Sunday, October 24, 2010

Hobin Jang Hobin

Salam tengah malam ols. Ada sesapa lagi masih berjaga tengah tengah malam ni? Takkan awal sangat tido kot malam malam minggu camni. Tak remaja la weyh.. Hahahaha...Ayat bese aku dengar la masa dolu dolu kan. Skang pun ada g cuma dah jarang kedengaran kat telinga sendiri.

Ape da aku memebebel tetengah malam nih kan. Saja nak update walaupun tengah kekeringan idea nak bercerita pasal apa. Mood agak terlebih nak berupdate memalam buta ni.

Walaubagaimanapun, ni ada beberapa perkara nak share ngan korang..



1. Keputusan Piala Malaysia Separuh Akhir

Aku ni tak la minat bola sangat pun. Aku follow gitu gitu je..Actually banyak tak tau la kan dari tau. Hahahaha...Nak buat camano. Dah den ni pompuan memang takdo la nak heboh bona pasal bula bula nih. (Ha, kan dah tesampok antu noghoghi dah ni). Lagipun den tak ghoma la bona ngan bula nih. Papo pun, den nak yo update keputusan eh semi final tadi kan..

Pendek ceghito eh, Final nanti Nismilan lawan Kelantan. Den harap jangan la jadi lagi cam taun sudah tu yo. Adat permainan memang la ado kalah monang. Kepado penyokong penyokong pasukan masing masing, behave yourself. (Den pun tak tau pulak bilo game final eh tu..Hahahahaha...)

2. Plan Aku Ahad, 24 Oct. 

Hahahaha..Menyibuk je aku nak letak plan aku hari ni nanti kan. Tapikan, aku punya suka la sebab ni blog aku. Hahahaha..(Jahatnyeeee..ngeeeee) Ok, so far ada la beberapa plan yang akan dijalankan. Tak pasti kebekersanan perjalanan plan tersebut nanti tu. Harap harap tak hujan la esok. Kalau hujan, cancel la plan.

Mula mula nak pegi cuci kete lu. Tak kira la hantar snow wash ke cuci sendiri. Kalau rajin cuci la sendiri. Kehkehkeh. Tapi cam nak cuci sendiri je. Bleh la eksesais sikit kan. (Dah kantoi di sini malas nak eksesais)

Lepas tu bila kete dah hensem, baru leh meronda dengan jayanya. Ingat nak g tengok wayang je la. Destinasi pawagam yang bakal diterjah belum diketahui. Semuanya bergantung pada keadaan nanti la. 

Well, mesti dah dapat agak la kan movie mana jadi pilihan hatiku. Hiks..Kalau tak tau sila terjah Mesti Tengok Punya!!!. Kemudian kalau timing bagus dan canteeeek layan muvie ke dua pulak. Hiks..

Mintak mintak la cuaca baik esok. Huhuhu. Bleh pengsan keboringan aku suk umah tak buat pape weyh. Takda perkara sangat yang aku boleh buat kalau duduk umah pun. Huhuhuh... Balik balik mengadap lappy ni beronline tak best jugak. 




PS: Lalalala..Apasal mato den ni boolat yo laie ni..adeh

Catatan Ringkas

---