Friday, October 08, 2010

Rumah Terbuka Hari Raya

Salam Jumaat ols. Hari ni merupakan hari terakhir di bulan Syawal. Permulaan Syawal di hari Jumaat dan pengakhiran Syawal juga dihari Jumaat. Penghulu segala hari. Di kesempatan penghujung Syawal ni, masih ramai yang menganjurkan/mengadakan rumah terbuka. Dan salah satu daripadanya ialah syarikat tempat aku kerja ni. 



Kampung aku malam tadi pun ada rumah terbuka. Tapi aku tak tau sebab tu tak pegi. Kalaupun ada jemputan tak tentu lagi aku nak pegi pun. Hahahah.. Meriah jugak la aku tengok. Dah buat depan rumah aku, nampak je dari tingkap umah. Lokasi kat pondok polis sebab kawasan laman dia luas. Siap ada karoke lagi u. Aku sampai sakit telinga la dengar diorang ni melalak 'menyumbangkan' lagu. Tak la nak mengutuk, tapi berkata kata je. NGeeeee...Dari ke lagu raya sampai la ke lagu masa kini. Kebanyakkannya bersuara seakan-akan Dato' Siti dan Jamal Abdillah. (Dah lagu di karok pon lagu depa, adeeh)


Ok la. Abaikan la tu. Petang ni pulak aku sendiri terpaksa jugak menghadirkan diri ke rumah terbuka di Kajang. Di anjurkan oleh pihak ofis ni. Tak pergi tak elok pulak kan. Nak bagi alasan ape la pulak  Memang takda alasan pun. Time office hour. So lepas bincang bincang aku pegi la jugak ngan dak ofis ni..G satu keta ngan diorang lepas Jumaat kang. Nervous pulak seyh.. Yela. Department ni aku sorang ja pempuan kan. Takda geng nak hang out together gether. Takkan laaaa aku nak mengekor je dak dak ni kan. Mana buleeehh..

Aku bab bab g function function cam ni memang tak reti kekadang nak involvekan diri tu. Lagi lagi pulak sorang kan. Maksud aku takda teman seperjalanan. HAhahaahaha.. Kalau ada tu kurang sket rasa kekok ke janggal tu. Takpa la. Kena ja la kuatkan semangat sket kan. Lama lama nanti kenal la suma dak dak kat HQ tu. Lepas tu dah tak kekok lagi kan. So hari ni bleh la sesi berkenalan lagi skali since masa datang 1hb lepas tu tak berapa nak dapat ingat semua kan. Ramai beb. Slowly la kan.

Ok la ols. Nak bersiap dulu ni. Nanti nanti kita lepak lepak bersama lagi yer. Hohohoho




PS: 10.10.10..Tarikh cantik tu. Hari Ahad lak lagi kan. Kena simpan memori untuk tarikh tu. hehehe


Catatan Ringkas

---