Salam ols. Whoooaa!! Tak dan nak update la geng. Baru dan la ni. Setelah dua hari berturut balik keje malam. Agak meletihkan, tapi dah nama pun kerja kan. So, layan aje la labu.
Apekes pulak tajuk kat atas tu? Ape yang kembali terjalinnya?? Haaa, ni yang nak habaq mai nih.
Klik terbang lagi.
Oiiitt!!! Takda kena mengena ngan lagu Slam kat atas ni yer. Ni saja jek kasi gempak yang tak seberapa. Kahkahkah (n_n)\/
Ok, sambung cerita. Saja je letak tajuk tu. Kembali menjalinkan hubungan ngan alam maya ni je. Takde mende la. Hahahahah.
BTW, cakap pasal keletihan tu kan. Dua malam ni balik je terus terjah bilik. Memang sampai sampai je rumah terus ke bilik la. Pastu bersihkan diri dan lain-lain yang patut dan dalam tempoh setengah jam atau sejam selepas tu aku dah carik bantal. Memang tido tak sedar dunia dah la. Letak je badan kat atas tilam terasa pelan pelan letih tu keluar dari badan. Tido plak dua hari ni memang pulas giler la. Macam mana aku tido, camtu la aku bangun. Tapi dalam kepulasan aku tidur tu, sempat gak mimpi. Macam macam pulak tu. Yang tak masuk akal pun ada gak. Hissh. Dah sah sah mimpi tu mainan tidur kan. Agaknya time tidur tu pun otak ni bejalan je lagi, lagi pulak badan letih kan, lagi la macam macam yang ada dalam mimpi tu.
Bangun pagi pun terbabas sket daripada biasa. Hohoh. Alarm bunyi tepi telinga pun buat bodo je. Konon lagi 5 minit, sudahnya lagi 20 minit baru bangun. Ape lagi, kelam kabut la suma. Tapi still on time datang office okeyh.
Hmm, ok la. Have a nice day la korang. Nanti aku betul betul free aku terjah umah umah korang. Sekarang ni memang tak berapa nak menyempat la. Ada se dua je la sempat terjah.
Nah, layan je la lagu ni..Hehehehe.. Ayam by Jalil Hamid.
PS: Ada tag contest dari Jo Qusary. Tapi ntah sempat ke tak buat. Hari ni contest tu tutup.
* Auto Post Entry