak-agak la kot bergurau pun kan..*..Dan ternyata sehingga petang masih tak ketemu jugak,..Dan aku pulak dah blur jiwa kacau tak tau nak buat apa..Bila aku tanya person in charge sini apa patut buat, dia buat tak kisah je..Hmm..Dah dia orang bertanggungjawab kat sini pun taknak ambik apa-apa tindakan, takkan la aku sebagai kuli plak nak kecoh-kecoh..Tah paham la aku ngan diorang ni..Hissshh

Jangan esok-esok perkara ni jadi isu besar plak dan aku dipersalahkan, memang makan kasut la diorang nampaknya..Dan kalau dengan selamba badak diorang nak potong gaji aku, memang kene jugak diorang ngan aku nanti..

Ape-ape pun mintak-mintak la takda perkara buruk terjadi ngan gaji aku *hahahah*.. Kalau betul kerja orang dalam, dan kalau aku jumpa dalang nya tu memang teruk aku kerjakan..Memang bukan harta aku, tapi dah namanya bawah tanggungjawab aku hangin la aku beb..Dan dengan hilangnya laptop tu bertambah susah la aku nak buat kerja tender aku..Haddeehh...

Aku rasa macam banyak je benda tak kene ngan kes ni..Macam mana aku nak cakap aku pun dah tak reti..Tapi aku dapat rasa something fishy is going on..Banyak sangat kemungkinan yang aku menyatakan ini kerja orang dalam...Entah la..Apa-apa pun, kalau betul orang tu mencuri dengan niat tertentu dan khas smoga dapat balasan setimpal lah yer..


PS: Ape la ada dengan mencuri..Tak paham la aku..




Award Lagi!!



Salam petang Jumaat geng..Ape kabar hari ni? Dah Jumaat ek..Kejap sangat rasanya masa berlalu..Ok la..Bukan nak crita pasal cepat ke lambat masa tapi nk bagitau korang aku dapat lagi satu award..Perrghh..Ni Award ke-4 dalam tempoh 2 minggu nih..Caya la korang..Hahahah

Award kali ni telah dianugerahkan oleh Incik Perantau London..Heeeeee..Thanks bro..Dan macam biasa la mesti ada terma dan syarat kene ikut kan..So, layaaaaannn~~..


Syarat Pertama : Thanks & Link The Person That Give You Award ---Sudah--

Terima kasih kepada incik Perantau London ni sebab sudi tag award saya..Heee..


Syarat Ke-2 : Pass This Award to Another Person 

Haiiyyoo..Brapa ramai lak kene pass award ni?? Hmmm..Ikut suka aku la kan..

# Mr. Darkbatman  - kene bagi kali ni..kang dia majuk lak..hahahah
# Nina' - Jarang dapat tagkan/awardkan dia ni..
# ~Yus~ - Ni wajib la dalam senarai ..
# Bro Black - Ko kene buat gak ni Black..Aku tau ko baik kn..Hehehehe
# Eryn - Kaki makan punya orang..Heheh
# Yusenze - Rocker jiwang..heheheh
# Cik Elina - Terliuh seyh tgk header dia..Ada kek choc..Heeeee

# DAN SESAPE LAGI YANG SUDI NAK AMBIK AWARD NI..DIPERSILAKAN SESANGAT...


Syarat Ke-3 : Contact The Bloggers and Tell Them About This 

--Nanti den buek selow-selow yo--


Syarat Ke-4 : State 7 Things About Yourself 

Hohohoh...Apsal 7 je??Naper tak mintak 17 ke..Hehehehehe..Ni ha..

  1. I am a girl..(n_n)\/   -- kot-kot ada yang konpius kan --
  2. I am currently working but in mid of looking for new job..-- ada sesape leh rekemenkan aku ke??hihihih --
  3. I am the eldest in the family..
  4. I am brutal.. -- Senang cakap, kasar la..Tapi baik hati taw..caiiitt...:p --
  5. Im originally from Seremban..and currently stay there..
  6. Graduated in Dip in Electrical Engineering from Polytechnic of Kota Kinabalu, Sabah (2005/2008)
  7. I've stayed in Kuching for almost 9 years and K. Kinabalu for 2 1/2 years...

~~ THE END ~~



Thursday, March 25, 2010

HILANG!!

Salam ols..Uwaaaa...Aku tengah risau gila babun ni...
Seram sejuk dah aku rasa..Macam mana ni weyh..?? Huuhuhuhuh

Laptop office aku ilang ooiii...!! 
Pagi tadi sampai office tengok dah takde je.. Dah puas aku investigate kat bebudak lain kot ada yang meminjam..Suma kata takda...Haddeeehhh..

Sapa la ngambiknya ni..??? Buat apa la ngko nak curik weyhh..Runsing runsing runsing.....!!!!
Mati aku kene ngan bos aku ni kot..Terpaksa la tadah telinga dengar dia marah..Haddeeehhh...

Ni la model lappy yang dah hilang tu.....



Wednesday, March 24, 2010

Awards!!


Salam ols..Meet again..Cut it short, this award i received from Ms. Pink..Thanks dear..So lets check it out.....

Top Blogger 2010!!

Am I?? I also not so sure bout that..But I'm gladly wanna thanks her for giving me this award.* Cehh..Bajet menang Oscar plak..Hahahakhak*


Ok, basically this is what the regulations are: 

# Thank & link the person that gave you the award. 
# Pass this award onto 12 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic. 
# Contact said Blogs and let them know they’ve won the award. 
The 12 top bloggers are:
  1. Para
  2. Black
  3. Dex
  4. Uthe
  5. ~yus~
  6. Cik Ecah
  7. bom321
  8. seniaku
  9. Posh76
  10. Perantau London
  11. mummy chubby
  12. kitty
* Updated: Also being award from Mr. Chaon..Thanks..:)

PS: this is the 3rd time..:)

Tuesday, March 23, 2010

Tabiat ke Tebiat??

Salam semua..Jumpa lagi hari ni..Heheh..Ada sikit rajin nak mengupdate..Kali ni nak berbicara soal yang sedikit serius jugak la..Pasal tabiat manusia ni..Kalo korang ada tengok Nabil Raja Lawak 3 tu, dia penah bercakap pasal tabiat orang kita..Kalo tak hingat, pergi google ke buat ape yang patut untuk ingat balik..Hahahah.

Namun, dalam banyak-banyak tabiat yang Nabil cakap tu ada satu perkara aku nak kupas sikit..Pasal tabiat orang kita kala MEMANDU..Yaaa..memandu a.k.a. driving..[>>]

Peergghh...Best giler kot dapat drive ni..Hehahah..*Berangan jap*

Kalo sesape yang biasa duduk atas jalan tu, maksud aku driving tau la apa tabiat yang selalu pemandu-pemandu kat Malayasia ni buat kan..Macam aku sendiri memandu memang macam pelesit gak la..Selagi boleh nak laju kan..Tapi, laju pun kene beragak la..Jangan la laju ikut suka main tibai je tak kira jalan tak tengok kiri kanan kan..Lagipun laju-laju nak pergi mana..Kalo nak balik umah, umah tu takde lak kaki nak lari..Kalo kata nak g shopping, aku rasa shopping compleks tu pun takde kaki..Lainla korang duduk kat umah atas air..Kemungkinan rumah nak hanyut tu ada la sikit..Itupun kot korang tak tambat betul-betul.Hehehehe

Cerita Hujung Minggu

Salam hari Selasa semua. Hehehe..Time ni tengah takde keje. Lagipun time rehat tengahari kan. So aku nak isikan masa ni dengan update belog so~so~ aku ni la..Macam besa la mesti nak cerita pasal hujung minggu aku yang lalu kan..Tapi aku rasa macam dah basi je la citer aku nih...

Tak pedulik la..Nak gak tulis..Seringkas yang buleh la keyh..Hahaha

Heh..Macam biasa Sabtu hari aku kerja tapi half day. Maka sebaik habis kerja, aku plan g jenjalan meronda je la ngan akak aku..Dah tak tau nak buat apa..Lagipun kitorang ni memang cengginin kan..Kaki jalan..[>>]

Sunday, March 21, 2010

Tag di Hujung Minggu

Salam semua geng..Hee..Apa macam hujung minggu korang..?? Harap semua ok la yer..Ok, edisi hujung minggu nanti aku update yer..Skarang ni nak buat tag dari incik Zaiedan dulu..hee..Terima kasih incik sudi tag saya..Hehehe..Teruskan pembacaan korang yer..

Tapi sebelum tu ada cara-cara kene ikut la..

Cara-cara: Copy Tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda..

Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

Sila jawab dengan jujur..


[#1] Siapakah diri anda di rumah?
Jawapan: Saya seorang yang agak tegas dan serius..Sulung pulak tu..Hehehe


[#2] Siapakah diri anda disamping rakan?
Jawapan: Seorang kawan sejati mungking..Susah senang bersama gitu..Hohho

[#3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
Jawapan:
1. Memperoleh pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan..
2. Beli rumah sendiri
3. Berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri
4. Daki Gunung Kinabalu..Hehehe
5. Melancong pusing Malaysia dan dunia

[#4] Siapakah nama pasangan anda?
Jawapan: Hohoho...Masih solo ler...

[#5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Jawapan: Haiyooo...susah soalan ni..Hehehe

[#6] Bila tarikh anda couple?
Jawapan: Hoho..Lu fikirla sendiri..

[#7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Jawapan: Hahaha...Pernah kene tinggal tanpa sebarang pesan (yang lalu)..

[#8] Lagu tema cinta anda?
Jawapan: Hahaha...Lagi tak bleh blah..Takde

[#9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Jawapan: Haiyoo..Rujuk la soalan yang atas-atas tu..Hehehehhe

[#10] Tag 10 rakan ada yang lain
- Perlu ke?? Ok la..Sesape yang kene tag ni, takde paksaan k..Dan sesape lagi nak jawab pun ok je..
1. Black
2. Yusenze
3. Nina'
4. bom321
5. Alif 
6. Phoenix
7. ~yus~
8. Cik Ecah
9.
10. 


Hoho...Selamat menjawab pada yang kene tag..Dan yang tak kene kalo nak jawab silakan..:)


PS: Sedang layan TV ni..tengok The Medallion..Jackie Chan!! Hahah..

Saturday, March 20, 2010

Cerita Ceritu Contest ..

Salam semua..Hari ni ialah hari Sabtu..Di mana aku kerja separuh hari..*Sunggoh skema aku rasa..hahahah*..Sebab hari ni hari Sabtu so keje kat ofis ni takde la banyak..Sekadar hari santai mengupdate filing, mengatur kerja untuk hari Isnin..Heeee...So geng, takde plan best ke hujung minggu ni??? Pest buku kat PWTC tu dah habis ke hah?? Hoho

Ok, berbalik kepada tajuk entry di atas..Yaaa..Aku nak cerita sal contest yang aku join dianjurkan oleh En. Mrdzy..Heeee...Contest tu tajuknya aku raas korang dah tau kot..Heee...

Ada apa ngan kontest tu?? Korang leh cek sendiri ek..heeeeee. Sebenarnya senang je contest tu sebab jawapan suma bleh dapat kalau anda betul2 alert..Heee...Pasal aku nyer jawapan?? Hahaha..Kalau ingat2 balik aku gelak je sengsorang..Pasal ape?? Pasal careless and silly mistakes..Hakhakhak...Apape pun, aku seronok main teka-teka ni...Heeee  [>>]

Thursday, March 18, 2010

Guess Me Who Contest

Salam pagi semua..Entry kali ni nak buat pasal contest je..Pagi-pagi cek shoutmix tu ada lak invitation dari Incik Mrdzy..So dengan tidak menghampakan jemputan beliau, aku join ..Dah hanto dah pun jawapannya..Heee...

Tapi..Aku taknak share kat sini jawapan aku..Biar kita tunggu bila keputusan keluar n nanti baru aku publishkan jawapan aku ek..Tak kira la betul ke salah ke..Heeee..

Ok la..Untuk maklumat lanjut pasal contest ni korang leh la terjah blog beliau ek..



*tak silap aku dulu kaler lain bekgraound blog dia tu..ni dah tukau ijau lak..heeee

Wednesday, March 17, 2010

Sekadar Entry

Salam ketemu lagi..Waaahh..Dah 2 hari tak update belog..Walaupun selalu melepak sini, tapi tak menyempat nak mengupdatenya.Sibuk sikit la kebelakangan ni..Yerla..Aku lone ranger department ni..Kan colleague aku tu coti..Aku la backup keje dia..

Ni pun aku baru je lepas lunch..Giler lambat kan..Bese sebelum kol 2 aku dah setel lunch dah..Nak buat macam mana, dah keje aku tadi tu tak leh nak tinggalkan..Buat kasi setel baru ler makan..Adeeehhai..


Ni pun patutnya kene keluar. Ada keje kat luar plak. Tapi aku postpone esok coz kalau aku keluar jugak petang ni abis la keje aku ni tak siap kang..Esok due lak tu..

Ok, aku taknak dah celoteh pepanjang..Kang tak siap keje aku..Cuma nak cakap kat korang, sorry la kot aku tak sempat nak terjah balik blog korang ek..Nanti ada masa aku balas la ek..Hehehe...

Ok, see u ol soon..

* Thanks ek korang yang klik nuff tu..Heee*


Monday, March 15, 2010

Ahad Di Melaka

Salam kali ke dua di hari Isnin ni..hehe..Seperti dijanjikan, nak story pasal trip aku ke Melaka tu la..Takde banyak mana nak cerita kat korang..Maybe ada antara korang dah penah merayau ke Melaka tu kan..So ni just Melaka versi aku la..

Tujuan utama aku pergi sana tu sebab bawak kawan aku, best friend aku dari Kuching. Dia datang ngan family and mintak aku jadi touris guide dia..Haha...Aku gelak je bila dia cakap camtu. Sebab aku sendiri tak penah lagi melancong ke Melaka..Kiranya aku ni sambil menyelam sambil minum air la..Heks.

Tejahan pertama ke Zoo Melaka and Dataran Ayer Keroh. Lepas tu terus carik port makan. Frankly speaking, aku tak tau mana tempat makan best sana. Main terjah je la..Jumpa jugak la mana yang nampak dulu..Hehe..Lucky my frens ni tak kisah sangat..(>>)

Sabtu Hari Santai..

Salam geng...Ape cer dia hari Isnin? Blue Monday ke? Heh..Hari ni kerja aku sekadar update kerja-kerja yang lepas dan juga untuk esok..Ada la sikit masa aku nk berblog hari ni..Hari esok tak tau la pulak apa cerita nanti kan..

Okay, nak cerita sal hari Sabtu lepas je. Bukan ada pegi mana..Plan nak joging tinggal plan je. Sebab hari tak mengizinkan..Mendung nak hujan..Dan rintik-rintik...Hehehe..So, endingnye after pejabat aku terjah ke Jusco untuk parking kete sebelum kakak aku jemput. Kemudian, lokasi pertama ialah mencari kedai tinted. My sis dapat free tinted dari tauke kedai cat kerete. Sebagai ganti rugi lambat siapkan kereta. Heh..Bagus punya tauke..!!

Jenama ni la..

Saturday, March 13, 2010

Sila Jangan Baca :D

Salam geng..Ape cer di hari hujung minggu ni? Aku cam bese kene keje..Lucky for only half day..Eh korang..Baru aku perasan la, sejak kebelakangan ni asal aku tulis entry kan ade je ayat-ayat mat salleh keluar kan..Ahahahah..Spontan beb, spontan je tu...Kalo ada yang tak suka, just let me know ok.. *Erks..Lagi??*

Ok, kali ni entry ni cuma nak cerita merapu je..So, sape yang agak nak baca, silakan..Yang tak berminat pun takpe.Tada paksaan okay...Heee

Tak penah lagi kan aku post gambar tempat keje aku..Nah la..Untuk edisi merapu meraban kali ni aku bagi can la korang tengok tempat keje aku aka meja aku la..Hahaha..Lu komen la sendiri.


 Ini la ropenye meja koje aku kat opis ni..Hekhekhek..Serabai kan??Dah nama pun keje..Besepah la ngan dokumen segala.Mak nenek yang takde kene mengene ngan keje pun ada gak..Hahaha.


Yang ni plak time aku bawak balik keje kat umah dua hari lepas kan..Ni separuh je baru..Hohoh...

Meja kerja aku tu nampak bersih dan teratur time aku nak balik je..Hahaha..Aku tak berapa gemar nak biorkan meja aku kosong..Maksud aku time keje la..Memang tak lekang ngan kertas atas meja tu..Dah nama keje tender kan..Haruslah..Kang kot meja clean n clear kang orang kata tak buat keje..Adeke..??

Kat ofis aku ni ada 5 bilik..Untuk big boss, pembantu bos, kerani am bos, jabatan invois dan jabatan projek..Aku duduk dalam projek la..Dalam team projek ni ada 2 orang je yakni aku ngan sorang lagi kakak ni..Bilik kitaorang ni detach dari 4 bilik yang lain tu..So agak privacy..Lagipun kerja kitorang banyak PnC..Hehehe..Oleh kerana itu, aku tak leh la nak detailkan sangat..Heeee..Tu je aku leh crita ngan korang..Wooohooo..

Ape lagi aku nak merapu nih..Hmm, aku keje half day kan..Balik ni ingat nak g ronda-ronda la..Balik umah komfem aku boring..Aku ingat nak g makan Kenny Rogers la lunch ni..Pastu nak karok..And petang g jogging kat City Park..Mintak-mintak tak hujan la petang ni..

Malam karang flight kawan aku sampai dari Kuching..Tak tau kol brapa sebab dia tak detail kat aku..And esok aku akan g terjah Melaka Bandaraya Bersejarah..Hee..Bawak kawan aku tu ngan family dia ronda-ronda kat sana..Sejujurnya, aku sendiri tak berapa fasih area Melaka tu..So, sama-sama la aku ngan diorang nanti jadi pelancong sesat..Hahahaha

*ihsan pak gel*
Kawan aku ajak g sini..

Aku pulak nak g sini kot..Heheheh..'Adik beradik' aku kan ramai kat sini..
Nak ziarah la diorang plak..

Doakan la ek aku selamat pergi dan kembali...Kot-kot la dah masuk sana tak reti jalan balik. Hahaha...

Ok la..Aku rasa cukup buat masa ni aku merapu..Kalo ada lagi aku rasa nak merapu karang, aku merapu la lagi kat sini..Wahahah..


Ps: Cepatnya masa berlalu..Dah nak kol doblas rupanya...
Ps2: Ada ke apa2 info/tips untuk aku ke melaka??heheh

Friday, March 12, 2010

Fuuh~~ Legaaa...

Salam geng...Waaah...Seharian sungguh aku mengdap keje ni. 
Walaupun ada mencilok ke belog kengkawan, tetapi sebagai silent reader je la..
Tu pun bleh kira ngan jari brapa banyak belog je..Hehehe.
.N trafik hari ni pun suram je..
Mungkin masing-masing dah mood weekend agaknya..

Ok la..Taknak celoteh pepanjang sebab aku dah nak balik ni..
Hari ni NO OT..! 
Letih beb..Nak balik dulu..
Ada urusan lain pulak nak kene setlekan..


Until then, see u ols tomorrow..Have a great weekend ok..Tata


Ps: Hujan lebat sini woo....

Thursday, March 11, 2010

Letih

Salam selamat malam semua..Once in a blue moon huh Im updating my blog..Hehehe...Well, hari ni memang hari meletihkan bagi aku...Sungguh letih aku rasa..Pertamanya, of cos pasal kerja la..Dari pagi sampai ke petang aku asyik berulang alik ke invoice department untuk guna satu PC bagi tujuan tender. Kenapa dan kenapa tak perlu aku detailkan kat sini coz ada unsur-unsur P&C..Heheheh

* tengok kucen ni, aku pun terasa-rasa nak tumbangkan diri skarang*

Lepas aje habis aku uruskan tender, untuk sekian kalinya aku berulang ke sana untuk fotostat dokumen..Huh..Walaupun hanya agak-agak 10 langkah ke department tu, tetap meletihkan kalo kene berulang banyak-banyak kali kan..Hehehe..

And now, im at home still doing my unfinished work..Kene gak buat untuk submit esok. Tapi kepala otak dah tepu, itu pasal aku mengonlinekan diri jap..Nak release tense sket..

*Jangan aku tetiba gini kang dah la..Hakhakhak*

Yerla, dari pagi ngadap keje * mcm tipu sbb aku ada gak blogwalking kn..hahah* ni balik rumah pun ngadap kerja lagi..Poning kpalo eden...Takpo la..den buek la selow-selow..
Till then, jumpa korang esok keyh..Itupun kalo banyak masa..Hiks...

PS: My colleague on leave starting tomorrow until 24th March..So my work will be double up..
Wut to do...

PS: If im not able to reply ur visits guys, Im sorry yeah..heheh...




Women's Word..


Salam guys..Well, while I'm searching for files in my PC suddenly my eyes catch on these file name ''Complex Creature'' which I named it myself..Hahaha..And after I go through it, I find it interesting to share it with u guys...Just read it..Maybe some of you had read this but just read it again. It brings no harm..Heeee..


1. Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.

2. Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

3. Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.

4. Go Ahead: This is a dare, not permission. Dont Do It!

5. Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to #3 for the meaning of nothing.)

6. Thats Okay: This is one of the most dangerous statements a woman can make to a man. Thats okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.

7. Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you’re welcome.

9. Dont worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself. This will later result in a man asking Whats wrong? For the womans response refer to #3.



Ps: Haha..So guys, be careful..If your girl/women said those words..

Wednesday, March 10, 2010

Nivea Purple

Salam sejahtera geng..Takajuik den bilo Incik Yusenze kito ni mengetag den..So, inilah hasil jawapan tag tersebut....Hoho


No.1
Apakah jenama "Deodorant" yg korang pakai sekarang.
# Nivea kaler pepel n HPA Centella pun kaler pepel..Hahahahah

No.2
Brand ikan Sardin dalam tin yang paling digemari?
# Cap Ayam, king cup...

No.3
Apalah bahagian badan anda yg paling anda rasa SEKSI & SEKSA!
# Hohoho....ni base on ape yg org penah ckp la yer..skesi tang Mata n bibir..Ahaks..tak bleh blah tol..
   seksa takde la plak...
   ps: seksi is subjective..hehehe

No.4
Apa hadiah yg paling 'HAMPEH' yg korang penah terima dr yg tersayang?
# Hadiah ni terima time raya tahun lepas..DITINGGALKAN tanpa pesan..Huuuu~~~

No.5
Korang akan rasa diri disayangi bila.........???
Di taking care in a way yg invincible...paham tak ape aku nak katakan kat sini/?? ahaha

No.6
Apakah hadiah yg korang akan beri pada bakal mak mentua pd kali pertama berjumpa?
# Hmm..no idea...

No.7
Antara Belacan, Cencalok & Budu...yang mana lebih wangi n sesuai dibuat perfume?
#belacan la...wanggiii..hahahaha

No.8
Senaraikan Jenama kasut yg anda miliki serta jumlahnya? (termasuk untuk bersukan dan sandal)
#aiyok..perlu ker?? ok la..

# sport shoe . Bata. 2pasang
# High heels . Swiss polo & giamax . 1 pasang & 1 pasang
# casual shoe . Bata . 1 pasang
# casual sandals . takde jenama..ada 3 4 pasang..

No.9
a) Sekiranya anda menjadi Menteri Pembangunan Masyarakat & Perancang Keluarga
apakah yg akan anda lakukan demi meramaikan rakyat Malaysia?
# im not looking forward to it..hehehehe

b) Sekiranya ditawarkan anda berminat utk memegang jawatan menteri apa?
# Hmm..Menteri Belia dan sukan kot..


No.10
Sila Tag kepada 2 orang yang sangat anda rasa sesuai menjadi menteri di atas! (Bahagian a)
# Sesape je la yang teringin nak jawab..Heks

Bahagian b
Calon pilihan yang dirasai sesuai menyandang jawatan di bawah
"Menteri Belia dan Sukan"
# Icelemontea
# Para

Monday, March 08, 2010

Tak Habis Lagi..

Salam hari Isnin geng.. Ape cerita ngan hujung minggu korang? Ada best? Hehehe..*Skema sungguh aku rasa*..Macam bese la..Minggu lepas takde update hujung minggu..Minggu ni ade balik..Takde la gempak mana hujung minggu aku.. Sekadar melepas kebosanan je..Unprepared like always..Heeeh

Perati gambar ni betol-betol..Ada parachute jumper..Heeheh...terserempak ngan diorang ni tengah beraktiviti on Sunday..Tertarik hati tol tengok orang buat aktiviti ni..Sempat berenti snap gambar..Heeeee..


Nak dijadikan cerita, habis time kerja hari Sabtu tu dengan tak dirancang aku roger akak aku. Tanya la kot dia da idea nak pegi mana-mana ke. Sebab memang bukan kitaorang la nak duduk rumah hujung-hujung minggu ni.. Tak reti nak duduk kat rumah rehat-rehat ke..*Cam belagak la pulak kn* Hehehe..Dah tanya asyik berbalas baton je masing-masing tak tau nak g mana.. Hahah..Nak keluar tapi tak tau nak pegi mana..Badol sungguh kami ni..

Sudahnya aku cadangkan la kitaorang g lepak Putrajaya je. Bukan g Alamanda ok..Nak terjah Taman Wetland!! Sebab sebelum-sebelum ni dah berapa kali terjahan tak menjadi je..So kali ni harapnya jadi la..And berjaya jugak terjahan kali ni..Hahahaha..Tetapi indah khabar dari rupa jek rupanya tempat ni.. Sebab sampai-sampai je tak berapa ramai sangat manusia dan tak berapa nak hidup pon tempat tu. Ada la nampak 1 kayak dan 1 bot oleh pengunjung kat tasik tu..Cett..Tak meriah pon..Ingat ada entertainment lain ke kan..Hehehe

Saturday, March 06, 2010

Setahun~~

Salam semua..Dah tiba hujung minggu dah.. Minggu ni tak tau la pulak aku nak plan buat ape..Ingat nak terjah Jeram Toi kat Jelebu nuuun..Tapi cam tak dapat diteruskan pulak..Takpe la..Lain kali kot..Heee..

Setahun! Ape yang ada dengan setahun tajuk entry ni? 2 March lepas..Genap setahun aku bekerja dengan kampeni sekarang. Pejam celik pejam celik tak sedar aku dah setahun aku keje sini ek.. Apa yang aku dapat selama setahun aku kerja sini? Macam-macam..Pahit manis alam pekerjaan kan..Biasa la..

* Hahaha..Gambar takde kene mengene ngan cerita*

Tapi kat sini lebih banyak yang pahit la dari yang manis..Hahah..Apa-apa pun aku bersyukur la aku ada pekerjaan kan. Sekurang-kurangnye tak la menyusahkan mak ayah..Takde la jadi tukang habih boreh yo..Hehehe..

Tak banyak sangat yang aku boleh explore kerja dengan kampeni ni. Sebab kerja aku berkisar dengan perkara yang sama berulang ulang dan ulang kali..Memang lari dari skop aku belajar dulu la pendek katanya..
Kata-kata pihak atasan pada mula aku masuk bekerja di sini hanya indah khabar dari rupa..Tapi tak pe la..Nak buat macam mana..

Dapat jugak aku pengalaman baru pasal kerja-kerja dan prosidur memulakan projek dan persediaan dokumen-dokumen berkaitan..Heh..Pengalaman berurusan dengan pihak client, jabatan kerajaan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya..

Boring pun ada kat sini sebab setiap komen daripada pihak staff tak penah nak diendahkan.. Kebajikan staff tak berapa berjaga. Banyak jugak kalo aku nak list satu-satu kat sini..Esok pon tak habis kot..aHahahah...Apa-apa lah..Aku dah naik lali dengan ketidakendahan pihak atasan ni..

Aku harap aku masih boleh bersabar sehingga dapat pekerjaan lain. Haritu interview kat Putrajaya sampai ke hari ni tak ada lagi panggilan. So, aku anggap tu bukan rezeki aku. Mungkin ada lagi yang lebih baik kan.. Sape tau..Makanya, haruslah aku melipatkaligandakan usaha mencari pekerjaan lain.Hehe

Sebagai persediaan jugak sekiranya sesuatu tak disangka terjadi dengan bos aku ni..*FYI dia sakit* hoho..

Hmm..chaiyok22 la kat aku..Hehehe...Harap lepas ni dapatla majikan yang jaga welfare staff. Heee...



PS: Heee..Aku dah merapu ke tu weyh..Hahaha

PS2: Kindly click these links to support...TQ in advance..:D

Friday, March 05, 2010

Tak Berperikemanusiaan Betol!

Salam semua..Apa khabar di hari Jumaat ni..Sekejap betol masa berlalu..Sedar-sedar dah Jumaat je..Haduuii.. Minggu ni entah kenapa mood tak berapa berkobar-kobar nak kerja..Keje memang ada.Buat memang buat tapi sekadar separuh hati..Buat sebab dah nama pun keje kan..Ape la nak jadi ngan aku ni..

Ape yang ada dalam kepala hotak aku ni pun aku tak tau la..Banyak sangat perkara yang aku fikirkan untuk dilakukan..Mostly of my own life..Pasal kes holiday last week pun iye jugak..Ooh, lupe..Aku takde pulak citer pasal weekedn holiday aku tu kan..Takde interesting nak dicerita melainkan sakit dalam hati je..But, biar la..Malas nak cerita.

Dah mula la aku melalut ni..Berbalik pada tajuk entry di atas..Aku merujuk kepada 2 kes kematian kanak-kanak dalam tempoh seminggu ni. Korang pasti dah sedia maklum pasal kes Adik Syafia yang dibelasah sampai mati oleh teman lelaki ibunya..Dan lagi satu pasal kes seorang lelaki memukul sampai mati seorang kanak-kanak berusia 18 bulan pulak..

Nak tau lanjut boleh rujuk sini..

Well, perkara dah terjadi.Nak cakap maki hamun pesalah pun dah tak guna. Kita ni sebagai seorang manusia yang diberi akal fikiran untuk digunakan kenapa lah tergamak buat perkara bodoh tu kat budak-budak..Ape la sangat salah diorang buat sampai kan nak membunuh..

Kalau iye pun la budak tu ada buat salah, membunuh bukan satu cara penyelesaiannya. Bila nafsu melebihi akal fikiran, itu lah yang terjadi. Kanak-kanak yang baru nak kenal erti dunia yang jadi mangsa..Kenapa sengkek sangat akal.!!

Ape la nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni. Kes pembunuhan makin menjadi-jadi..Macam cendawan tumbuh lepas hujan pula gamaknya..Tak rasa bersalah ke bunuh- bunuh orang ni..? Sikit silap boleh sampai nak bunuh pulak..Mana pegi nilai moral dalam diri tu? 

Adakah faktor cuaca yang panas ni menjadi salah satu punca panas baran makin meningkat?? Atau korang ada hujah lain?? Kongsi kat sini bagi yang sudi...Hoho..Fikir-fikirkan la..


Ps: Takziah kepada keluarga 2 orang kanak-kanak tu..Tak pasal-pasal terbang 2 nyawa tak bersalah..


Thursday, March 04, 2010

Tak Update

Salam geng..Walauweeyhh...Dah dua hari tak update belog..Walaupun aku menapak dalam blog ni hari-hari tapi tak berkesempatan plak nak menulis entry biarpun sepatah..hahahah..Auta tol rasanya..

Tapi walaubagaimanapun, aku tetap akan membalas kunjungan terjah anda semua yang menerjah blog yang tak seberapa ni..Terima kasih jugak la kat korang yang sudi nak jengah masuk blog aku ni..Kalo ada mana-mana blog aku tak sempat nak terjah balik tu mintak mahap je la yer..

Terlalu banyak (tak la banyak sangat pon) belog yang perlu lawatan balas sampai ada yang tercicir pandang..hehehe..

Neway, thanks sebab sokong belog saya ni..Rajin gak ek korang terjah blog yang tak brapa nak cool ni..hehehehe

Last but not least, tu je la nak bagitau korang dalam entry kali ni..Hakhakhak...

C u soon..

PS; Ringkas daripada pendek..

Tuesday, March 02, 2010

3 Perkara

Salam geng..Sedang cek kotak emel tadi, tertarik dengan satu isi emel ni..Datangnya daripada salah seorang ahli Taman2Syurga group..So, di sini aku kongsikan la isi emel tersebut..Selamat membaca..:D


""Assalamualaikum, 

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 


Accident

Salam hari Selasa kengkawan..Apa cerita setakat hari ni? Dah lunch ke belom? Korang tau tak aku sampai lambat pagi tadi? Kompem korang tak tau..hahahah..Sebab tu aku nak story ni apa punca nya aku lambat..

Jalan jem.!! Tak pernah selama setahun aku berulang alik ni ada aku stuck kat dalam jem..Ok, aku tipu,,penha jugak la dulu sekali dua..Itupun masa aku dah balik keje..Bukan baru nak g keje..Haduuuii..Aku dah pening..Kat ofis keje tender dah menanti plak..


Ni kat simpang keluar dari area rumah aku..Takajuik aku tengok kete berderet-deret panjang..Aku dah hagak dah mesti ada eksiden kat depan tu..Panjang gak la kete berbatur..Ada agak-agak 1 km dari tempat kejadian..Heeee



Crime scene!! Sebuah van kemek teruk. Dan aku tak nampak pulak sebarang mangsa kejadian tu..Sempat gak la aku menyenap satu gambor tu..Ni je gambor yang sempat..Lepas je tempat kejadian tu, aku tengok plak dari arah bertentangan, maaak ai giler panjang kete berbaris lagi...agak2 aku ada la dalam 3 km..


Hambik ngko..Panjang lagi tu. Ada lebinh kurang 800meter lagi kebelakang tu..Wuuiii...Sungguh lur biasa aku rasa..Kat tempat aku ni la..Kalo kat KL jem teruk aku tak heran langsung..Tapi kat tempat aku ni memang amat jarang la..

Walauapepun korang, sentiasa la berhati-hati di jalan raya..Berhemah di jalan raya mampu selamatkan nyawa..*iklan dari Jabatan Kerja Raya* Hakhakhak...
Hari tu time g Port Dickson pun ade gak terserempak ngan eksiden..Teruk giler beb..Kete Myvi terbalik kat tepi highway..Tak sempat lak nak ambik gambor..Sebab ade kete follow belakang..Huhuh..ngeri tol..Tak tau la  ape citer sal eksiden tu..


PS: Jangan ditiru aksi aku men'snap' gambor time driving..Hanya pro je buleh buat (aku la tu) hahahahaha..

Monday, March 01, 2010

Not Again, But Its Again..

Salam pagi Isnin geng. Ape khabar hari ni? Macam mana weekend? Pagi-pagi cek belog kesayangan ni, ada pulak tag dari Incik Yusenze ni..So, ni la tag yang telah aku jawab..

Soalan2 yang perlu di jawab...

01. Makanan -
 ** Tak berapa nak cerewt bab2 makan ni..Makan je slagi boleh dan yang pastinya mesti pedas punyeeerrrrr..

02. Bahan Bacaan -
** Novels, magazines...

03. Rancangan TV -
** CSI: LV, NY, Miami..Chuck, Leverage, Knight Rider..Thriller action romantic comedy..

04. Keperibadian -
** Saya seorang yang BRUTAL..Its a statement.!!.Hahahahaha..Kepala gila2 gak la..


05. Hobi -
** Reading, watching TV and music...

06. Impian / Hajat dihati :
** As for now, kerja baru..Peningkatan kerjaya..
**Banyak lagi impian ni..tapi kang tulih kat sini no point gak..hehehe..Bior la aku je tau buat masa ni..hohohoho...
           

Tag lima yang lain.. 
* diDEN
* Posh
* Phoenix90
* ~yus~
* Sesape je la nak jawab tag ni amatlah dipersilakan..:)

Catatan Ringkas

---