Saturday, October 30, 2010

Hari Ini Dan Semalam

Salam ols. Selamat hari Sabtu dan selamat berhujung minggu yer. Ape pulak plan korang minggu ni? Tak kira la ape pun yang korang lakukan, make sure give safety a priority. Memandu ke, beriadah ke, joging ke dan segala apa yang korang lakukan, pastikan keselamatan diri dan keluarga serta persekitaran anda menjadi keutamaan. 

Ok. Aku bukan nak cerita pasal keselamatan di sini. Aku just nak story mory apa yang recently jadi in my life. Tak banyak, tapi cukup sekadar memberi peringatan pada aku.



La la la la..Kerja

Yup. Kerja. Minggu depan (4th November) genap la usia sebulan aku bekerja di tempat baru ni. So far so good. Walaupun kekadang tak bleh nak catch up semua perkara dalam satu satu masa. Well, baby steps la kan. Baru je sebulan. Ngeeeee

Thursday, October 28, 2010

SPAMMING!!!!

Salam ols..Sihat hari ni.? Lama gak aku tak hapdet eh. Takda mood la nak tulis entry. Hahaha. Bese la kan..Ada masa angin kus kus tu.

Tak semena mena hari ni pagi aku dah ada mood pulak nak tulis ape. Ni pun jadi masa aku cek yahoo mail aku tadi. Settle cek kat inbox, terjah la pulak spam box. Kot kot la kan ada emel penting sesat ke sana plak. Cek punya cek memang baaanyaaaaak...

Sunday, October 24, 2010

Kereta Oh Kereta

Hancusss plan aku hari ni!! Waaarggghhhh (belum tahap hijau lagi yer)

Salam ols. Apehal lak tetiba memekak tu kan. Well, seperti yang aku katakan, apa yang dirancang belum pasti dan tentu berjalan. Kita hanya merancang. Dah betul la tu. Aku sekadar merancang nak melakukan aktiviti untuk hari ni, tapi ada penghalangnya.




Alah, korang tengok tajuk tu mesti dah paham la pasal apa. Kereta aku la buat hal tetiba. Adeeeh. Sakit kepala la camni. Tapi takpe la. Dugaan namanya.

Hobin Jang Hobin

Salam tengah malam ols. Ada sesapa lagi masih berjaga tengah tengah malam ni? Takkan awal sangat tido kot malam malam minggu camni. Tak remaja la weyh.. Hahahaha...Ayat bese aku dengar la masa dolu dolu kan. Skang pun ada g cuma dah jarang kedengaran kat telinga sendiri.

Ape da aku memebebel tetengah malam nih kan. Saja nak update walaupun tengah kekeringan idea nak bercerita pasal apa. Mood agak terlebih nak berupdate memalam buta ni.

Walaubagaimanapun, ni ada beberapa perkara nak share ngan korang..

Saturday, October 23, 2010

Nothing

Salam Sabtu ols. Pe cer hari ni? Buat ape je? Hari ni aku tak buat ape pun. Macam boring pulak lepak kat umah  je. Yela, dah biasa Sabtu kerja kan. Even half day at least got reason.



Now, seharian duk umah tak buat ape. Boring teramat la. Tadi kira plan nak kluar, tapi belum apa apa dah ujan pulak turun mencurah curah ke bumi. Potong niat. Dah alang alang nak keluar ni ingatkan nak terus g cuci kete inside out. Then baru g tengok wayang ke kan. Bila dah hujan, nak keluar sengsorang lak, memang potong habis la..Takpe esok je la aku jalan jalan.

Hari ni just lepak je kat umah tengok TV. Tu pun tak da sangat citer best best. Huh. Sabar je la. Padan la muka aku takda kawan kat sini. HAhahah

Friday, October 22, 2010

Mesti Tengok Punyaa!!

Salam pagi Jumaat ols. Ape kes hari ni? Hahaha..Awal lagi so tak tau ape kes akan jadi hari ni ye tak? Pape pun aku harap hari ni bakal menjadi hari dalam kenangan dan sebagainya lah. Have a great day hopefully.

On my top list a must see movie...Hahahaha..Cam lawak je citer ni. Lagi plak ada The Rock n Samuel L Jackson tu.
Ok. Hari ni dah Jumaat dan hari last bekerja untuk kitaran minggu ni kan. Esok dah Sabtu so ape agak agak plan korang esok? Aku semenjak dah bekerja 5 hari seminggu ni cam kekok lak nak berhujung minggu cam biasa. Hahaha.. Yelah, selalu tersasul hari Sabtu bangun awal nak g keje. Kehkehkehkeh.. Takpe, lama lama nanti ok la kan..Heeee

Tuesday, October 19, 2010

Satu Kehidupan

Salam ols. Agak lama aku menyepi dalam menulis entry ni kan. Well, aku masih dalam pencarian untuk penentuan matlamat. Hahahahah.. Cam bagus je ayat tu. Takda maknanya. Buat masa sekarang memang limit la masa untuk aku kembali berblogging seperti sediakala.


Wednesday, October 13, 2010

Pergi Tak Kembali

Salam Rabu ols. Baru bepeluang untuk aku online masa ni. Mencuri sedikit waktu sebelum beradu. Kalau diikutkan kondisi mata ni memang tak dapat bertahan since aku tak dapat melelapkan mata untuk lebih kurang 40 jam kini. Maka, dikesempatan yang ada ni aku nak mengkhabarkan satu berita. Boleh diklasifikasikan sebagai sedih. 


Tepat jam 12.05 pagi tadi, Atuk aku telah kembali ke rahmatullah. Sesuatu yang agak mengejutkan bagi aku walaupun aku telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan semenjak Atuk terlantar. Setelah hampir setahun terlantar, di tanggal 13.10.10 Atuk menghembuskan nafas terakhirnya. Dengan mudah, Alhamdulillah. Cuma aku berasa sedikit terkilan sebab tak berada di sisi Atuk semasa pemergiaannya. Nasib uwan ada dan sempat ajar Atuk mengucap. 

Sekian.



PS: Maaf andai tulisan kali ni agak kelam kabut dan tak teratur. Sebabnya, kepala dah tak berapa nak centre sebab lebih membayangkan bantal je ni. Hehehe..Papepun, Insyallah aku akan cuba update lagi setelah segalanya selesai.






Friday, October 08, 2010

Rumah Terbuka Hari Raya

Salam Jumaat ols. Hari ni merupakan hari terakhir di bulan Syawal. Permulaan Syawal di hari Jumaat dan pengakhiran Syawal juga dihari Jumaat. Penghulu segala hari. Di kesempatan penghujung Syawal ni, masih ramai yang menganjurkan/mengadakan rumah terbuka. Dan salah satu daripadanya ialah syarikat tempat aku kerja ni. 



Kampung aku malam tadi pun ada rumah terbuka. Tapi aku tak tau sebab tu tak pegi. Kalaupun ada jemputan tak tentu lagi aku nak pegi pun. Hahahah.. Meriah jugak la aku tengok. Dah buat depan rumah aku, nampak je dari tingkap umah. Lokasi kat pondok polis sebab kawasan laman dia luas. Siap ada karoke lagi u. Aku sampai sakit telinga la dengar diorang ni melalak 'menyumbangkan' lagu. Tak la nak mengutuk, tapi berkata kata je. NGeeeee...Dari ke lagu raya sampai la ke lagu masa kini. Kebanyakkannya bersuara seakan-akan Dato' Siti dan Jamal Abdillah. (Dah lagu di karok pon lagu depa, adeeh)

Wednesday, October 06, 2010

Truly Appologize

Salam Rabu ols. Ape cer hari ni? Hari ni aku rasa tak berapa sihat dan selesa untuk bekerja tapi tak best pulak nak ambik cuti kan. Hehehe. My perasaan je tu kot. Its ok. Masih boleh bekerja ni.

Ape kes ngan tajuk aku tu siap mintak mintak mahap lagi tu? Nak tau baca lagi la eh.


Monday, October 04, 2010

Hari Pertama

Salam Isnin ols? Ada ke yang ber'Monday Blues' hari ni? Harap harapnya semua ok lah yer. Macam aku. FYI to those who don't know, hari ni merupakan hari pertama aku bertugas di tempat baru, bos baru, suasana baru dan job scope yang agak baru jugak. Hehehe.. 

Nak tau ape jadi kat hari pertama aku bertugas hari ni, jom terbang lagi yer..

Saturday, October 02, 2010

Permulaan Baru, Di Hari Jumaat

Salam ols. Selamat hari Sabtu. Hari ni hari ke-dua aku tak perlu pergi kerja. Hehehe. Dah berhenti di tempat kerja lama. Best jugak kan lepak lepak ni. Tapi aku ni dah biasa kerja, so setakat seminggu ke bawah tu ok lagi lepak lepak. Dah masuk minggu ke dua bleh jadi sawan tak kerja. Hahahaha

Ok, merapu lak intro tu. Ni saja nak update entry je. Nak story la pasal my pre-employment preparations. Semalam, as in Friday 1st October aku dah tak bekerja dan aku ambik kesempatan tu untuk menguruskan pasal kerja baru yang mana aku bakal memulakan kerja 4hb ni nanti bersamaan hari Isnin. Antaranya ialah g sign/ ambik offer letter and also buat medical check up n open up a Maybank account. 

Nak tau ape cer? Jom la terbang sama...

Catatan Ringkas

---