Tuesday, September 07, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Salam ols. Dah 28 Ramadhan eh hari ni. Tinggal lagi beberapa hari je lagi kan kita nak menyambut raya. Korang punya persediaan macam mana? Dah settle ke masih ada yang menanti last minute untuk persiapan terakhir. 



Bagi aku, tahun ni persiapan aku agak kelam kabut sket. But, so far semua dah ok la jugak. Cumanya, perancangan hanya nak satu baju kurung tak terlaksana sebab as for now dah 3 helai baju kurung. Hahahahaha...Satu dah buat lama, baru teringatkan pasal baju tu. Satu yang aku beli kat PKNS Shah Alam tu dan satu lagi baru je beli tadi ngan kakak kat ofis. Ada pulak yang mengambil kesempatan mencari duit poket raya ni. Hehehehe..

Setakat persedian head to toe dah ok dah. Cuma yang still tak ok ialah persiapan kuih dan rumah. Aktiviti mengemas belum pun aku mulakan lagi sebab menunggu bala tentera yang lain kembali dari pertapaan masing masing. Tunggu je la esok mungkin masing masing mula menjengukkan mukanya di sini. 

Ok la. Kalau nak bercakap pasal persiapan raya ni macam banyak pulak nak diperkatakan. Dah nama pun setahun seklai kan. Ngeeee..

Maka, dikesempatan yang masih ada ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR & BATIN. Maaf andai selama kita berkenalan di alam maya ni ada yang terguris dan terasa dengan coretan ataupun tulisan aku di sini. Semua yang berlaku mungkin atas kelemahan diri aku sendiri. Semoga raya kali ni membawa seribu makna dan kenangan buat korang dan keluarga. 

Pesanan sebelum balik beraya, sila jaga keselamatan anda dan keluarga anda. Ingat lah orang yang tersayang eh. Mana yang balik beraya ke kampung halaman, hati hati di jalan raya. Kalau boleh, atur perjalanan anda. Kalau letih memandu, berehat sebentar. Please go and back in one piece eh. 



PS: Aku bercuti start Khamis ni dan masuk kerja Selasa minggu depan..
PS2: Kalau ada kueh raya lebih meh la bagi aku sikit. Hahaha... 

Catatan Ringkas

---