Friday, September 17, 2010

Cuti 16 September

Salam ols. Salam Jumaat dan 8 Syawal. Hoohoho..Sejuk weyhh.. Hujan dari tengah malam tadi. Ikut hati malas ni memang nak membongkang je lagi kat katil. Tapi apakan daya la kan, aku kerja hari ni. Nasib gak keje tak banyak. Suma pun mood raya lagi. Staff kat ofis ni pun belom bertambah kepala lagi. Huhuhuh



Saja nak story mory aktiviti kat umah semalam. Semalam kan cuti Hari Malaysia. Nasib bos bagi cuti. Kalo tak, keje la kan. Hahahah.. Sempena cuti semalam tu macam macam jugak sempat aku buat. Hehehe.. Tetiba terajin

pulak nak pergi bercucuk tanam kat belakang rumah. Itu pun setelah makcik aku mengajak la kan. Nak harap aku sendiri automatik nak buat keje tu, haraaaaaaaaam la jawabnya. Sambil sambil nak bercucuk tanam tu mengemas la kawasan rumah tu serba sedikit. kehkehkeh..



Makanya, berpanas la aku mencangkul tanah buat batas nak tanam tembikai, rosel ngan cili api. Seronok pulak buat tanam tanam ni. Orang kata, bagus berbudi pada tanah kan. Fuuhh, mudah mudahan menjadi la tanaman tanaman tu. Terutama cili api tu. Leh aku buat ulam selalu. Aku giler makan pedas weyyh..! Bukan orang noghghi la bai kok tak makan podeh kan.

Lagi plak semalam ada orang buat wiring kat umah. Tu yang aku suka nak melayan tu. Aku kan budak letrik, mesti la suka part part letrik ni. Mesti nak terpacak je la tengok orang tu buat ape. Nak harap sendiri yang buat wiring tu jangan harap la. Lesen wiring pun takda. Separuh jalan ambik course sapa suruh. Sempat abis Level 1 Wireman je. Huhuhu.. So, jadi tukang tengok je la yang layak.

Yang aku bengang, takda air pulak kat umah. Dari hari Rabu tu. Ceeeh... SAINS ada buat kerja pembaikan paip kat area Seremban sanun. So take time jugak baru siap. Petang semalam kol 4 petang baru ada air balik. Sabar je la. Nasib ada air, kalau takda sendiri la mau ingat. Hahaha

Ok la. Nak berblogwalking lak ni. Jom join..



PS: .....







Catatan Ringkas

---