Salam ols. Hohoho. Bertemu kembali kali kedua hari ni. Lama sangat tak update dan demi menebus kesilapan diri, aku buat dabel update yer.
Ni kira kesinambungan la kepada entry petang tadi la eh. Cerita selanjutnya, meh la klik Terbang Lagi...
Petang tadi, kitorang kat office menyambut hari ulangtahun kelahiran our Chairman yang ke-75. This is the first time I see our Chairman. Hehehehe. Almaklumla, aku kan budak mentah lagi. Kahkahkah. Bukannya apa, dia tak selalu ada kat office HQ nih.
Majlis bermula dalam kol 4.30 petang. Bertempat di lobi office je. Dimulakan dengan mengalu alukan kedatangan Tan Sri dan family, Board of Directors and semua. Dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya sepatah dua kata dari our CEO n Tan Sri itself la. Dah selesai berkata kata, seterusnya terus la potong kek.
Cakap pasal kek n cup cakes tu. Ditempah di Zurina's Cakes by our comitte member. Actually, this function is conduct by our Sport Club Committee. And salah sorang orang kuatnya ialah my friend ni la. Kak Sham. Dia la yang tulun order kan kek tu. Sedap jugak kek dia. Aku sempat rasa kek tu secubit dua. Well, dah makan banyak so tak bleh dah nak makan kek lelebih. Hehehe. Memang sedap la kek tu. Cup cake tu pun sedap jugak. Moist je kek dia. Dah nama pun chocolate moist kan. Haahahahah
Antara menu yang ada ialah Kambing Panggang with Black Pepper Gravy, Nasi Briyani, Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Acar Jeruk/ Asam, Udang Masak Rempah.
Tu, pinggan kat atas ni aku punya la. Aku ambik Kambing Panggang with gravy tu, Udang Masak Rempah and Acar Jeruk/Asam. Nasi dua sudu jek. Hehehhe. Kenyang jugak la makan tu aje. Memang one plate tu je la aku ambik. Tak dan nak tambah dah.
Aku paling suka udang tu la. Lembut giler dowh. And kambing tu pun sedap. Aku ambik sehiris dua je. Nak rasa. Sebab, aku tak berapa boleh sangat nak makan kambing ni. Tak kena cara bleh keluar balik semua isi perut kan. But, lepas cuba memang sedap la. Tapi tak teringin pun nak tambah lagi. Hehehehe.
Ni plak antara dessert yang ada. Ada tembikai 3 jenis, anggur, pisang, pastries n makaroni goreng ke ape ntah tu. Aku ambik tu sekarang merasa je. So far so good. Memang boleh tahan masakan dia. Makanan ni semua kecuali Kambing Panggang tu semua diorder dan disediakan oleh Maiza Catering. Nak tau lanjut, sila la terjah ke link tu yer.
Majlis berakhir dalam kol 6.30 petang. Sebaik je Tan Sri berangkat pulan, dak lain lain terus terjah ke buffet table nak menapau. Kebetulan pulak ada banyak makanan lebih kan. So, ape lagi. Aku tengok je la deme menapau. Aku nak tapau, bukan ada orang nak makan kat umah. So, jadi mandor je la. Kehkehkeh. Tapi sempat jugak tapau beberapa ekor udang. Kot kot la nak merasa lagi kan. Kalo tak makan, bleh simpan lam peti es. Hehehehe
Ok la ols. Badan pun dah keletihan ni. Otak dah tak berapa nak function untuk mencoret dengan lebih lanjut. Sila layan gambar gambar di bawah. Banyak lagi gambar, tapi dalam my friend punya DSLR. Nanti aku upload lagi especially gambor kambeng panggang tu yer.
PS: Need to sleep now. Esok nak jalan pagi. GPS dah set siap siap arah tuju esok. Heheheheh. Nak tau ape aktiviti weekend aku kali ni, nantikan next update.:)