Thursday, September 23, 2010

[Keywords] Resipi Kek Batik

Salam Khamis ols. Sihat hari ni? Ape cer? Kepada yang berpuasa 6 atau mengganti puasa tu, Selamat Berpuasa la eh. Hari ni nak story pasal keywords lak. But this one is last month punya la. 

Nampak ape yang paling on the top.?? Ngeeeee


Semenjak entry pasal kek cekelat n kek batik hari tu, boleh dikatakan hampir setiap hari ada je keywords ataupun pageview (dari google blogspot stats)  berkenaan kek batik ni. Kalau tak ingat entry mana, g cek ENTRY ni.  Tak sangka pulak ramai yang search pasal kek batik ni. Tapi mesti korang kecewa sebab takda resipi pun dalam tu kan. Heheh..

Ok, bagi mengubati kekecewaan sesapa yang bertandang in future, aku bagi la resipinya. Ini versi aku la eh.

Ehsan Pak Gel, Nampak yummy kan...nyum nyum nyum..

Bahan-Bahan:
Biskut Marie - 1 pek
Vico/ Milo - 1 1/2 paket (small)
Susu Pekat - 1 tin kecil
Butter - 1 1/2 

Cara-cara:
1. Pecahkan biskut marie kepada 4.
2. Tenggekan periuk atas dapur. 
3. Cairkan butter & masukkan susu. Gaulkan sebati.
4. Kemudian, masukkan milo/vico.
5. Masakkan hingga naik minyak. (bukan naik hantu taw)
6. Setelah naik minyak, masukkan biskut marie. Gaul rata.
7. Kemudian, dengan segera masukkan dalam bekas. 
8. Dengan pantas juga, mampatkan adunan tersebut semampat yang boleh.
9. Dah selesai, biarkan sejuk terlebih dahulu. Kemudian boleh dihidangkan.

Catatan: Ni versi tak letak telur, sebab aku tak suka yang ada telur punya. 


Gambar ehsan pak gel.

Arrgghh!! Tetiba aku rasa cam nak makan kek batik buatan sendiri plak. Hohohoho. ni feveret satu family aku ni. Dan yang paling gila makan kek ni ialah adik bongsu aku. Maunya setalam tu habis sehari je. 

Macam nak buat je, tapi malas menguasai. So lupakan lah. Tunggu g umah akak aku weekend ni. Sebab dia kata dia nak buat. Hahaha...Aku tolong makan kan je..


PS: Weekend nak naik Rawang..Jalan jauh sket.



Catatan Ringkas

---