Saturday, August 28, 2010

CONTEST: Kad Raya dan Kenang Silam



Salam 18 Ramadhan ols. Hari ni sabtu ke 3 kita semua berpuasa. Tak lama lagi nak raya dah kan. So, dalam menyambut kemeriahan raya ni, ada satu contest aku nak buat la..

Contest 'Kad Raya dan Kenangan Silam' nama diberi. Ia dikelola oleh tuan puna belog Bila Tinta Bicara iaitu Incik Asraf Hamasaki. 

Nak tau syarat-syarat penyertaan? Jom la terbang bersama sama aku....


  1. Buat satu entry mengenai kad raya dan kenangan silam anda.
  2. Tepek gambau kat atas tu kat entr. Tak perlu tepek kat side bar..
  3. 5 cerita ringkas yang menarik bakal menerima duit raya bernilai RM 10..TUNAI..
  4. Semua peserta Insyaallah akan menerima kad raya dari tuan penganjur
  5. TARIKH TUTUP: 4 SEPTEMBER 2010.. Kad raya bakan di pos pada 6 hb September.


So........Penyertaan aku ialah...............


Kenangan kad raya paling best ialah masa aku masih bersekolah dulu. Lebih tepat semasa di teknik dulu. Form 4 & Form 5. Memang best. Memang tak dapat nak lupakan kenangan tu. Jika dulu, sekolah akan mula bercuti sekurang kurangnya seminggu sebelum raya. So, sebelum bercuti tu masing masing dah  sibuk dengan  kad raya masing masing. Termasuk la aku..Ngeeee

Aku akan pastikan sebelum minggu terakhir tu aku dah beli siap siap dan prepare name list nak bagi kat sapa. Taknak ada yang termiss konon. Hehehehe. So dalam tempoh tu masing masing sibuk la berlumba lumba menghantar dan menerima kad raya. Masing masing sibuk berlumba kumpul kad raya. Sapa yang terima paling banyak. Kalau banyak tu kiranya femes la tu.

Dulu duduk kat hostel so senang je la bagi by hand je kan. Memang akan nampak satu fenomena la kat hostel atau kat kelas semua bertukar tukar kad. Lagi lagi bila tiba last day sekolah tu. Memang fenomena betul la kan. Mana mana yang tak sempat nak by hand tu ada yang pos kan ke rumah. Aku besenye paling koman akan terima 5-10 kad raya dari kawan kawan. 

Sampai sekarang pun aku simpan lagi kad kad raya dari kawan kawan tu. Dekat dekat nak raya, baru kecoh nak gantungkan kat dinding rumah. Selalu gaduh adik beradik nak gantung kad sapa dulu. Haahaha. Yerla , dulu benda ni jadi macam satu kemestian kat setiap rumah. Sekarang je dah kurang kan. Mana tak. Sekarang ni main emel emel je. Semua e-kad je kan.. And lagi best kad raya kat FB.. Dunia teknologi la katakan. Semua pun nak FB kan..

Rindu pulak nak terima kad raya manual nih. Huhuhuh..Kalau ada sesape nak kirim kad raya kat aku roger roger la ek..Hahahahah.. (Dengan muka tak berapa nak malu malu)


PS: Dah beberapa kali nak design kad raya sendiri, sudahnya separuh jalan. Huahuahua..Kalau ada yang nak kad raya dari aku, tinggalkan la emel eh..:)




Catatan Ringkas

---