Monday, September 06, 2010

Berita Baik Di Pagi Isnin

Salam Isnin ols. Sihat hari ni? Jangan ada yang Monday Blue hari ni yer.. Tak best la. Keja kene semangat.. Hehehe

Tiru macam saya eh. Saya sangat semangat hari ni. (Tetiba lak so skema..Hahahaha)

Yaaaayyy!!!! Ada berita baik. Memang rezeki di penghujung Ramadhan la nampaknya ni. Baru terima satu kol tepat jam 8.43 pagi ni. Dan berita itu ialaaahhh......



AKU DAPAT KERJA BARU!!!!!!!! Yayyyyy!!!!! Ingat tak interview yang aku dapat baru baru ni.? Haa. Keje tu la. Mungkin inilah hikmah disebalik aku menolak interview TNB dulu tu kan. Alhamdulillah. Rezeki aku kan. Mungkin position ni lebih baik dan sesuai untuk aku. Tambahan pulak memang ada pengalaman.

Aku akan mula kerja kat tempat baru pada 4 October 2010 nanti. Kira sempat lagi aku nak settlekan semua kerja aku kat sini. Tak elok pulak kan aku nak blaaah je camtu. Itu namanya tak bertanggungjawab. Sehabis baik aku nak mengelakkan masalah in future kat sini berkenaan dokumen dokumen aku jaga sekarang kan. Banyak jugak nak siapkan and update supaya menyenangkan kerja sesiapa yang akan take over kerja aku kat sini.

Semoga semuanya dipermudahkan la untuk aku. Thank you pada korang yang mendoakan kejayaan aku dalam interview ni eh. Sebab doa korang tu jugak kot aku dapat keje ni. Doa la lagi untuk aku keyh :P ngeeeehehehehe

Ok la. Nak sambung buat kerja dulu ni. Thanks again:)



PS: Bos kat oversea la skang. So takleh nak bagitau dia pasal my resignation ngan dia. 


Catatan Ringkas

---