Wednesday, September 29, 2010

Jalan Jalan Cari Jalan

Salam ols. Selamat hari Rabu. Semalam seharian blog aku sunyi tak da new entry. Tetiba perasaan malas nak update tu tiba pulak. Adehhai. Nasib malas nak berblogwalking pun tak serentak datang. 



Hari ni pun cam malas je rasanya. Nak keje pun takda mood. Mementang la nak berhenti ye tak, terus malas nak kerja. Esok last day aku kat sini, so hopefully semua kerja aku bleh settle la. Ni ada
  

lagi yang buat aku pening kepala. Ada claim yang aku perlu hantar, tapi tak bleh hantar lagi sebab kerja masih tak complete. Adeeh. Ni yang tak suka ni. Ingatkan dapat la settlekan semua sebelum berhenti ni. Nampak gayanya memang tak la kan. Terpakasa la handover kat colleague ni.

FYI, my boss dah carik kan dah budak baru. But not to take over my work here. Just to assist my colleague ni je. Maybe simple work macam filing and typing and other general clerk tasks boleh la. Since the girl also new in working environment. Train dia dulu buat general task and then see how her performance. Plus, this tender thing bukan semua orang boleh buat. It can be confusing and complicated and also a mess at the same time. Hahaha..Kekuatan mental dan emosi kene ada masa buat tender ni. 

Hhahahaha

Menghitung hari je aku ni walaupun tinggal sehari je lagi keje kat sini kan. Jumaat ni nak kena pulak pergi HQ new office nanti. Ada hal nak kasi settle ngan diorang pulak. TAPI kan. Satu je masalahnya. Aku tak tau mana tempat tu. Hahahaha. Aku try google n garmin pun tak muncul pulak exact place nya. Yang ada map basic je. Aku pulak tak biasa area Kajang - Hulu Langat ni. Memang la blur je aku tengok map tu. Huh, terpaksa la riki riki nanti. Ada sesapa leh jadi mapman aku tak??hehehe

Itu baru jalan Jumaat je tu. Sabtu pulak awal awal dah kene booking. Ada jemputan majlis kahwin kawan satu sekolah dulu. Orang dah jemput, kene la pergi kan. Takut pulak esok esok awak kahwin takda orang datang. (Ntah bile la gamaknya tu kan.hahah). Lagipun, dah lama tak merasa nasi minyak ni. Nak merasa sendiri punya lambat lagi kot. Hahahahahaha (Abaikan!)

Lama weyh aku tak jumpa kawan aku ni. Dah dekat 13 tahun (Kitorang still mude remaje lagi taw)..Giler lama kan? Punca utama berpisah tu sebab aku kene ikut family pindah ke Sarawak time tu. Then, selama tu la tak jumpa jumpa. Even ni aku dah balik ke tanah air sendiri pun tak jugak jumpa jumpa. Padahal bleh kata dekat jugak nak g rumah dia tu kan. Belom jodoh nak jumpa kata orang kan =P

BTW, majlis kawan tu kat Felda Serting Hilir. Kat Bahau nuuun. So makanya, bagi memudahkan kerja aku baik aku balik umah mak aku kat Bahau nanti. Dari rumah nak ke rumah kawin tu dalam 20 minit je. Dari aku gerak dari Seremban ni dekat 2 jam bai. Kematu punggung duk drive kan. Hahaha. 

Ahad pulak setakat ni takda plan lagi. Mungkin berehat bersantai je sebelum memulakan kerja baru Isnin nanti.

Ok la ols. Dalam takda mood nak menulis entry ni dah berjela pulak jadinya ye tak. Hahaha..Enjoy your day.


PS: Ape ek hadiah sesuai nak bagi kat pengantin nanti?




Catatan Ringkas

---