Saturday, October 30, 2010

Hari Ini Dan Semalam

Salam ols. Selamat hari Sabtu dan selamat berhujung minggu yer. Ape pulak plan korang minggu ni? Tak kira la ape pun yang korang lakukan, make sure give safety a priority. Memandu ke, beriadah ke, joging ke dan segala apa yang korang lakukan, pastikan keselamatan diri dan keluarga serta persekitaran anda menjadi keutamaan. 

Ok. Aku bukan nak cerita pasal keselamatan di sini. Aku just nak story mory apa yang recently jadi in my life. Tak banyak, tapi cukup sekadar memberi peringatan pada aku.



La la la la..Kerja

Yup. Kerja. Minggu depan (4th November) genap la usia sebulan aku bekerja di tempat baru ni. So far so good. Walaupun kekadang tak bleh nak catch up semua perkara dalam satu satu masa. Well, baby steps la kan. Baru je sebulan. Ngeeeee



Satu je cara aku nak cepat faham kerja ni.  Aku perlu lebih lihat apa yang aku buat sebagai client's & managing view. Bukan sebagai contractor's view. Tu la jadinya bila dah terbiasa kan. Yela. 2 tahun kerja ngan kontraktor, mana taknya kan. Baaaanyaaaak lagi nak kene faham ni. Cadangan superior aku suma suh aku masuk meeting yang diorang buat kat site office. So that way boleh membuka lagi kefahaman aku kan. 

Ni wa cakap lu la kan, memang banyak giler meeting sampai leh naik muntah masuk meeting je. Macam semalam (Jumaat), dari pagi kol 9 sampai kol 1 baru habis meeting. Sebab 3 meeting dijadikan 1. So perkara dalam 3 meeting tu cover semua. Tu pasal lama giler. Lagi bila aku ditugaskan untuk ambik minute. Hanccccuus. Dalam 4 jam meeting tu ada la 1 jam je aku faham apa yang diorang bincangkan. Yang lain tu aku dengar dan take note je la. Hahahahaha

Itu baru semalam, belum hari hari sebelum tu. Minggu ni je banyak betul meeting. Sampai ada yang clash sesama sendiri. Bila nak meeting aku yang ditugaskan untuk keluarkan notice of meeting. Minggu ni memang agak kelam kabut notice aku. Kejap kejap reschedule. Peergh. Masak beb. So hari hari aku terapkan dalam minda " Its a challenge. Aku mesti buat the terbaik". Tak tau, itu gunanya mulut untuk bertanya kan. N lucky diorang kat sini very helpful. 

Hmm.. Dah alang alang cakap pasal keje ni, pagi nanti aku kene g ofis sebab ada SPORT CARNIVAL. Antara sukan yang dipertandingkan ialah Beach Soccer & Futsal. And akan ada Garden Bazaar jugak. So sesapa yang duduk dekat area Nilai, Seremban, Bandar Enstek dan kawasan kawasan berdekatan datang datang la sini. Acara start jam 9 pagi sampai 6 petang. Kalau takda apa nak buat esok, meh la.

Tak tau mana tempatnya? Sini ha. Tengok map den bagi ni ha. 


Weyhh. Bukan kat Mydin tu taw tempatnya. Bertentangan dengan Mydin tu. Alah. Senang cerita carik je la KOTA SERIEMAS Sales Office. Kalau tak tau jugak tak dapek den nak nolong eh. Hahahahaha.. 

Walaupun aku tak terlibat secara langsung, buat at least datang la kan tunjuk support. Lagipun jarak rumah aku ngan office sejengkal je pun. Haahahah (approx: 7 mins, SILA JELES).

So itu je la buat masa ni nak cakap. Eh jap. Esok selain kene g ofis belah malam ada buat kenduri tahlil arwah pulak. Lepas Isyak. Jemput la datang. ( Ajak ajak ayam je ni tau. Berbahasa la sket kan...Ngeeehehehehehe)

Ok la ols. Nak blogwalking kejap sebelum tido. Nite btw.


PS: Huhu. Ruginya tak dapat join Cuti Cuti Sukaki g Cameron Highland. Hari ni sampai esok. Takpo la. Lenkali den juin yo..








Catatan Ringkas

---