Wednesday, May 26, 2010

Demam!

Salam Rabu geng..Ape cer hari ni? Dalam kesibukan kerja aku, masih sempat pulak nak mengupdate ni. Heeh..Well, aku kan multitasking person.  Wah gitu! Hahah

Culik gambar kat FB makcik aku.Ngeheheh

Dah agak lama aku tak story pasal Baby Irdina kan. Last haritu pasal dia nak kene bedah. Bleh baca kat SINI untuk lebih lanjut. But in the end turn out tak jadi and the docs not calling her for operation yet. Agak lega mulanya dengar baby tak jadi kena bedah, Bukan apa, kesian kat dia jek. Kecik lagi kan. Tapi sebab fikirkan masa depan dia, berserah je la. Kalau itu dah jalannya kan. Dalam pada tu,  macam-macam jugak jenis perubatan alternatif dicuba. Mulanya ke Darul Syifa', dan kemudian ada la jumpa ustaz dan amalkan bacaan surah-surah al-quran dan Insyaallah dalam masa terdekat sebelum 25 Jun ni nak cuba pergi Syifa' al-hidayah di Gombak tu. 

Kita kene ingat, semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran. So kita ni kene usaha dan usaha la untuk dapatkan yang terbaik.
AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
Keratan dari web Syifa' Al-hidayah



Tadi aku baru tau si comey boolat kat atas ni demam lagi! Untuk kali ke berapa ntah dah bulan ni. Baru je sihat 4 hari (kata makcik aku) dia dah demam balik. Alahai Baby..Bila la nak besar camni kalau asyik demam jek. Mungkin normal kot untuk pesakit jantung macam baby ni. Tapi kalau kerap sangat risau je buleh bantutkan perkembangan dia. 6 June ni bakal cukup umur dia 10 bulan. Tapi kalau tengok fizikal dia tak macam budak 10 bulan pun. Kecik je. Berat pun (baru-baru ni g check up) baru 5.0kg lebih kurang. Macam berat sekampit beras 5kilo tu. Aiyak..

Pape pun, moga baby cepat sembuh ek. Nanti ada masa along datang main ngan baby ek. Lama tak jumpa baby ni. Dekat sebulan lebih gak. Haiish..Winduu seyh. 


Catatan Ringkas

---